Followers

Gamers

Thursday, May 10, 2007

Tutorial - Mirc Download

Hm, download... dah macam hobi aku dah benda ni. Kenang kat rumah ni pakai dial up, jadi aku selalu ada kat cyber cafe untuk memenuhi 'keperluan' aku ni. heh... anyway, berbalik kepada tajuk tadi, aku akan ajar macam mana nak download lagu guna Mirc.

  1. Download mIRC la dulu ye tak... cuba gi kat www.mirc.com
  2. Then, install mIRC
  3. Setelah install, buka mIRC.
  4. Isikan Full Name, Email Address, Nickname dan juga Alternative nickname. Anda tidak perlu isikan maklumat diri yang sebenarnya pun tidak mengapa. Tapi yang paling penting nickname tu coz ia akan represent nama korang dalam Mirc nanti.
  5. Plih server yang anda mahu. Macam mana nak buat. Hm.. Taip kat box bawah tu.
    1. /server irc.webchat.org
  6. Ok, selamat datang ke server webchat, heh. So lepas ni korang kena mendaftar dulu baru boleh masuk channel yang membolehkan korang memuat turun lagu tu. Caranya taipkan kat box bawah tu lagi.
    1. /ns register (password korang) (Email korang)
  7. Then gi kat email korang. Hm, korang akan dapat verification dari server webchat tu. Copy verification tu then paste kat box tadi. Contoh kod verification tu :-
    1. /VERIFY AAAAAcIA0AYVIj4RRrIMAA-2946825745
  8. Biasanya kejap je kod tu di hantar kepada korang, jadi kalau lama... hm... heh, aku pun tak tau macam mana nak buat...
  9. Selasai mendaftar, korang taiplah channel yang korang nak masuk untuk download lagu. Kat sini kita ada mp3zs dan mp3melayu. Cara nak taip tu macam ni:-
    1. /j (nama channel)
  10. Lepas tu akan keluarlah box channel tu. dan kalau korang baca betul-betul kat box tu, dorang akan suruh korang taip kod untuk elakkan Spam tak salah aku. Aku pun tak tau pebenda tu. Haha... kalau korang tak taip, nanti dorang mungkin `ban` kan korang dari masuk channel dorang. Kod dia macam ni...
    1. //umode +ixnRWJrmM-Cep
  11. Korang dah boleh meminta lagu yang korang nak. Cara nak mintak masukkan kod kat channel box tu. Kod dia
    1. @find (nama lagu atau nama artis)
  12. Dan tiba-tiba ada orang nak chatting dengan korang (Mirc kan... Heh...) tu bukan nak chatting lew. Tu bot yang bagi korang kod untuk lagu yang korang nak. Pilih mana antara kod2 tu yang korang nak pastu copy dan pastekan kat box channel k. Contoh kod tu macam ni... Well, copy dari tanda seru tu k.
    1. !white_xenon Akon_Feat._Eminem_-_Smack_That_(Dirty).mp3 ::INFO:: 4.1MB
  13. Well, benda ni macam makan kat kedai mamak. Order dulu then tunggu giliran baru dapat makanan. Jadi tunggulah giliran korang yek.
  14. Pastu akan muncul box macam (1) tekan Ok. Lepas tu muncul lak box macam (2) tekan accept. Tunggu la habis download.
  15. Bila siap korang leh tekan butang macam kat (3) then gi kat folder sounds untuk amik korang nyer lagu...
Image Hosted by ImageShack.us

(1)


Image Hosted by ImageShack.us

(2)


Image Hosted by ImageShack.us

(3)


Selamat menyedut, haha... anyway pendaftaran server tu sekali sahaja. Bila korang nak buka balik mirc tu, korang tak payah daftar dah. Cuma perlu taip ni. Abaikan langkah (6) hingga (8) dan gantikan dengan meletakkan kod dalam box server tu.
  • /nick (nickname k0rang) (password)
Selamat menyedut sekali lagi... haha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...