Aku tak boleh tidur. Ada loss dalam forex, tapi bukan itu yang membuatkan aku tidak boleh tidur. Kerana malam ini, aku teringatkan satu gambar yang aku tak pernah lupa dalam ingatan aku.
Ia adalah gambar aku bersama Cahaya Kemuliaan.
Oh, aku sebut lagi nama ini. Ini tidak baik. Dia sudah dimiliki orang. Haha... Bukan mahu aku untuk mengadakan benda yang bakal mengundang pergaduhan. Aku hanya teringat.
Aku ada letak gambar itu di myspace suatu ketika dahulu. Namun, tadi aku semak, ia telah tiada. Dan ketahuilah, itu adalah sumber yang terakhir, walaupun mukanya aku pudarkan..
Kami berdiri bersama. Dia senyum, cantik dengan seragam sekolahnya. Aku hanya menyengih, barangkali rasa kaget bak kata Indon. Di mata aku, aku nampak dia perempuan yang mempunyai senyuman paling cantik dalam hidup aku.
Banyak benda dah berlaku. Namun aku tidak pernah lupakan gambar itu. Dari dahulu, sampai sekarang, bila teringat balik gambar itu.. aku akan kata,
"S*** la ko suhaimi, bertuah betul! Kalaulah aku di tempat kau..."
Ramai yang tahu, aku masih mengingati dia walau aku bersama orang lain. Namun, aku fikir, aku tidak pernah aku ucap cinta kepada dia. Tidak pula aku curang ketika bersama si dia ketika itu. Kerana aku hanya teringat. Itu, kenangan manis yang tiada siapa mampu buat aku melupakannya.
Aku ingat, dari aku sekolah, sehingga aku ke universiti. Gambar itu aku cetak beberapa kali, buat hias di meja belajar. Pendukung semangat mungkin. Atau mungkin kerana senang aku melihatnya. Ia gambar yang penuh bermakna.
Jika Tuhan beri aku satu peluang untuk kembali, aku mahu kembali ke saat itu. Saat gambar itu di ambil. Banyak yang mampu aku lakukan ketika itu dengan apa yang aku ada sekarang. Tapi sayang, kau dan aku... kita hanya punya masa yang bergerak ke hadapan.
Dan kerana itu, jika kau tanya adakah aku masih cintakan dia. Tidak. Cahaya Kemuliaan juga tahu, yang aku cinta hanya dia yang dahulu. Kini dia banyak berubah. Walaupun menjadi lebih baik, aku tetap cintakan dia yang dahulu. Di saat gambar itu di ambil... sebelumnya, dan selepasnya beberapa ketika.
Kini aku hilang gambar itu selama-lamanya. Namun, tiada dalam mahu aku untuk membuangkannya di dalam fikiran aku. Aku harap, suatu hari nanti ada alat mampu mencetak gambar itu semula terus dari kepala aku. Atau aku harus ambil kelas melukis.. Untuk melukis kenangan itu.
Aku akan sentiasa ingat. Yang aku pernah cintakan seorang gadis yang manis senyumannya. Terima kasih Tuhan kerana memberi aku kegembiraan ini.