Hm, citer ni citer kelakar. Aku enjoy tengok citer ni. Tapi sedikit sebanyak citer ni buat aku terfikir banyak tentang apa yang aku rasa, apa yang aku alami dan apa yang aku lihat dalam hidup aku. Oh ye, nama citer tu Smiling Pasta. Hm, kalau korang nak cari citer romance dan comedy, aku sarankan citer ni. Ni citer tahun 2006, so sorry la kalau aku ter'review' citer yang korang dah tengok. Anyway, aku bukan nak citer pasal citer ni, korang leh cari kat Veoh kalau nak tengok citer ni... Aku just nak cakap apa yang terlintas dalam kepala aku masa aku tengok citer ni...
Hm, lagu tema dia memang bagi aku menarik. Koz ia benda yang aku selalu buat dan selalu aku fikirkan.
The sky is cotton candy
Even if it collapsed, what would it matter
Take a deep breath and throw away your sorrow
When you're about to explode just sing this out loud...
Love is very easy, very easy yeah~~~~
The mood is very easy, very easy oh
Dreaming is very easy, very easy yeah~~~
Smile, and there's nothing you can't overcome
So what if the rain is pouring
Why not just get wet and be happy with it
Rainbows have a smiling face
If you feeling down, raise your head and sing loudly
Good bye sadness
You don't need a reason to be happy
Heh, 'Quote' yang akan aku gunakan nanti aku ambil dari citer ni...
"Smile, and there's nothing you can't overcome"
Senyum, dan tiada apa yang tidak boleh diselesaikan. Ni ayat heroin citer ni kerap cakap bila hero keliru dengan masalahnya. Betul ke? Hm, kalau tanya aku, aku akan kata ya kerana bila masalah timbul, aku akan sentiasa senyum. Kenapa? Hm, aku pun tak tau. Ia lebih kepada psikologi, untuk merasa tenang dalam masalah. Aku sentiasa fikir, jika aku sedang bermasalah, orang lain pasti sedang menghadapi masalah yang lebih berat dari aku dan aku patut bersyukur, kerana masalah aku ini kalau banding dengan masalah-masalah lain, heh, kecik je. So, tenang sudah. Aku suka guna elemen 'mother nature' bila aku ada masalah. Macam masalah aku yang lepas, aku gunakan elemen bulan untuk aku senyum, untuk aku merasa tenang. Hee, lantak la korang nak kata aku jiwang ke apa ke...
Saya hanya bersaing dengan diri saya sendiri. Ni ayat yang kerap hero citer ni cakap bila ada orang cabar dia biat sesuatu.Hm, bagi aku benda ni sama maksud dengan "Musuh yang sebenar adalah diri sendiri." Secara jujur, aku sedang cuba untuk jadikan kata-kata ni sebagai motto hidup aku tapi. Memang dah jadi perangai aku sejak kecil, selalu tidak mahu orang lain lebih dari aku. Ya, mungkin bagus tapi aku rasa lebih baik bersaing dengan diri aku sendiri, coz aku takkan sakit hati. Ye la, setiap orang ada kelemahan kan. Kalau pandang orang lain sampai bila pun tak cukup. Oh ye, kata-kata ni pun samalah macam "Rahsia untuk menjadi kuat adalah berhadapan dengan kelemahan sendiri". Tapi macam biasa, cakap memang mudah, tapi... Hm, kalau la dalam diri aku ada motto hidup macam ni, rasanya dah cukup selesa dan hebat aku rasa sekarang...
Sukakan diri sendiri dahulu, kemudian baru fikir untuk sukakan orang lain. Hm... betul la tu, tapi aku rasa maksud ayat kat atas, sukakan apa yang kita buat dahulu, kemudian baru fikir adakah patut kita fikirkan orang lain akan suka atau tidak. Hm, Scene minit ke 54 dalam episod 1. Dulu aku takde pemikiran macam tu, dan tu sebab dulu aku selalu makan hati. Tapi sekarang, aku lebih suka pekakkan telinga aku dengan kritikan orang lain. Well, keburukannya, aku mula tak suka dengar cakap orang lain. Ikut kepala aku je dengan apa yang aku buat. Dan tu sebab aku ada motto hidup, "Aku suka aku buat, lain dari tu, boleh blah.." Dan tu sebab aku rasa macam aku selalu gagal dalam buat sesuatu yang sepatutnya penting. Macam study... Secara jujur, aku tak suka belajar kat Universiti coz kalau sehari ko tak study, so say bye bye untuk pelajaran tu. Kenapa, koz ko dah takde masa untuk ulangkaji balik. Tak macam skool dulu, kalau tertinggal, ko masih ada masa lagi untuk ulang apa ko tertinggal. Selagi masih ada 3 bulan untuk exam akhir, selagi tu ko ada masa nak study. Ya, hidup aku selesa dengan kata-kata ni tapi aku rasa aku agak keterlaluan. Bila fikir balik, aku dah tak nampak apa kebaikkan dari kata-kata ni... hm...
Hm apa lagi, aku dah tak ingat, tadi macam banyak je yang aku fikir. Heh, takpe2. Nanti lain kali aku tengok citer ni aku akan buat note... wakaka...