Baru-baru ni aku baru habis baca sebuah novel karya Faisal Tehrani yang bertajuk Tuhan Manusia. Ramai orang ingat aku bukan seorang ulat buku. Haha... kalian masih tidak mengenali aku. Aku hanya membaca sesuatu yang mampu menunjukkan minat.
Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang budak sekolah bernama Ali Taqi yang bercita-cita menjadi ahli falsafah Islam. Cita-cita dan minat itu datang atas kerana abangnya Talha yang murtad dan ini amatlah menyedihkan Ali Taqi.
Novel ini juga memuatkan sebuah isu yang berat seperti pluarisme, Islam Liberal dan lain-lain. Apa yang menarik tentang novel ini, kandungannya juga memuatkan ayat-ayat suci Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai penguat kepada fahaman yang dinyatakan.
Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, tiang serinya adalah agama.
Setiap hujah yang dipamerkan di dalam buku ini punya isi dan asas yang kukuh. Agama, adalah suatu yang telah lama cuba dipermainkan oleh anasir-anasir jahat dan kita sebagai penganut agama mestilah mempertahankan agama dan kepercayaan kita.
Novel Faizal Tehrani ini bukan sahaja memberi kefahaman tetapi juga membuai jiwa kita dengan rasa sayu dan gerun terhadap pertembungan fikrah Dunia Barat dan Dunia Islam.Aku rekemenkan novel ini kepada kalian semua. Ia bagus untuk memikirkan mana hala tuju kita sebagai hamba Allah SWT khususnya dan sebagai penganut agama umumnya. Dan aku berikan 5 bintang penuh, fully recommandation untuk dibeli dan dibaca...
Lupa nak beritahu, novel ini aku dapat sebagai hadiah pemenang tempat ke 2 dalam pertandingan Jomlayan Blogger Mania 2008.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:"Telahku tinggalkan bagi kamu sekalian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama kamu berpegang teguh dengan keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. " (Malik)
Sumber
http://www.geocities.com/farouq1965/TPSM/1c.htm