Followers

Gamers

Friday, August 4, 2017

Masa Si Dia.. adalah relatif.

Aku tahu aku tak patut menulis ni. Tapi.. entah...

Aku terpandang bulan. Jujur, aku selalu mengelak melihat bulan kerana bulan mengingatkan aku tentang Si Dia.

Lama tak menulis tentang Si Dia kan? Aku selalu fikir, sebab Si Dia dah berkahwin, jadi aku patut hanya boleh pendam.

Melihat banyak sangat post yang aku tak publish, buat aku terfikir... Ya, aku still tak lupa. Dah berapa tahun. 7 tahun? still ingatan tu macam semalam.

Mungkin sebab hidup aku sama. Aku ada banyak projek baru, ada banyak kerja di kedai still... bila malam, aku takkan dapat tidur. Mata aku terang dan fikiran aku jelas. Dan jika aku letih seperti hari ini, hari kemas stok, still, aku masih di sini menulis jam 3 pagi.

Orang kata, masa akan mengubati. Mungkin. Sebab aku tunggu hampir 7 tahun. Aku even bagi peluang kepada orang lain. Still... tak boleh. Atau aku yang tak mahu.

Aku selalu terima perasaan aku. Ya, aku move on. Aku ada kerja dan teruskan hidup aku macam orang lain cuma ini... hanya ini... aku tak boleh lupa.

Dan kenapa malam ni aku luahkan setelah sekian lama... kerana 'Bulan'. Aku tak tahu jika ini mungkin cinta, sebab aku tak usaha untuk mendapatkan Si Dia bila aku ada peluang dulu, tapi aku tahu... aku rindukan Si Dia.

Aku tak pernah lupa. Tiada satu hari aku lupa. Dan masa itu relatif adalah benar, kerana aku masih rasa seperti baru semalam aku bersama Si Dia. 7 tahun ini... tiada... untuk aku.

Tiada guna aku fikir jika aku boleh patah balik. Kerana aku tahu benda yang sama akan berlaku. Aku akan abaikan dia. Mungkin ini adalah DNA aku. Mungkin ini adalah takdir aku.

Contradiction.

Aku hanya rindukan Si Dia. Itu sahaja. Aku kerja hanya untuk isi kekosongan, game untuk isi kekosongan. Tanpa ada matlamat untuk 'bahagia'. Kalau orang tanya matlamat terakhir aku, aku hanya teruskan hidup. Tak kira betapa pesat kerjaya aku sekarang dan masa hadapan, kekosongan ini tiada pernah mampu terisi.

Aku penat. Aku harap aku boleh bercuti dari 'rindu' ini. Sebab aku baru sedar, 'rindu' ini memberhentikan masa aku. Aku perlu tua. Aku perlu isi kekosongan ini.

Aku nafikan ini adalah sunyi. Dan aku bukan!

Dan 'sibuk' bukan penyelesaian.

Aku hanya perlu pengisian.

Mungkin... macam Si Dia. Mungkin.

Aku minta maaf. Bukan niat untuk buat orang serba salah. Aku hanya meluah. Kepada yang baca ni dan kenal aku, kamu... sekarang tahu apa bermain di hati aku. Dan aku minta maaf.

Walaupun sakit, still... aku mahu 'rindu' ini. Dan sakit ini, aku rasa manisnya. Buat aku mahu menghargai apa yang aku ada sekarang. Salah aku mengabaikan Si Dia dahulu. Dan perkara sama tak berulang untuk orang lain.

Aku tiada apa. Hanya kerja dan game. Dan untuk hari ini, untuk 'Bulan' ini. Aku sentiasa ada 'rindu' ini.

Terima kasih. Aku hanya meluah. Kau tidak perlu berbuat apa. Ini hidup aku. Aku rindukan Si Dia. dan aku tak mahu kau berbuat apa-apa. Ini untuk aku.

Aku hanya menulis. Aku ucap selamat.

---

Jam 5:16am. Wah.. aku tak tidur lagi. Buat apa? menilai diri. Aku bandingkan blog aku dan blog Si Dia. Mahu melihat manusia bagaimana aku bila Si Dia masih milik aku sehingga dia menjadi ibu kepada manusia lain. Kesimpulan. I'm really bad bf.

Aneh. Ini tak buat aku sedih dan kecewa atau marah, sebab aku amat kenal siapa aku. Mungkin sekarang aku selalu seorang kerana aku terlalu kenal siapa aku. Mana telinga aku, mana hati aku.

Aku takkan nafi. Hati ini tak berubah. Untuk Si dia. Tapi hati ini masih dipegang oleh 'benda' lain. Aku minta maaf dijadikan lelaki.

Kerana lelaki ini... dalam hatinya ada tempat untuk perempuan, ada juga tempat untuk kerja, ada juga tempat untuk minat. Dan aku tahu... tempat untuk Si Dia yang aku sediakan kecil. Even sekarang, sekalipun keluarga aku, still, ada tempat yang kecil dalam hati aku.

Kadang aku rasa aku hanya mesin. Badan ini hanya daging dan tulang. Dan hubungan aku dengan orang lain tiada penting. Dan sebab itu aku gagal menjaga Si Dia. Di saat Si Dia perlukan aku, aku tiada di situ.

Aku hanya mesin.

Dan even hari ini, aku hanya kerja dan game. Kerja... dan game...

Tuhan betul nak tunjuk, nak beri aku peluang untuk menjadi manusia. Dan jujur, ini bukan kali pertama Tuhan bagi petunjuk. Kerana kerap kali aku ego, dan terusan menjadi mesin.

Aku tak deserve Si Dia. Dan ini yang aku maksudkan bila aku kata aku abaikan Si Dia. Ini DNA aku. Dan ini juga sebab aku berani menafikan sunyi adalah sebahagian dari aku.

Nampaknya hari ini aku betul rindukan Si Dia.

Aku baca satu post dalam blog aku, hari aku tahu Si Dia telah pergi. Dan dalam post tu, aku tidak menangis. Aku marah. Dan aku tidak menangis... dan aku masih tidak menangis.

Mungkin perpisahan itu tiada erti untuk aku. Hanya ego. Dan sebab itu aku hanya marah. Dan sebab itu aku tidak menangis.

Aku mahu menangis. Mahu menjadi manusia. Mahu untuk kata, "Jika aku boleh patah balik masa, aku takkan abaikan Si Dia. Aku akan cuba sebaik mungkin bersama Si Dia. Dalam susah ataupun senang."

Aku sangat kenal diri aku. Sehingga aku lupa... aku masih belum menangis. Macam mana aku hidup 7 tahun ini dan masih belum menangis, walaupun setiap hari aku ingat akan Si Dia. Mana hati aku, mana hati aku.

Mana hati aku.

Mana hati aku untuk menangis atas pemergian cinta yang aku hilang.

Aku sudah tiada marah. Api itu hilang ditelan angin masa, bukan kerana titis air mata.

Dan sebab ini, aku hidup dalam cinta yang tak mati. Aku mungkin hanya mesin. Aku harap aku mesin.

Kerana rindu ini... aku tak tahu. Tiada keputusan untuk rindu ini.

Aku selalu terfikir jika suatu hari nanti aku terserempak dengan Si Dia, apa aku buat. Aneh nya... aku mungkin tiada buat apa. Orang selalu mengagungkan cinta. Tapi kenapa dalam diri aku, tiada rasa keagungan itu.

Ego. Walaupun aku rindu, still,.. aku masih tak mahu buat apa2.

Aku harap suatu hari nanti, jika aku ada peluang untuk bercinta, Cahaya ini akan ajar aku untuk menangis, untuk menjadi manusia. Ubah aku menjadi lebih baik. Untuk aku kenal yang kerjaan yang aku usahakan adalah untuk keagungan cinta, untuk keluarga, untuk pasangan dan untuk orang sekeliling aku; bukan hanya untuk aku.

Jangan salah faham. Cahaya ini hanya metafora. Coz nama perempuan kerap ada Nur betul. Huhu...

Mungkin rindu ini adalah petunjuk terakhir aku untuk menjadi manusia. Untuk menangis cinta yang mati. Dan aku harap aku menangis. Si Dia selalu ada dalam hati aku, dan Tuhan dudukan Si Dia di situ untuk aku berubah. Kerana Tuhan amat sayangkan aku. Hambanya.

Aku harap aku tak terlambat. Masih amat sukar untuk aku menangis. Nama aku adalah Nisbah yang Terpuji. Mungkin sampai masa untuk aku betulkan nisbah mesin : manusia aku.

Aku ucap selamat. Doakan aku tidur... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...