Followers

Thursday, December 17, 2015

Huhu...

Aku minta maaf, jangan marah... dan ya, aku tak mati lagi.

Aku tahu aku macam dah lupakan blog ni. Dari sehari ke sehari cuba nak update tapi cuma tak pasti jika benda yang aku tulis ni sesuai untuk di'publish'.

Ramai orang tahu, aku suka cerita tentang diri aku sendiri. Masa aku muda-mudi dulu, blog seperti medium sesuai untuk luahkan sesuatu, bila aku tua sket, orang dah guna facebook dan twitter untuk benda2 macam ni. Sekarang... aku tak pasti... banyak sangat medium orang guna untuk luahkan sesuatu.

Btw, kalau kalian pergi ke facebook atau twitter aku pun, takde pape. Sebab aku jarang menulis kat sana, kecuali dalam close group.

Aku masih menulis, cuma tak publish. Kadang aku luangkan masa kat facebook just baca apa orang tulis dan selalunya terdetik, "benda/gambar macam ni pun korang nak kongsi..." dalam fikiran aku. Dan benda yang sama reflek kat aku bila aku sedaya upaya nak tekan "publish".

Aku belajar satu pengajaran penting dalam hidup aku. "Jangan sesekali tunjukkan kelemahan kepada orang lain." dan "Jangan sesekali pandang rendah orang lain". Alasannya mudah, orang boleh jatuhkan kita dengan kelemahan kita, dan orang itu termasuklah orang yang kita pandang 'innocent' atau lemah.

Banyak benda tak baik berlaku kepada aku tahun ini dan aku tak salahkan sesiapa. Silap aku. Aku cuba nak luahkan di sini tapi macam aku cakap, tekan 'publish' adalah benda yang sukar untuk aku.

Walaubagaimanapun, 'here i am'. Menulis post kosong. Seperti selalu.

Anyway,

Tahun 2016 dah dekat. Aku tak mengharap apa-apa sebab aku tahu apa jadi pada aku pada tahun depan. Aku doakan kalian semua akan dapat tahun terbaik untuk tahun 2016.

Aku ucap selamat...

btw, aku tak mati lagi. Kalau kau pandang atas, aku terus ke bawah. Kalau kau pandang bawah, aku terus ke atas. Kalau kau tak jumpa aku, bererti selamanya kau takkan melihat aku. ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...