Followers

Monday, February 15, 2016

Lionheart Trading : Kedai T-Shirt la pulak!!!

Halo... Apa khabar semua? Huhu...

Maaf lama tak update. Sibuk baru-baru ni dengan projek baru. Ni ada kelapangan ringan tangan ni nak update blog. Ada lagi ke tidak pembaca blog ni... ;p

Logo Kompeni hasil karya pokcik google dan di 'touch up' oleh saya.
Baru-baru ni aku buka kedai pakaian dalam Econsave Hamzah Alang. Dalam kedai ada T-Shirt unisex lengan pendek, lengan panjang dan kanak-kanak, T-Shirt perempuan, seluar pendek dan panjang, kain batik dan kain pelekat.

Kain Pelekat la la la la~~~
Kelakar!? memang... huhu...

Aku tak pernah berniaga buka kedai. Ni 1st time. Cuak memang ada. Nak kata ada pengalaman berniaga ni, dulu just berniaga picisan kat internet. Tak pernah lagi try buka kedai.

Buka kedai ni idea mak aku. Boring duduk rumah katanya. Jadi dia paksa aku buka kedai. Mak punya pasal aku layankan je. Modal takde la besar tapi berbekalkan ilmu matematik tahap taukeh ayam, cukup la... kot... haha...

T-Shirt Perempuan Free size!
Pengalaman jual pakaian memang zero. So nape jual pakaian? Sebab satu hari aku jalan-jalan, terjumpa satu kedai pakaian ni. Aura kedai dia lain macam. Cara dia susun pakaian... or sebab pakaian yang dijual punya warna nak menarik. Aku tak tahu. Tapi memang leh pengaruh orang yang terserempak kedai tu.

Comel je kedai. Keh keh...
Susun atur kedai aku ni memang follow sebijik kedai tu. Dengan harapan bakal pelanggan aku kelak merasa aura yang sama seperti yang aku rasa. Tapi tu la, kedai dia besar, kedai aku kecik, aku tiru mana mampu la... lol.

Mula-mula start buka kedai memang la susah, tambah cuak lagi. Banyak benor lak benda nak kena ada. Nak lesen perniagaan la (SSM), nak urus hal sewa kedai la, nak cari supplier la. Lemau.

T-Shirt Lengan Pendek, Lengan Panjang... semua ada...
Tapi aku jenis just do it, bak kata NIKE. Fikir banyak memang takkan buat. Berniaga ni bagi aku la... buat je, cuma bila ada masalah, jangan lari. Cuba selesaikan... benda yang berjaya repeat, benda yang xbest jangan ulang... n sentiasa cuba cari idea baru.

Seminggu pertama, sambutan menggalakkan. Aku guna skim harga beli 3 dapat diskaun. Senang untuk aku dan mak aku memandangkan kitorang ni tak boleh orang cucuk sikit, kasi murah, terus bagi. Kalau tak dikawal mau sebulan pertama tutup kedai.

Jadi nak diskaun, beli 3. Huhu... So, bila orang datang kedai aku, aku galakkan dorang bawak kawan-kawan untuk dapat harga murah. Lagi cepat habis stok, lagi senang hati aku. Lol..

Aku jual tak mahal. Lebih murah dari kedai biasa tapi mahal sket dari pasar malam. Alasan mudah. Kawasan aku duduk ni pekan. Orang sini takde la semua kaya-raya macam orang bandar. Pun, takde la miskin sangat. Harga aku letak cukup la nak bayar sewa kedai dan hal-hal lain.

Tapi aku tak rasa harga ni mahal, ataupun murah. Aku survey kawasan Kapar ni tengok harga kat sini macam mana, then ambil purata then murahkan sket. Pastu tengok pasar malam camne, ambil purata then mahalkan sket. Camtu la kira-kiranya.

Urusan akaun dan cara letak stok aku guna apa yang aku belajar masa jadi manager kat KFC. Aku agak bernasib baik juga pernah kerja KFC, cara urus duit sume memang tiru KFC habis. Layan.

Dinding utama. Daya tarikan pengunjung...
Minggu ni dah minggu ke 2, aku buka 1 Feb 2016. So, boleh kata nak masuk minggu ke 3. Minggu perit sket la, tengah bulan. Duduk menaip ni pun sebab terasa lapang depan kedai aku. Orang tak lalu lalang time-time petang tengah bulan camni. Luar pun tengah hujan lebat.

Boleh rileks!? nope. Aku tengah cuba nak buka kedai internet macam aku buat dulu. Rasanya dah leh biasa dengan urusan kedai. Jadi barulah nak buka kedai internet. Tengok camne. Papehal aku update sini. Huhu...

Aku kekal positif. Awal bulan ke, tengah bulan ke atau akhir bulan. Ada rezeki Inshallah ada la untungnya.

Stok picisan seminggu... ahaks!
Dulu mula-mula nak buka terfikir juga, bukan hari-hari orang makan baju ye tak. Tapi bila fikir, ada berapa ramai manusia kat pekan Kapar, pekan Meru dan ya... ada juga pelanggan aku dari Kuala Selangor dan Shah Alam datang Econsave sini beli barang then singgah kedai aku.

Rezeki, bila Allah nak bagi. Benda yang kita fikir tak logik pun boleh jadi logik.

Sampai sini saja la. Nak amik mood buat kedai internet. Teringat ada blog jadi update sini dulu. Aku ucap selamat...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...