Lama tak update, malas. PSM tiada progress. Malas, ya aku tahu kau akan kata malas tiada ubat. Memang tiada tapi tidak malam ini. I'm decided to finish my PSM tonight. Err... semi-finish... ok? temankan aku malam ini boleh...? YM aku ok...
Aku nak buat wishlist. Ada 5 dan ini wishlist untuk aku yang sedang berumur 27 nanti. Aku nak...
- Sebuah rumah
- Sebijik kereta
- Seorang bini
- Beberapa anak kecil
- Ekonomi aku yang stabil
Eh, bukan ke? habis? kenapa seorang...
Kau tanya kenapa seorang bini. Kenapa tidak lebih dari seorang? Oh, poligami kau kata...
Sebelum aku jawab, aku nak kau tahu aku lelaki biasa dan sihat. Punya selera makan yang normal tinggi dan tidur yang normal rendah. Aku belum lagi punya penyakit kronik dan bakal kronik.
Aku tanya kau, lelaki khususnya. Kenapa kau rasa pelik aku rasa cukup dengan seorang? Sebab berdua lebih baik. Bagus, teruskan dengan MTV kau. Aku rasa, kalau aku bertiga, atau berempat atau berlima (campur aku sekali), aku akan hilang sepenuhnya kehidupan aku a.k.a diri aku sendiri.
Life as husband n father, aku lihat ayah aku dari mata aku, ya, dia hilang apa yang aku boleh kata glory zaman mudanya. Aku tak tahu dan takut nak agak apa dia, namun aku tahu, dengan berkahwin dengan mak aku dan mempunyai aku dan adik aku, dia telah kehilangan sesuatu. Sesuatu yang bagi aku sekarang, adalah kebanggaan dan keamanan yang aku kecapi sekarang. Bahasa kasarkan, kebebasan.
Ayat faveret aku bila berkapel dulu, "Hari ini hari untuk saya, leave me alone.." atau "saya mahu punya masa saya sendiri...". Tidak mahu diganggu kerana ketika masa itu aku mahu tenggelam dalam dunia aku sendiri. Dunia yang bebas dari segala-galanya.
Tapi aku tahu suatu hari nanti aku akan hilang semua masa-masa bahagia begini. Kerana aku kena tambah seorang dalam hidup aku. Tambah tanggungjawab. Kena kenyangkan dia dahulu sebelum aku kenyang. Kena lebihkan dia dari diri aku sendiri. Dan ini aku nampak apa yang berlaku kepada ayah aku.
Aku pernah kata kepada seseorang, perkahwinan itu menakutkan. Dan kau tahu apa dia kata, ya kau silap. Dia kata aku belum temui cinta sejati. Err... ada ke cinta sejati.
Pernah berlaku cinta sejati kepada kau, tulis komen kat aku, aku nak tau atau nak dapatkan gambaran bagaimana rasanya. Sebab bagi aku, ianya hanya khayalan belaka. No offend, kalau kau percaya then teruskan. Just please, jangan paksa aku untuk percaya. Kalau kau kata aku menolak kebenaran, anggap sahaja aku berpegang kepada realiti dunia.
Berbalik kepada kenapa seorang bini. Err... isteri. Kerana aku rasa penat melayan karenah perempuan. Ya aku tahu kau mahu kata, "Biasalah, perempuan.." Ya, betul dan itu penawar duka sunyi kau.
Tapi cuba kau gandakan karenah mereka, betul. X + Y bukan sama dengan X x Y. Aku kata gandakan bukan tambah. Algebra dapat berapa? Ya, kau akan dapat sesuatu yang hampir sama. Jika seorang minat window-shopping, dan seorang lagi minat actual-shopping. Ya, betul. Dua-dua akan jadi shopaholic... betul... XY adalah jawapannya. Pandai...
The more the merrier... Betul, tu sebab poligami wujud dalam Islam. Kerana terdapat beberapa sebab kau perlukan poligami. Terutama kalau kau dapat yang tidak subur. Ya, kau cinta dia, aku faham. Makin ramai anak2, makin meriah. Betul, aku sikit memahami itu.
Aku tidak menolak poligami. Jika berlaku kepada aku yang memaksa aku untuk ke arah itu, aku tentunya akan bertiga. Aku harap, aku takkan sampai ke situ. Tolong jangan jadikannya satu pilihan, ok...?
Err.. panjang la pulak. Cukup rasanya. Tak siap karang psm aku. Kau luar sana. Jaga diri baik-baik. Jangan risau aku, aku ada wishlist, jadi aku akan jaga diri aku dengan kadar terbaik. Kau tahu, aku hanya mahu hidup simple dan punya teman yang simple. Kau simple, be my guest...
Aku ucap selamat ya. Kita racing nak, tengok siapa kahwin dulu... haha... penamatnya kat hujung sana, dimana kau mahukan sesuatu yang baru dan bersedia melepaskan yang lama. kau mahu ikut tak? 1 2 dan...





Aku mmg berani bagi ulasan.. Apehal??
ReplyDeleteHuhu..
Ok..
Tulisan yang sangat menarik..
Cinta sejati tu wujud..
Macam mana cinta sejati tu?
Cinta yang disandarkan pada Allah..
Contohnye, aku skang ni ngah mencintai seorang awekz yang mane aku mencintai die tidak lebih daripade dek kerane perintah Allah.. Sebenarnye, ie macam jugak aku makan atau minum kerane Allah.. Dan perasaan itu hadirnye/datangnye dengan disebabkan oleh cintanya aku kepade Allah..
Contoh..
1=Ada
0=Tiada
Tiadanya makna 1, maka tiadalah makna 0.. Begitu jugak sebaliknya..
Begitupon, menyerlahnye 1 kerane telah disandar fitrah kite pade keadaan adenye kite, dan bukan keadaan ketiadaannye kite.. (mustahil akal, merasa sesuatu pade keadaan tiadenye diri kite)
Datangya 2 kerana sama ada,
1.Terlahir 1 dari 1 yang pertama(membiak)..
2.Datangnya 1 yang lain pade 1 itu dari keadaan yang telah sedie ade(mengumpul)(juga kedua2nye telah sedie ade)..
3.Berbilangnya 1 dalam sela tertentu yang mana ditengah adalah 0(menokoknye nilai bile akal cube mendatangkan istilah bagi sifat yang terubah)..
Ketiga2 perkare boleh jadi menjadi sebabnye terjadi 2.. Tapi yang jelas, 2 adelah nilai yang besar daripada 1.. Namun ia tetap tidak lari dari sifat sejati ia.. Iaitu, sifatnye yang ditimbulkan dari 1 jugak..
Penjelasan:
Sifat cinta, kasih, sayang, diciptakan Allah.. Maka, kesejatian cinta tu akan didapatkan, bile disandarkan kembali pade pencipta-Nya.. Jika tidak, ketidakstabilan boleh berlaku..
Penafsiran:
Sebab terjadinye 2 = Cinta sesame makhluk,(lelaki-wanita)(umunye)..
Boleh jadi perkare 1., 2., atau 3. = boleh jadi si aminah/siti/maryam..
Hakikat kejadian 2 = Hakikat kejadian cinta
2 tidak dapat didatangkan selagi 1 tidak dirungkai terlebih dulu = Cinta xkan ade kecuali ade penciptenye;
2 datang dari 1 = cinta diciptakan Allah
Sandaran 2 pada 1 = Sandaran menyintai wanita, hanya pada Allah
Kestabilan logik berlaku = Cinta sejati(hati pon stabil n tenang)..
Penguat:
Mustahil akal, kerja akal itu boleh memintas2.. Untuk lanjutan, study tentang kognitif..
Mungkin jugak istilah kesejatian kat situ perlu diperhalusi..
Sedang ulamak pon bersalah-salah dari merungkai maksud wujud(ada)(apetah lagi sejati)..
So, aku gune logik paling ringkas..
Aku anggap semue orang tau ape tu makne cinte, makne sejati, dan siape pencipte cinte..
Sesungguhnye, bukan kewujudan cinte sejati jer yang patut dipersoalkan..
Tapi isu cinte sejati seakan menjadi perbolakan yang wajib hadir bile persoalan cinte diketengahkan..
Maka demikianlah hujahku yang bersandar pada logik semata2..
Walhal cinta tidak dapat ditangkap oleh akal, sebab kerja akal menaklik(taakul)..
So, lau nak lebih tahu, kenelah belajar tasauf yerr.. Kuikui
Salam..
kau kalau komen penuh matematik asas kehidupan.
ReplyDeleteCinta sejati itu memang wujud, tapi aku tak fikir ianya berlaku pada ruang dan masa sekarang. Cinta yang datang dari orang lain, untuk aku, cinta sejati... hm, matematiknya mendahului akal aku. Dan itu buat aku ragui kewujudannya.
namun aku percaya, cinta sejati wujud, bukan dari manusia untuk manusia. Tapi dari Allah, untuk manusia. Hanya cinta itu aku fikir adalah cinta yang sejati, ada, kukuh dan boleh dipercayai secara berterusan.
Memandang dunia yang pelbagai dengan ragam.Aku fikir, aku sendiri benar takut akan kebenaran, dan itu aku berpegang kepada realiti yang ditafsir oleh akal aku.
Namun aku suka, kau dan cara kau, dan pendapat kau, dynac3064. Kerana aku tahu, kau dan kau di luar sana, pastinya punya persekitaran yang lain yang melahirkan akal yang berlainan.
Heh, terima kasih...
wey kawin ngan aku ah.
ReplyDeletekah kah kah
Ko nak ke kat aku masalahnya...? haha...
ReplyDelete