Followers

Gamers

Friday, January 17, 2014

Hanya si dia...

"Masa depan itu kan milik kita..."

Aku terjaga dari tidur. Aku termimpikan si dia. Kami duduk berbual tentang sesuatu dan ayat terakhir yang aku ingat adalah itu.

Aku dah lama tak termimpikan si dia. Ter... kerana mimpi selalu datang bukan sengaja. Biasa si dia datang dalam betul masa silam. Ingatan dan kenangan buat aku rasa sakit, dan sedih.

Mungkin kerana baru-baru ini aku jarang berfikir. Aku tidak sibukkan diri seperti aku selalu buat. Dan kerana ini mungkin si dia senang hinggap dalam benak fikiran aku.

Mainan perasaan.

Ini cerita lama. Dan aku kerap ceritakan berkali-kali di sini. Tanya aku apa yang betul-betul aku mahukan. Aku tak tahu... Atau aku tahu... tapi aku tahu aku takkan dapat. Degil aku buat aku merana.

Aku melihat gambar lama. Gambar ketika kami masih bersama. Kau tanya kenapa aku masih tak buang? Sebab masa muda aku pandai. Sekalipun aku buang, gambar ini akan timbul semula. Genius komputer.

Melihat itu buat aku tanya kenapa? Aku ingat kembali saat aku masih bersama si dia. Aku hanya nampak gembira. Aku tanya kenapa? Dan ketika si dia pergi, aku jadi bingung. Aku tanya kenapa?

Jangan bandingkan aku sekarang dengan aku dahulu. Kerana jujur, aku dahulu 1000x lebih hebat dari aku sekarang. Dan sekalipun begitu, aku tetap tidak menang si dia.

Dan aku tanya kenapa?

Kau tahu... aku tak bodoh. Persoalan di atas aku ada jawapan. Hanya aku yang degil tidak mahu menerimanya. Aku faham semua. Aku boleh terangkan semuanya. Dan aku tahu apa terjadi di balik segalanya. Dah dekat 4 tahun. Sekalipun aku banyak berhenti di RnR, aku pasti akan patah balik ingatkan si dia.

Lelaki memang senang jadi sengal aku fikir.

Melihat plan B hidup aku sekarang. Aku tak fikir masa depan itu milik kita, di mana 'kita' ni bukan pada si dia sahaja, mungkin juga pada orang lain. Masa depan aku hanya untuk aku. Aku tak fikir dalam keadaan aku sekarang, yang terlalu kuat mengingati si dia dapat ber'kita' dengan orang lain.

Aku hanya fikir tak adil. Benda ni pernah berlaku dulu dan aku tak mahu ulang lagi kesalahan sama.

Tahun ni aku bakal disambut dengan kerja keras, sakit, teruja, obsesi, sendiri, girang, kesabaran dan tipu helah. Jujur... Sehingga sekarang. Siapa pun aku suka. Aku hanya cinta si dia seorang.

Dan selagi aku jujur dengan diri aku tentang ini, aku fikir aku mampu bangkit untuk masa depan aku sekarang. Kerana masa depan milik aku. Hanya untuk aku.

Aku ucap selamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...