Followers

Gamers

Wednesday, September 2, 2015

So Chan Whee - Tears

Baru-baru ni aku melayan Running Man dan ada satu segment Ji Hyo berkaraoke. Kelakar...


Jadi aku pun cari la penyanyi asal lagu tu. Ya, lagu Korea. Kita sekarang berada pada generasi di mana, kalau kau tak faham pe dorang nyanyi, still... kau boleh enjoy selagi lunak di telinga.


So Chan Whee - Tears
amu ildu negen omnun goya choumbuto urin morun goya
oh non gurohke nal boneljusunun opkeni
ijeradu narul ijoyahe kuron mosup shipchi anketchiman
ajik nal kidarinun na narul ara maumi apa

charari narul miwohe ije kuman nege miryon boijima
dubon dashi non narul chatjima naro inhe apa haltenikka

chaninhan yojara narul yokhajinun ma
chamshi norul wihe ibyorul tekhan goya
ijinun ma ne sarangul nonun ne ane isso
giljin anhulkoya sulpumi kagikaji yongwonhi......

charari narul miwohe ije kuman nege miryon boijima
dubon dashi non narul chatjima naro inhe apa haltenikka

kajyoga negeso nunmon noye sarangul
modun ge jipchokingol nodo ago itjana
jidokhetton sarangtawin modu jiwoboryojwo
giljin anhulkoya majimag sun gan kaji saranghe....

Translation
Let's regard anything as not happening.
Let's regard each other as strangers from the first.
Aren't you able to release me?

You should forget me just now. 
It may not be easy to take such a attitude.
But my heart aches, because I know you who are still waiting for me.

Hate me rather.
Don't show an affection for me anymore.
Don't look for me again,
Because your heart may ache by me.

Don't condemn me as a merciless woman.
I only chose parting for a while for you.


Don't forget my love. You are in my mind.
It won't take long until sorrow disappears.
Forever~

Hate me rather. Don't show an affection for me anymore.
Don't look for me again. because your heart may ache by me.

Take your love from me.
You know all things are attachments.

Please erase totally the passionate love.
It won't take long until the last minute.
I love you~
___

Jujur, aku amat suka lagu ni. Agak terkejut bila aku tahu ini lagu lama tahun `90-an sebab rentak dia agak `00-an camtu. Tapi sapa la aku nak cerita tentang irama dan lagu. So, bila dah suka satu lagu, aku akan cuba cari jika ada remix, cover atau apa-apa yang berkaitan dengan lagu ni.

Dan aku jumpa... well, kalau kau 'into' rock or metal. Well, apa la aku tahu tentang'batu' dan 'besi' dalam lagu ni.

Ini aku rasa dari rancangan realiti tv, macam Akademi dan sewaktu dengannya.


Even better. Tapi aku fikir lagu ini lagu sedih. Tetapi orang peduli apa, sedih pun boleh diberi kuasa dan tenaga melalui irama.

BONUS



Can't resist. Aku nak kongsi ini juga coz bagi aku menarik. Enjoy... Makanan ruji untuk telinga aku minggu ni.

Huhu... Aku ucap selamat.

Tuesday, August 4, 2015

Kembar Realiti

Aku... selalu menulis di sini. Cuma aku tak publish. Bukan hajat di hati cuba nak hidupkan blog ini. Aku tak pernah paksa diri aku untuk update blog ini. Jadi, jika aku update, maka aku memang ikhlas nak update.

Aku stop main Eve Online hampir seminggu. Aku tak pernah stop untuk lebih 24 jam kecuali aku terpaksa keluar dari komputer aku. Aku ada masa, cuma tak rasa nak buka. Eve Online satu-satunya benda yang aku enjoy sejak aku main. Benda lain terasa tasteless.

Dan bila aku berhenti... Aku terasa ada kekosongan dalam minda aku. Or perhaps, dalam hati aku.

Prinsip aku mudah. Jika kau tak boleh enjoy benda yang kau buat untuk enjoy... Jangan paksa diri. Berhenti. Aku tak tahu kenapa, aku macam aku tak boleh enjoy. Jadi aku terpaksa berhenti sekejap.

No Eve player can't really quit Eve. Aku tahu satu hari nanti aku akan kembali.

Aku tak naif. Aku tahu kenapa aku tak boleh enjoy macam dulu. Aku trader. Hidup aku most of the time depan pc. Aku selalu kaji market, dan bila aku tertekan, aku buka Eve. Eve Online bagi aku macam hidup. Aku fikir, aku bina, aku uruskan dan aku jaga.

Eve jadi satu realiti untuk aku.

Orang selalu kata. Reality suck! Jujur, aku setuju. Aku tak mahu bahas benda ni. Kalau hidup kau hebat, so be it. But one thing for sure... Give up life is not an option.

Eve satu-satunya game yang buat aku betul-betul berfikir. Sebab setiap keputusan kau buat akan membawa perubahan untuk akan datang. Dan sebab itu kalau kau mengikuti perkembangan Eve Online, kau dapati pemainnya macam terlalu obses. Mereka cerita tentang Eve seperti mereka hidup dalam Eve.

Sebab bagi aku... Eve Online satu-satunya game online dekat dunia ini yang bertahan lebih 1 dekad dan masih relevent. Alasannya mudah. Bila CEO CCP ditanya apakah itu Eve Online. Beliau menjawab Eve Online adalah tool. Kami berikan mereka tool (barang). Terpulang kepada mereka gunakan untuk apa.

This sandbox, kebebasan ini yang membuatkan Eve menjadi satu realiti. Dan... kalau kau fikir game tak mampu menjadi satu realiti, its sad to say.. that you are wrong.

Aku selalu fikir, adakah badan yang kita ada ini adalah kita. Tangan kita adalah kita. Masa sekolah, ustaz selalu kata, hargai pemberian yang Allah berikan/pinjamkan kepada kita. Bagi aku, jasad kita adalah tool yang Allah beri untuk kita buat apa yang kita buat.

Satu-satunya anugerah yang Allah beri kepada kita adalah minda dan freewill. Tetapi Allah ingatkan kita, setiap perbuatan ada akibat. Ya, kau bebas buat apa sahaja dengan tangan(tool) kau tetapi ingat... ada akibat. Eve tak banyak beza. Diberikan tool, buatlah apa kau suka.

Dan tool dalam Eve dan juga dunia kita adalah sama. Kalau kau hilang tool kau, ia akan hilang selamanya...

Dan sebab itu Eve is real. Realiti. Dan bila kau buang realiti, pasti... akan kekosongan bakal berlaku.

Heh... well, jangan fikir berat sangat. Aku hanya menulis apa aku fikir. Aku fikir aku patut berhenti sekarang sebelum aku mengarut lebih jauh lagi.

I'm feeling better now. Perhaps luahkan apa yang aku rasa adalah sesuatu yang baik untuk aku lakukan. Tak ramai yang betul-betul faham cara fikiran aku berfungsi.

This kekosongan, well... kita tengok macam mana...

Monday, June 29, 2015

Deus Ex : Mankind Divided Soundtrack - Trailer Music

Bila aku buat kerja, atau main Eve... aku suka putar lagu latar belakang dari mana-mana game, movie, drama atau anime yang aku tonton... lagu yang aku nak kongsi hari ini datang dari trailer Deus Ex : Mankind Divided.

Trailer


Lagu sahaja



Yup, baru-baru ni aku senang main lagu ni berulang kali. Senang lagi dengar lagu instrument sebab aku main Eve Online, di mana komunikasi dengan orang lain menggunakan teamspeak. Aku perlu berbual jadi kalau ada orang nyanyi, agak keliru nanti. Huhu..

Aku ucap selamat.!

Tuesday, April 21, 2015

Perihal Profit dan Rant sikit.

Dalam nak membangunkan sistem trading, aku sentiasa ada masalah macam mana nak keluar market. Erti kata lain, tutup order.

Banyak kaedah kita boleh guna bila sebut pasal nak keluar market ni. Boleh guna indikator, atau trailing stop, atau nak lebih klasik, guna TP dan SL.

Realiti trading adalah, macam mana kau trade sekalipun, rugi tu pasti ada. Apa yang kau boleh buat adalah mengawal kerugian kau. Tiada yang pasti dalam market. Kalau kau baca yang orang jumpa teknik yang tak pernah kalah, sekalipun kau newbie, kau boleh kata orang tu pemgbohong.

Penipu je semua tu.

Makin kau trade, makin kau nampak realiti market. Market tak kejar SL kau, kau yang bodoh letak dekat sangat. Market bukan taknka kena TP kau, kau sengal letak jauh sangat. Realitinya, market tak heran pun order kau. Dia hanya buat kerja dia.

Dan dia buat dengan keadaan terbaik yang dia selalu buat. Chaotic.

Jadi, aku ada sistem untuk masuk market. Masalah aku sekarang adalah macam mana nak keluar market. Aku cuba cari jalan supaya kaedah aku keluar market lebih fleksible; bermakna aku boleh TPSL aku mengikut market. Kalau market kata 20 pips, then 20 pips la.

Aku percaya, market hanya buat hal sendiri, takde sekilas pun pandang pada kita trader. Apa yang kita perlu buat, ambil apa yang dia bagi. Kalau dia taknak beri, kau tak boleh buat apa-apa. Dia ada di situ untuk memberi, dan mengambil. Be prepared.

Aku juga cuba mencari yang jenis stress free. Dapat yang less stress pun dah ok. Aku tahu, kalau nak stress free, just letak je TPSL atau... tak payah trade langsung. Mana ada keje tak stress ye tak?

Aku guna renko (3), zigzag (default) dan Parabolic SAR (0.1,0.1). Sistem masuk market aku lebih kepada mengikut trend yang ditunjuk oleh renko, bukan candlestick. Tengok trend macam tengok elliot wave jugak, trade masuk pada wave 3 ke 4. Dan aku gunakan Parabolic SAR sebagai petunjuk untuk aku masuk.

Backtest kaedah ni agak sukar memandangkan Zigzag repaint. Tapi tu untuk lain hari punya cerita.

Aku tahu aku perlu keluar market bila sampai 5 kalau ikut Elliot wave. Tapi realiti market tak macam tu. Market tak gerak harmoni macam tu. Buat masa sekarang aku fikir something like letak TPSL dan lupakan. Klasik.

so TP = Range (3) to (4); SL= Price at (4) + 6pips + Spread.

Irod rule dia. TP > SL. RR (Reward to risk) > 1. So, kalau SL besar lagi dari TP, aku tak ambil trade tu. So far backtest dan forward test nampak baik. Cuma kerap jugak market macam spike dan aku terlepas pip besar. Elok dapat 70 pip, last2 dapat 30 pip. Hm... So cara ni tak fleksible, tak mengikut market semasa.

Aku tak expect nak betul-betul close bila aku ada order buy dan sekarang betul-betul kat top. Secara manusianya, adalah mustahil melainkan kau boleh ramal masa depan.

Aku cuba terapkan Parabolic SAR dalam sistem aku untuk keluar market. Perlu ubah sana sini buat aku sakit kepala. Ubah satu benda, backtest, ubah lagi, backtest. Dan ya, aku amat sibuk.

Hm.. tu je kot. Aku tak terfikir nak kongsi sistem aku sebenarnya. Sebab tu aku hanya cerita ringkas. Kalau ada trader baca, aku fikir dorang cepat faham memandangkan takde benda baru dalam sistem ni. 123 masuk. ABC masuk. Terutama kepada Elliot Wave trader. Dorang lagi faham dari apa yang aku faham tentang market.

Dan juga sebab aku tak mahu stress sangat. Aku lihat banyak guru trading sekarang struggle memimpin makhluk yang tak mahu belajar dan hanya nak spoon-feed material. Manusia...

Aku fikir, trading tak susah. Yang menjadikan ianya susah adalah kerana keadaan kita sebagai seorang manusia. Ya, manusia yang gerakkan market. Tapi untuk berjaya dalam trading, menjadi manusia adalah mustahil.

Banyak sabar, perlu pantas, perlu bijak, perlu dan tidak berlebih dalam takut dan tamak. This kind of thing, kita sebagai manusia amat lemah.

Dan sebab tu aku ada rasa hormat yang amat tinggi pada para trader-trader sekalian. Mungkin dari segi kemanusian, mereka ada sikit kurang, I mean, trader buat apa sahaja untuk profit kan? Tapi dari segi psikologi, mengawal diri. Trader memang no 1 terbaik. Aku tak fikir ada kerjaya dalam dunia ni yang mampu setanding trader dari segi mengawal diri, emosi dalam keadaan yang konsisten stress; chaotic. Anything can happen in split of second.

Trader. Profit tak senyum, loss tak marah. I do really have utmost respect to this people. Trader...

Dan ini juga salah satu sebab kenapa aku mahu menjadi salah seorang di antara mereka-mereka.

Huhu... membebel...

Anyway, fokus aku hanya mahu mudahkan cara. Aku percaya setiap benda sentiasa ada cara nak mudahkan kerja. Even teori relativiti Albert Einstein yang susah nak terangkan pun last sekali jadi E=MC2, inikan pulak benda-benda yang kita buat hari-hari.

Huhu...

Aku ucap selamat dan para trader sekalian, semoga menghijau. Btw, maaf kalau post ni membosankan. Namapun membebel. Huhu...


Monday, April 20, 2015

Congratz Si Dia

Tengah duduk melayan market dan menelaah facebook untuk news trading camtu, terlihat orang post pic kahwin Si Dia. Aku just tekan 'Like' dan move on.


Weekday biasanya aku luangkan dengan membaca forum, facebook, artikel dan manga. Dan jujurnya, benda yang aku lihat dan baca, aku tak mampu hadam segera. It will take awhile.

Selepas beberapa ketika, baru aku sedar... oh... Si Dia dah kahwin. Dan soalan feveret lepas tu, apa aku rasa...?

Perasaan negatif tu lama hilang. Aku hanya gembira bila aku tahu Si Dia dah kahwin. I mean, come on. Benda dah lama aku pun macam takde nak fikir sangat. The feeling dah tak sekuat dulu, lagi-lagi bila aku tengah sibuk dengan market sekarang. Sampai Eve Online pun weekend je. Sob2...

Aku expect ianya sekuat feeling masa Fiqa dan Cahaya Pembuka Hatiku kahwin dulu memandangkan dalam hidup aku hanya ada 3 orang ex sahaja. Its good to be happy, bila kita dengar orang dah kahwin, kita mesti gembira.

Orang kata betul. Pengubat hati hanya masa. Kalau aku biarkan diri aku tenggelam dengan masa silam, masa depan aku sukar. Aku still sayang mereka bertiga ni. Takde dalam hati aku membenci mereka dah. Dan bila dengar mereka bahagia, aku juga merasa gembira.

Thanks to trading dan Eve Online, dan of coz keluarga, aku fikir aku mahu hidup dan kejar apa yang aku mahu. Hidup hanya sekali dan kalau aku tak dapat apa yang aku mahu, dan aku fikir, hidup aku tiada makna.

Aku ucap tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat untuk Si Dia dan teman hidupnya.

Dan aku ucap selamat kepada semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...