Followers

Gamers

Wednesday, May 9, 2007

Senyumannya...

Manisnya senyuman dia. Hm... bila lihat jauh di hati aku merasakan sakit, kerana dia... hampir menjadi milik aku dahulu. Jika dahulu aku tidak bodoh, tidak ego dan tidak sombong, mungkin aku sudah bahagia sekarang...

Dua kali. Aku hilang peluang itu. Dua perempuan, hatiku dihancurkan, atau mungkin aku telah menghancurkan hati mereka. Ah, senyuman itu membunuhku lagi. Hampir mengalir air mataku mengenang namun egoku sempat menahannya.

Namun hatiku sedikit gembira. Jika dahulu aku lelaki untuknya, maka mungkin tidak akan kekal kerana sekarang aku sedar, diriku sendiri tidak stabil. Namun mereka berdua tetap kenangan manis untukku. Walaupun mereka tak pernah jadi milik aku, namun aku senang dengan senyuman mereka.

Hatiku yang kosong mulai memandang belakang, mengharap masa dikembalikan. Itulah emosional. Dan akalku cuba untuk ke hadapan, merangkak dengan tabah. Itulah rasional. Setiap hari, setiap masa aku terperangkap antaranya. Rasional dan emotional.

Senyumlah bunga-bunga idamanku, kerana sekarang, hidupku... bergantung kepadanya... terima kasih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...