Lama sudah tidak update. Haha... Baru-baru ini sibuk dengan kerja, penat dengan kerja. Ya, hari-hari harus kerja.
Hm, kita nak cerita apa kali ini. Serba ringkas sahaja sudah. Huhu...
Baru-baru ini walaupun sibuk dengan kerja, aku tetap luangkan masa bermain game di komputer. Haha... game lama. Atas desakan keinginan yang melampau dan kerinduan kepada kereta aku yang ditinggalkan di Johor, aku main balik game Need for speed Most Wanted dan Need For Speed Carbon. Ya, ejeklah aku kerana aku masih lagi belum bermain Need For Speed Prostreet. PC tak mampu. Huu...
Ada kebaikannya jugak aku hanya buang masa bermain game lumba kereta ini memandangkan harga minyak yang dah naik 78 sen. Huu... rasanya semester depan kereta aku jadi barang perhiasan sahaja la. Ayuh naik bas... Walaubagaimanapun syabas kepada kerajaan yang sanggup berkorban kurangkan elaun-elaun menteri-menteri. Ya, fahamilah kami yang susah ini...
Euro 2008 sudah mula. Australia kan tempatnya? Haha, aku bukan minat sangat bola-bola ini tapi adalah tahu sedikit pasal perkembangannya kerana aku pendengar setia Pagi di Era. Huhu... ada berita apa? Aku tidak sanggup bangun tengah malam menyaksikan perlawanan kerana mengantuk esok nak kerja. Lagipun stadium Astro ada ulangan. Selamba ah.
Melihat perempuan dilarang memakai tudung di Turki membuat hati aku sayu dan marah. Mereka kata memperjuangkan hak asasi manusia. Bagi aku, pemakaian tudung tu kan hak masing-masing nak pakai. Bolehlah pulak nak larang-larang. Hm, takdelah perempuan cantik kat Turki lagi. Taknak pergi Turki, aku ban.
Eh jap, tapi larangan tiada termasuk di tempat awam kan? Hm... aku tak jadi ban la camtu. (Perempuan punya pasal, hampeh... huhu...). Tapi sedih kan, agama mula tidak dipandang tinggi lagi dikalangan orang-orang yang kononnya cendiakawan ini. Hm...
Apa lagi nak cerita. Hm, baru-baru ini juga aku agak alert dengan berita-berita di Buletin Utama jam 8. Tak tahulah. Mungkin tidak mahu otak aku mati tanpa diberi suapan. Hm, hanya lihat perangai manusia yang selalunya ada itu dan ini. Bila la nak aman, asyik-asyik perang.
Ha... baru-baru ini aku terdengar istilah Islamofobia. Ada sapa-sapa tahu maksud sebenar istilah ini. Aku kureng faham lew...
hm.. apa lagi ek... tu je kot. Maaf la kalau posting kali ini tidak mengikut format. Aku runsingkan idea yang berlambak. (pelik ayat...) Sehingga berjumpa lagi... salam ya...