Followers

Gamers

Monday, September 10, 2007

JL BM WEEK FINAL : Kami finalis dan akhirnya aku...

Image Hosted by ImageShack.us


Macam dah lama aku tak letak logo kat atas ni. Asyik terlupa nak letak, lepas tu kena tolak markah sebab tak letak logo ni. Heh, kali ni aku tak lupa, kerana ini final. Ya, pertandingan Jomlayan Blogger Mania dan sampai kemuncak. 3 finalis, Squall_pka1 (aku la ni) JEJERZ dan Whitedolfin. Dan tak lupa pada peserta-peserta lain, Dasyu, Geng Jahat dan Mashimie82 yang bagi aku, takde dorang aku tak rasa aku masih kat sini, kat tempat tiga yang teratas.

Hm, apa benda Jomlayan Blogger Mania ni. Heh, ia pertandingan blog yang diadakan pada akhir bulan Julai. Pertandingannya dengan rasmi bermula pada 6 Ogos 2007. Terdapat 6 peserta yang bertanding. Setiap peserta akan di beri tajuk posting dan mereka dikhendaki membuat 'posting' pada blog mereka berdasarkan tajuk yang diberikan. Setiap peserta bebas membuat 'posting' pada blog mereka asalkan tidak lari tajuk, mengikut format yang diberi dan ada item wajib di dalam blog mereka. Terdapat dua jenis juri yang mengadili iaitu juri awam dan juri tetap. Juri awam adalah semua forumer Jomlayan dimana mereka boleh membuat 'poll' pada thread yang akan disediakan. Juri tetap pula memberi markah pada tema/susunan blog, item wajib, posting, kreativiti dan fakta. Setiap minggu seorang peserta yang berada di tempat terakhir akan tersingkir.

Senang citer,

Peserta dapat tajuk > Mula ber'posting' > Juri awam dan juri tetap memberi markah > penyingkiran peserta.

Berikut adalah tajuk posting yang diberikan sepanjang pertandingan ini...
Minggu 1 : Bercerita mengenai forum Jomlayan
Minggu 2 : Kambing
Minggu 3 : Hari Kemerdekaan Malaysia
Minggu 4 : Jomlayan Blogger Mania dan Juaranya...

Minggu 4 adalah minggu terakhir untuk pertandingan ni. Minggu yang menentukan juara.

Hm, aku sebenarnya pening sikit pasal aturan penyingkiran peserta pertandingan ni. Yang aku tahu Dasyu dan Mashimie82 menarik diri atas sebab kesibukan yang melampau di pejabat (thee hehe...). Tapi dorang adalah lawan yang hebat. Aku tak sangka kalah kat Mashimie82 walaupun dia baru-baru je belajar buat blog. Dasyu pun hebat gak coz aku terpegun tengok template dia, pergh... siap ada nama sendiri tu. Atas sebab tu la aku 'renovate' balik blog aku, pakai kod lama HTML hanya untuk ubah blog aku mengikut corak yang aku suka. ( tak pandai lew nak ubah kod yang baru ni...). Anyway, buat masa sekarang aku berpuas hati dengan blog aku sekarang.

Hm, secara jujur, aku tak rasa tempat yang aku ada sekarang (finalis JL:BM) ni adalah tempat aku. Aku betul-betul terhutang budi pada tempe, Dasyu dan Mashimie82. Dorang betul-betul 'support' aku agar aku berada di tempat aku sekarang. Terharu seh. Jejerz dan Whitedolfin betul-betul buat aku pening kepala dengan saingan sengit yang dorang berikan kepada aku. Sampai aku tak tido malam semata-mata nak siapkan 'assignment' yang diberikan oleh JL:BM ni. Walaupun macam tu, aku rasa gembira, sebab sekurang-kurangnya hidup aku adalah aktiviti sket kat dunia siber ni.

Layak ke aku jadi Juara kepada Jomlayan... korang rasa macam mana... layak ke... Aku rasa...? heh, aku rasa aku layak. Jejez dan Whitedolfin pun layak koz kami diberi peluang untuk menjadi juara. Heh, aku teringat aku janji kat Dasyu yang aku akan cuba untuk menang untuk dia. Jadi aku takde alasan untuk mengaku kalah kan. Sekurang-kurangnya ini menjadikan aku semakin bermotivasi untuk menang (Cewah...)

Usaha aku untuk menang... Hm, secara jujur aku memang ada usaha untuk menang dalam pertandingan ni. Tak tido malam dan buat penyelidikan tentang bahan 'posting' tu dah jadi biasa bagi aku koz aku seorang student. Sampai Tempe cakap kat aku buat posting macam buat tesis. Heh, akibat terlalu asyik dengan berposting. Minggu pertama aku rasa, memang semangat tu melebihi kemampuan diri...



Walau macammanapun, pada minggu ke 2, tajuk kambing. Aku terus 'down'. Kenapa...? koz tajuknya terlalu umum dan kerana minggu tu adalah minggu ujian (aku student lagi la...). Peh, tapi aku cuba yang termampu yang aku lakukan. 'Assignment' minngu ke 2 betul-betul menyedarkan aku yang bukan semua benda yang biasa kita sebut, kita tau semua tentangnya.

Minggu ke 3 ; Hari kemerdekaan Malaysia. Heh, aku ingat masa aku buat 'posting' ni sampai buka balik buku sejarah skool aku dan buku Hubungan Etnik (subjek universiti...) semata-mata tak nak salah letak fakta. Takut lew, ni sejarah Malaysia, mana leh buat main-main. Lainlah sejarah hidup aku, boleh la aku tipu semata-mata nak lupa kenangan silam. (Aiceh jiwang lak...) Tapi sedikit sebanyak memberi aku pandangan yang berbeza mengenai kemerdekaan Malaysia. Sapa sangka negara yang merdeka 50 tahun boleh maju macam negara Malaysia. Heh, aku bangga menjadi anak Malaysia...

javascript blinking text - http://www.blinkingtextlive.com


Pertandingan ni jugak membuat aku rasa, 'rezeki ada di mana-mana'. Bila aku lihat markah aku setiap minggu, hm... sedih tapi still aku masih di sini. Mashimie82 cakap ni rezeki aku. Heh, walaupun macam tu, takkan aku nak tengok rezeki tu pergi macam tu je. So untuk minggu ke empat ni, aku ubah blog aku (berdasarkan kritikan juri tetap, rupa blog aku berterabur) dan cuba untuk membuat 'posting' yang cambest. Aku mula rasa membuat 'posting' adalah sesuatu yang seronok coz ia adalah kotak fikiran aku yang mampu aku kongsi untuk korang semua.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Tempe, Mashimie82, Dasyu, Geng Jahat, Jejerz, Whitedolfin, Juri tetap dan semua forumer Jomlayan yang mengundi aku di sepanjang pertandingan ni. Korang memang best dan betul-betul buat aku terharu. Dan semua kawan-kawan aku kat sini (kat U ni) yang support aku dari belakang... haha...

Image Hosted by ImageShack.us


Akhir sekali... adakah korang rasa aku layak jadi juara. Dengan sedikit keringat aku curah dalam menyiapkan posting aku kali ni. Dengan sedikit masa yang aku ada dalam menyempurnakan posting aku ni. Dengan sedikit motivasi yang diberi oleh kawan-kawan disekitar aku ni. Dan dengan sedikit pengorbanan yang aku lakukan hanya untuk menjadi Juara Jomlayan Blogger Mania. Biarpun sedikit, namun jika dilihat dari kualiti, maka juaranya nanti akan jelas dan nyata...

'Kerana blogku untuk semua...'

UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.comUTK MENGUNDI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...