Followers

Gamers

Friday, February 20, 2009

Malam, dengan keadaan bilik yang bersepah. Aku mula berserabut. Tak tahu hendak buat apa, mahu mulakan apa dan fikirkan apa. Dan untuk lelaki seperti aku, seperti yang kau boleh agak, tak lain tak bukan...

Aku akan mula mengenang. Zaman dan saat ketika aku bersama mereka. Satu persatu, seorang demi seorang. Di saat ketika aku percaya, aku mampu untuk bercinta.

Oh, itu cerita lama. Kau tanya aku rindukan mereka semua. Ya aku rindu. Betul aku rindu. Mahu jumpa mereka, mahu berborak dengan mereka. Tanya khabar, tanya soalan bodoh seperti "tengah buat pe?" walhal aku tahu dia tengah bercakap dengan aku dan sebagainya.

Tapi itu cerita lama, orang kata buat apa dikenang. Aku, hm... aku tak tahu mahu setuju atau tidak kerana sepanjang hidup aku, itulah perkara-buang-masa yang aku selalu buat.

Sepanjang aku merenung ke masa lalu, fikiran aku mengulangi ayat ini.

"Aku minta maaf, I'm so sorry..."

Kau, bila kali terakhir kau ucap perkataan ini. Secara jujurnya, aku katakan setiap hari. Tiada satu hari pun aku tidak katakan yang aku minta maaf.

Kau tanya kepada siapa. Mostly to myself... kerana tak mampu untuk menjadi somebody yang betul-betul aku mahu jadi. Dan sebab kenapa aku tidak menjadi somebody, kerana masa lalu tak tak pernah benar aku manfaatkan untuk diri aku sendiri.

Where the past lead the present. Itu tajuk diari aku. Mengingatkan aku yang aku ada kini bukan kerana orang lain, kerana aku sendiri, kerana masa silam aku. Dan itu menjadikan aku sekarang.

Menyebut nama mereka, nama ibu, nama bapa, nama adik nama teman, nama Tuhan. Dan setiap itu aku meminta maaf. Dan jika aku pergi terlalu jauh, egoku akan hancur. Kesannya, air mata yang kau sendiri sukar untuk lihat. Air mata seorang lelaki.

Ini depressi. Kesan dari desakan kesunyian. Aku kerap alami dahulu. Sekarang kau tanya? Aku boleh kata sudah kurang. Ya, aku sibuk. Kadang aku jarang memandang diri aku sendiri lebih dari kerjaan aku.

Aku selalu impikan hidup yang mudah. Keperluan asas untuk aku hidup cukup sudah memadai. Jika ia tidak menganggu fokus aku, tidak menyebabkan aku depressi. Itu sudah memadai.

Ernest Hemingway once wrote:
The world is a fine place, and worth fighting for.

Realitinya, tiada hidup mudah. Aku nak aku mesti lawan untuk dapat. Selagi aku punya kemahuan, aku punya nafsu, hidup aku tidak akan menjadi mudah.

Aku pernah katakan semua ini kepada seorang kawan, dan dia katakan...

Mie, kau penat. Ambil masa, lihat apa kau suka. Rehat...

Ya, barangkali aku benar penat. Aku harus berehat. Dan kau.. oh bukan... aku maksudkan teman perempuan aku dahulu.

Aku ada di sini.
Aku minta maaf.
Aku rindukan kamu.
Aku harap kamu sihat.
Dan.. betul...

Aku betul rindukan kamu semua...

Aku ucap selamat kepada kau ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...