"Saya akan ingat setiap kesusahan yang saya alami sekarang..."
Aku terjaga dari tidur. Termimpi kenangan lama ketika aku bersama Cahaya Pembuka Hatiku. Terkenang ketika hidup susah ketika di universiti dahulu. Teringat kenapa aku menjadi trader, seperti aku sekarang.
Jasa besar menjadi trader ini selain ibubapa aku, adalah Cahaya Pembuka Hatiku. Orangnya comel, cerdik... bersama dengannya adalah lebih baik dari dari 2 ex aku yang lain. Kerana hanya dia bawa sesuatu untuk aku, dan tinggalkan kepada aku, dan aku dukung sehingga hari ini. Ilmu... yang tiada gantinya...
Perempuan baik hanya untuk lelaki baik. Dan ternyata Allah sayang dia, dan jadikan dia milik lelaki lain yang lebih baik dari aku.
Hidup aku kat universiti agak teruk. Kerana kurang minat. Dan bila aku belajar dan tahu hidupnya seorang jurutera, aku jadi kurang minat. Dan seterusnya mencari hidup lain yang lebih sesuai dan menarik bagi aku.
Aku berniaga, jual topup, jam tangan, keropok lekor dan pernah cuba jadi agen unit trust. Tidak berhasil. Kali ini bukan tidak berminat, tapi segan mungkin. Atau mungkin usahanya terlalu berat bagi aku.
Aku teringat pernah pergi satu ceramah(?) keusahawan bersama Cahaya Pembuka Hatiku, something like direct selling. Dan keluarga aku bukan asing kepada direct selling ni, jadi pun tidak menjadi pada aku.
Sehingga satu hari Cahaya Pembuka Hatiku kata ada pensyarah keusahawan nak buka kelas trading free untuk yang berminat. Aku tidak pernah dengar trader itu apa. Tapi dalam hati aku kata pergi... dan aku pergi.
Aku diajar tentang broker, tentang pip, tentang SL n TP, tentang carta. Pensyarah itu tidak lokek ilmu. Dan sejak itu aku fokus pada trading.
Walaupun Cahaya Pembuka Hatiku tidak bersama aku lagi,
Walaupun aku tidak dapat lagi berjumpa dengan pensyarah trading aku ni,
Walaupun kawan-kawan aku semua dah jadi jurutera dan pensyarah kejuruteraan,
Aku masih di sini... masih seorang trader tegar...
Trader sesuai dengan personaliti aku. Suka kerja keras, tak suka kerja berat. Suka kerja bijak, tak suka kerja sama. Peluangnya infiniti, kebolehannya tiada batas... dan ganjarannya adalah yang terbaik setakat ini yang aku jumpa.
Namun usahanya bukan biasa. Kefahamannya melangkaui setiap kebiasaan aku. Ada masa bangkit megah, ada masa duduk termanggu. Hanya tidak menyerah buat aku menjadi tegar.
Terima kasih Allah, Alhamdulillah...
Tanyakan aku adakah sudah berjaya. Tidak... Kerana kau belum kenal aku. Orang sekeliling kau belum kenal aku. Trading ternyata bukan jalan semata-mata untuk aku. Trading buka mata aku kemungkinan untuk aku membuat sesuatu yang aku amat suka kelak. Ini adalah langkah pertama... Dan aku tahu aku sedang rapat untuk langkah seterusnya.
Aku suka kerja aku sekarang... Aku harap, kelak... bila genap 5 tahun aku menjadi trader... aku benar-benar berjaya. Capai apa aku impikan selama ini. Aku yakin... dengan kebolehan dan ilmu yang Allah kurniakan untuk aku... aku akan dapat apa yang aku mahu.
Terima kasih Allah,
Terima kasih ibubapaku,
Terima kasih Cahaya Pembuka Hatiku,
Dan terima kasih Pensyarah trading, kawan, dan diri aku sendiri yang tak tau erti putus asa...
Aku ucap selamat...