"Kamu tak apa-apa...?"
"Saya ok. Dia bukan Cahaya Kemuliaan aku yang dahulu..."
Ini terjadi ketika aku dan kawan-kawan aku ke Sunway Piramid beberapa tahun lepas. Ada antara mereka bertanyakan aku ini ketika Cahaya Kemuliaan turut serta dalam gathering itu.
"Apa perasan dapat bertemu dia semula?"
"Hm... rasa biasa sahaja. Rasa yang dahulu itu sudah tiada. Macam aku cakap, dia bukan Cahaya Kemuliaan aku dahulu."
Aku selalu teringat orang yang aku suka, sayang atau cinta dalam versi aku sendiri. Masih ingat entri Gambar Kami? Itu adalah gambaran Cahaya Kemuliaan aku. Selain itu, bukan. Aku pernah kata kepada Cahaya Kemuliaan dahulu yang dia sekarang bukan dia yang dahulu. Dah bila ditanya kenapa? Apa yang berubah? Aku jawab.
"Maaf, aku tak dapat menikmati senyuman kau lagi..."
Aneh, kerana dia pada teknikalnya orang yang sama. Cuma rasa itu telah hilang. Orang kata, aku terlalu hidup dalam kenangan. Mungkin betul, kerana aku merasa bahagia bila saat kenangan itu diputarkan.
Aku menulis ini kerana hari ini aku berjumpa seseorang yang aku pernah suka dahulu. Pernah? tidak, aku masih suka. Namun ketika perjumpaan semula ini, aku hanya sedikit gembira. Dan kini bila aku fikir balik secara mendalam, ya... Dia sudah berubah.
Setiap manusia berubah. Aku juga. Namun apa yang aku suka itu tidak selalu kekal. Aku rindu senyuman Cahaya Kemuliaan, namun tidak aku dapat nikmati dengan foto di fb. Hanya kenangan ketika kami bersama dahulu buat aku tersenyum.
Aku ingat pagi itu, ada bisul di hidungnya. Kami bergurau aku aku masih ingat senyumannya ketika itu. Ada juga ketika dia melintas di sebelah aku dah dilemparkan sekilas senyuman. Detik yang tiada saat itu cukup segar bermain dalam fikiran aku. Aku rindu namun tiada aku mampu berbuat apa.
Aku fikir aku terlalu hidup dalam kenangan.
Tiada banyak benda yang mampu buat aku tersenyum sekarang. Hanya forex, bola dan kawan-kawan, famili dan kenangan-kenangan ini. Hidup aku agak senang namun mungkin sedikit kosong. Aku fikir jika suatu hari nanti aku berjaya. Aku harap aku punya masa lagi untuk cipta lagi kenangan-kenangan baru yang mampu aku buat aku lebih kepada realiti. Realiti betapa harus aku bahagia sekarang.
Aku takkan lupa senyuman itu, mata itu, tingkah laku itu dan segala kenangan itu. Setiap mereka adalah kepunyaan aku. Yang akan sentiasa berada dalam kotak fikiran dan hati aku.
"Kau terlalu hidup dalam kenangan..."
"It's ok. Jika semua kenangan ini mampu buat aku bekerja, aku fikir tiada buruk pun kehidupan aku sekarang."
Oh, aku tidak cerita forex ya. Minggu ini adalah minggu yang buruk untuk aku. Namun aku dapat menguruskannya sedikit. Aku akan cerita kemudian.
Aku ucap selamat!
---
Ketika aku berkemas tadi, aku jumpa gambar lama itu. Gambar aku dan Cahaya Kemuliaan. Dan ya, aku masih dapat menikmatinya lagi. Kalau pun ianya hilang, aku tetap dapat nikmati di dalam fikiran aku. Namun sekarang aku jumpa semula...
Gambar kami...
---