Aku mandi lewat malam ni. Terasa rimas. Jika mahu tidur biasanya aku akan mandi jika terasa rimas. Baru senang nak lena. Ya, aku memang ada masalah mahu senang lena.
Aku mandi, basahkan badan. Tiba-tiba teringat pencuci muka kat luar. Aku keluar ambil dan sederu angin sejuk dari hawa dingin masuk ke liang roma aku.
Mengigil tak ingat.
Dan peristiwa ini mengingatkan aku tentang setiap rutin yang aku lalui apabila aku diluar rumah. Teringat masa plkn, pukul 5 bangun dan mandi. teringat juga masa di UTM dan kolej, mandi awal pagi.
Mengigil tak ingat.
Serius aku tidak suka perasaan selepas itu. Ia buat aku rasa sebelah kepala aku kosong. Dan dari situ mampu menjelma rasa sunyi. Dan betapa aku bencikan perasaan itu. Aku jarang dapat di rumah, tapi...
Petang itu aku melawat si dia di hospital. Ya, dia sakit, baru lepas dibedah. Inshallah hari ni boleh keluar hospital.
Aku lihat dia merenung jauh ke luar tingkap. Aku tak tau apa yang si dia fikirkan tapi permandangan itu buat aku perasan dia sunyi, atau aku keliru...
yang sebenarnya sunyi itu aku.
Ini rumit dan jika kau biasa dengan blog aku, aku selalu guna perkataan yang rumit untuk difahami. Aku tak tahu, papan kekunci ini laju ditekan. Kerap tiada di kepala, hanya terus luah tanpa ubah.
Aku masih sedikit mengigil, ditambah dengan raut mukanya ketika memandang jauh tingkap itu. Sunyi. Barangkali aku berkongsi dengannya, barangkali rasa itu hanya pada aku.
Aku tiada mood mahu buat apa. Aku menulis ini kerana mahu luahkan rasa sunyi ini. Aku tidak pernah kisah keluar dan makan seorang. Cuma jika rasa ini datang, aku jadi sejuk.
Raut mukannya masih berlegar di kepala. Barangkali aku perlu tidur, hentikan semua ini. Hanya perlu tidur. Aku harap, si dia dapat keluar hospital esok dan cepat sihat. Mahu lihat dia riang kembali.
Selamat...