Followers

Gamers

Tuesday, July 1, 2008

Sejenak bersama 'obsesi' itu...

Pernah rasa terperangkap dengan masa silam. Satu perasaan yang sakit namun kehangatan rasa itu terasa jauh ke dalam lubuk hati.

Ini bukan mitos. Ia memang benar mampu terjadi. Aku mengalaminya. Dan kerana itu dahulu aku sering rasa merudum seperti tak mahu menempuh hidup lagi.

Aku manusia, biasa sahaja. Punya perasaan. Ingat pada obsesi yang pernah aku ceritakan dahulu. Ia hilang ketika aku ketemui si dia. Betapa bersyukur aku ketika itu.

Namun hari ini obsesi itu datang kembali. Walau sudah lama perkara ini tapi aku masih terasa di dalam hati. Masih sakit, walau sedikit, aku tetap masih merasa sakit. Kenapa?

Sepintas gambar itu aku tidak sengaja menatap. Akibatnya, awan gelap itu menerpa. Sakit. Terkenang, aku menjadi sakit.

Aku tak harap aku mampu sebutkan pecipta obsesi ini. Cukup sekarang, aku sudah bersama si dia. Kisah lama jangan di kenang. Dan betapa bahagia kini aku rasakan bersama si dia.

Dan kalau masa lalu mampu aku beli, aku tak mahu bersua dengannya, dengan pecipta obsesi ini. Biarlah masa depanku terumbang ambing namun aku tak mahu bersua dengannya. Penat badan boleh berehat, penat minda minta masa berundur seketika namun penat hati...

Gambar itu aku tutup. Aku pejam mata. Cuba untuk lupakan. Usaha keras untuk melupakan segala kenangan aku bersama dia.

Aku buka mata, ya. Buat ketika ini aku mampu untuk lupakan dia.Namun, aku tak pernah lupa yang aku sedang cintakan si dia. Dan selamanya aku harap, aku akan cintakan dia... Cahaya Pembuka Hatiku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...