Followers

Gamers

Wednesday, August 5, 2009

Budak pun tak tau putus asa...

Penat duduk lama-lama di kerusi. Aku bangkit, membuat cubaan patahkan pinggang... err... faham kan maksud aku. Penat, barangkali aku perlu rehat.

Aku baring di sofa, empuk. Hajat di hati hanya mahu lelapkan mata bermain mimpi. Merehatkan minda dari tekanan kerja.

Sedang nak tutup mata, aku lihat ada kanak-kanak kecil merangkak ke arah aku. Lambat, tetapi... dalam hati aku, itulah perkara paling comel yang sangat aku mahu lihat.

Sedikit demi sedikit dia menghampiri aku. Dan bila sudah hampir, dia berhenti, memandang sekeliling. Lagak seperti memikirkan sesuatu. Dan bila dia pandang aku, aku hanya buat-buat tidur. Melihat gelagatnya, hati aku terhibur.

Barangkali fikirannya mencapai noktah, dia datang rapat dengan aku. Mencuba untuk memanjat sofa empuk ni. Blind-spot, aku tak dapat melihat bagaimana dia melakukan, sedar-sedar hanya muncul kepalanya dan tangannya di atas sofa.

Perlahan-lahan dia datang jalan mengereng. Masih melihat sekeliling. Kadang melompat kecil. Dan saat itu aku tahu, dia mahu memanjat ke atas. Sifat tak putus asa dia itu memberi aku inspirasi tentang sesuatu.

Aku hanya jatuhkan tangan aku dan tunggu dia memijak tapak tanganku, memberikan dia pertolongan, sebuah tangga. Berhasil. Perlahan aku angkat tanganku supaya mudah dia untuk memanjat.

Kadang dia pandang aku, aku buat tak endah. Buat-buat tidur. Aku tak mahu dia tahu aku sedang menolong dia. Aku mahu dia usaha dan tak putus asa dengan apa dia mahukan.

Sedikit demi sedikit, dia berhasil memanjat sofa dan duduk di atas dada aku. Kemudian tidur atas aku. Heh, comel...

Aku terjaga... melihat sekeliling. Aku masih di bilik aku. Alarm aku tutup. Ia sebuah mimpi indah. Lagipun aku dah lama tak mimpi budak kecik... Huhu... Selamat ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...