Followers

Gamers

Wednesday, April 12, 2017

Run and Gun... Game Game Game...

Hm... lama tak menulis. Ada orang message aku kat facebook tentang salah satu post aku kat sini. Buat aku teringat...

"Oh... aku ada blog, ada tempat aku nak luah..."

Jujur, tak banyak benda yang menarik aku nak cerita. Setiap hari adalah sama. Aku cuba untuk jadikan hidup aku menarik, at least dekat aku, tapi...

"Bosan..."

Aku "menang" EVE Online. Membawa maksud aku berhenti main. Satu-satunya game aku fikir betul-betul mampu buang kebosanan dan rutin harian aku. Sebab berhenti, aku tiada masa dan ada benda lain perlukan aku.

EVE Online betul2 perlukan masa. Jika aku nak main, aku perlukan bukan sahaja masa, malah duit, di mana tak banyak yang aku ada.

Benda-benda macam ni buat aku rasa...

"Oh... aku dah dewasa... perlu kerja dan kerja..."

Facebook wall aku penuh dengan iklan orang jual barang dan iklan tips perniagaan. Memandangkan aku hanya peniaga offline dan online, aku fikir aku perlukan wall begini. Sedihnya... aku bukan jenis orang begitu.

So, orang yang bagaimana aku.

Tak kira berapa jauh aku pergi, dengan siapa aku bersama, atau apa sahaja aku buat. Dalam hati aku, satu-satu benda yang mampu buat hati aku 'bergerak'

"game..."

Menjadi dewasa memang... Aku tak harap untuk putar masa dahulu masa aku tak perlu fikir benda2 berat, aku boleh setiap hari game... game... game... Aku hanya harap aku mampu gerak sendiri, ada masa sendiri untuk

"game... game... game..."

Tanpa game, aku tak fikir aku perlu usaha untuk apa-apa lagi kecuali untuk makan, pakai dan tempat tinggal. Aku jadi tiada beza dengan 'mereka' ni yang 'bekerja'.

Negatif.

4 bulan aku tinggalkan EVE. Aku gaming juga. Cuma feel dia tak sehebat EVE. Tapi takde la aku nak kata EVE Online hebat sangat. Ada juga game lain yang best yang aku main sebelum EVE. Masalah aku hanya masa. EVE tiada butang 'pause'; game online memang tiada butang pause.

Dan selalu... tengah gaming, ada benda perlukan perhatian aku. Kena kerja dahulu. Kerja... Then aku sambung balik. Dan benda ni... amat buat aku rasa... menjengkelkan...

Of coz, aku dewasa, aku perlu kerja. Untuk makan, pakai dan tempat tinggal. "Duit" tak pernah betul2 lekat dalam hati aku. Aku tahu... kalau aku kerja, aku dapat. Semudah itu. Lagi keras aku kerja, lagi banyak aku dapat. Dan benda ni betul bila aku buka kedai aku sendiri.

Lagi keras kerja bermaksud, lagi kurang masa gaming aku.

Aku tiada masa untuk gaming diluar waktu kerja. Aku kerja setiap hari, 12 jam sehari tanpa cuti. Berapa banyak duit aku dapat bergantung berapa 'rela' kuat aku bekerja dalam 12 jam ni. Aku berniaga, dan hukum begini memang biasa...

Bukan aku tidak bekerja secara bijak. Aku guna komputer untuk bekerja; bermaksud. kebanyakkan kerja aku boleh 'skip' dan biarkan komputer buatkan. Tugas aku hanya kerjakan benda yang komputer tak mampu buat, aka menjadi manusia.

Tiada benda yang sukar selagi aku 'rela' nak buat.

Cuma bagi aku menjengkelkan... macam aku kata tadi, lebih kerja, kurang gaming.

Manusia ada macam-macam. Dan aku adalah manusia begini. Aku menulis hanya mahu luahkan sesuatu. Dan aku minta maaf kalau ada orang yang diluar sana fikir... aku tak matang or some shit like that.

Jujur, aku tak peduli. Aku nampak apa aku mahu dan aku rela korban apa sahaja yang aku ada untuk capai matlamat aku. Dan jika begini orang kata aku hanya kanak2. So be it.

Its good thing aku masih ada benda aku mahu. Dan jari dan mata aku masih elok. Aku harap apa aku usahakan ni tercapai dan aku ada masa seumur hidup aku untuk gaming selepas aku terlepas dari 'rat race' ni.

Rat race. Macam hamster berlari dalam bulatan. Kadang kelakar bila ada orang yang kononnya cuba 'selamat'kan aku adalah orang yang terperangkap dalam 'Rat Race' ni.

Cikgu aku kata betul. Jika aku mahu sesuatu, aku tak perlu fikir banyak. Aku hanya perlu kejar sampai aku dapat. Dan jangan kejar dalam bulatan, fikir... dalam hidup, kita sentiasa ada cara.

Dan benda ni betul bila aku berjaya dapatkan degree dan perniagaan aku. Tanpa fikiran begini, aku rasa aku now masih bekerja tiada hala tuju.

Sentiasa.

Aku pergi dahulu. Aku tahu aku tak terlambat. Mata aku masih ok. Jari aku masih ok. Aku juga ada duit... Apa yang aku perlukan sekarang adalah masa... dan of coz aku perlu lebih banyak duit untuk 'secure' masa yang aku dapat. Aku hanya anak Adam. Ini biasa... duit duit duit...

Dan kemudian, aku pasti, aku akan game game game seumur hidup aku...

Aku ucap selamat....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...