---
Well kawan-kawan. Tiada minggu FX-004. Aku berani kata, kerana minggu itu segala apa aku usahakan semuanya gagal. Walaubagaimanapun, aku berani mengambil langkah proaktif. Pada minggu ini aku mula akaun real. Deposit tak banyak, hanya USD30 (RM111). Aku ingat kata seorang otai forex.
6 bulan demo, 6 bulan depo kecil, dan seterusnya depo besar.Disaat entri ini ditulis, equiti aku menjadi USD32.50. Kau tanya pe komen aku tentang minggu ni. Aku hanya boleh katakan, ini bukan yang aku selalu buat. Aku maksudkan aku tak cukup agresif hari ini untuk bersama market minggu ini.
Lot aku gunakan adalah agak besar aku fikir, 0.12 lot untuk equiti USD30. Bermakna secara purata, 1 pip persamaan dengan 12 sen. Aku target untuk sekali ganda akaun aku dalam seminggu, untuk minggu ini USD60 equiti. Mampukah aku?
Banyak sebab untuk aku tidak agresif seperti biasa. Salah satunya kerana psikologi aku sendiri. Ini duit betul. Bukan demo. Aku perlu kira berapa equiti aku perlu ada sebelum margin call agar aku mampu buat comeback. Antara sebab lain adalah aku menghadkan teknik aku.
Untuk pengetahuan kau orang, minggu ini aku hanya trade momentum. Dalam kepala aku, ada 3 jenis teknik yang aku mampu gunakan.
- Momentum
- Reversal
- CSR100
Aku akui, aku masih lemah dalam mengetahui berapa lama aku perlu berada dalam market bila mana sesuatu order itu telah dibuat. Untuk rujukan, hari ni sahaja sepatutnya aku telah mencapai target jika aku tidak takut untuk tunggu lagi hanya dalam 30 minit. Aku tunggu dan tunggu sehingga dia naik semula, kemudian takut dan tutup.
Masih perlukan latihan. Psikologi aku masih lemah aku kira. Lagipun ini akaun real. Walaupun kecil, aku rasakan itu adalah maruah aku. Jika yang kecil aku gagal, apatah lagi jika aku perlu uruskan yang besar pula.
6 Bulan yang kecil. Sehingga aku mampu uruskan dengan baik, baru aku akan usahakan yang besar.
Aku ucap selamat ya... Oh ya, kemarin hari jadi aku yang ke 24. Biasa sahaja hari-hari itu. Namun aku belajar sesuatu, dimana aku perlu kejar sesuatu. Sepanjang 24 tahun aku hidup, aku fikir hanya 2 benda yang betul2 aku perlu kejar dan ikut. Ilmu... dan duit... Aku ucap selamat ya...
Selamat...