Followers

Gamers

Wednesday, January 9, 2008

Sepetang bersama aku...

Hari ni biasa saja. Kuliah dari pukul 9 pagi sampai 11 pagi. Aku balik bilik naik bas. Dan bila sampai bilik, aku letakkan beg aku then keluar balik naik kereta. Heh, sebenarnya kemarin kereta aku rosak. Kaburetor (betul ke aku eja ni..) macam dah tahap kene tukar. Hoho... awal sem, duit nak beli buku, nasi dan nak bayar bil internet ni lagi (huhu...), mana mampu aku nak tukar kaburetor (sekali lagi maaf kalau aku salah eja) yang berharga... RM800. second hand pun dah RM 400... cian kereta aku. Tak berganti dia sem ni. Maafkan aku wahai L coz dapat tuan yang sengkek macam aku ni... huhu...

Well, sekarang kepala aku dibebani dengan assignment dan projek yang bakal tiba. Sayup-sayup kelihatan aku di masa hadapan bergerak lebih pantas dari cahaya hanya untuk menyiapkan assignment dan projek yang bakal tiba. Semester ni banyak subjek membaca, so banyaklah stok-stok kismis dan buku yang aku sendiri tak tau mana nak letak dalam bilik aku ni...

Salah satu assignment yang bakal aku geruni ialah subjek Applied Numerical Method atau dalam bahasa, Kaedah Berangka Gunaan. Di mana perisian FORTRAN dan MATLAB bakal menggantikan Mozilla Firefox serta Yahoo! Messenger yang sering mengisi hari-hariku. Apa kejadahnyer FORTRAN dengan MATLAB tu..? Ia perisian komputer yang sering digunakan oleh saintis dan para jurutera untuk menterjemahkan data-data dan persamaan dalam bentuk result... (kenapa aku suka pusing ayat...) Kepada para-para programmer, korang lagi arif pasal benda ni koz secara jujurnya, aku kene bukan buku dari bab pengenalan untuk guna perisian ni. (padan muka aku...)

Dan pada sesiapa yang suka membaca diari aku (berikutan dengan undian di emosional) korang mungkin perasan dah takde 'Kuota' untuk Cahaya Kemuliaan dalam blog aku. Well, aku dah delete semua post aku di bawah label Cahaya Kemuliaan. Dengan harapan, ada cahaya lain lak yang bisa untuk aku terjemahkan ke dalam blog aku ni. Secara jujur, aku mahu lupakan dia secara total. Kejamkah aku...? Hm... berani sila tinggalkan komen...

Walaupun dan 9 hari berlalu, aku still nak ucapkan Selamat Tahun Baru. Tahun ni aku ibaratkan tahun kebebasan untuk aku dari segi pemikiran dan perasaan aku kerana semua yang aku usahakan tahun lepas telah berbuahkan hasil. Well, aku still pakai nama msuhaimi2007 untuk mengenangkan hari-hari sukar yang aku lalui pada tahun 2007. Tahun lepas banyak memberi makna kepada hidup aku...

Apa lagi aku nak citer... Aku ingat nak ubah template blog aku kepada template yang lebih menunjukkan aku adalah seorang...
  • Pecinta wanita
  • meminati kereta dan komputer
  • terlalu rasional dan terlalu emosional
Jadi, aku perlukan sokongan dan cadangan korang semua agar semua ini jadi realiti yang bisa buat hatiku senang untuk meng'update' blog aku yang permai ini.

Penutup, hm... aku pun tak tau nak cakap ape lagi walaupun di dalam otak aku terlalu banyak benda yang sedang dipermainkan. Sampai di sini je la kisah aku dan aku... Lain kali aku citer lagi...

Tuesday, January 8, 2008

Wanita Solehah best....!!!

Sedang aku belek-belek menelaah blog orang lain, aku terjumpa blog ni. Hm, faktanya menarik. Lalu aku ambil pensil dan kertas, cuba menterjemahkannya ke dalam bentuk gambar. Haha... sory kalau tak cantik aku lukis, aku suka-suka je...

Image Hosted by ImageShack.us
Wahai para-para wanita sekalian... Tidakkah kamu merasa untung menjadi seorang perempuan. Allah memberikan banyak kelebihan kepada kamu yang jauh lebih baik dari kami laki-laki. Hanya jika kamu adalah wanita yang solehah...

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

Heh, bagi lelaki lak, hm... kalau mahukan seorang perempuan solehah, banyak-banyakkan ibadah kepada Allah. Insyaallah, Allah akan kurniakan jodoh yang sesuai untuk kamu... Ye la... nak yang elok kenalah diri sendiri elok dulu ye tak... huhu...

Anyway, sampai sini je la. Oh ye, senarai "Kelebihan Wanita Solehah" ni aku amik dari http://azharjaafar313.blogspot.com/2007/12/kelebihan-wanita-solehah.html
Aku rasa seronok membaca, so aku harap korang pun macam tu... ;p

Sabda Rasullah s.a.w: "Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah Wanita yang solehah." Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.

Saturday, December 29, 2007

Dari perkenalan...

Ni aku amik dari bulletin kat friendster aku... just nak kongsi dengan korang...

--------------------------------------------
1. hai boleh sayer kenal
sayer tertarik dengan perwatakan sopan
awk, da lamer sayer perhati awk,awk
budak baik n tertarik ngan tudung
labuh awk......
sayer harap kiter boleh
berkenalan....ukhwah fillah eh orang
kater... sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer
akan try sedaya mungkin menjaga awak
dan mengikut syariat,sayer tau sayer
bukan baik, tp sayer sentiasa cuber
terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan
bagi orang nampak...
kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,,
sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau
awak kuar lelamer... ye,,,sayer x der
hak, sayer tau sayer percaye awk, tp
sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x
bertemu selalu, just nampak dari jauh
jerkan..., tp sayer rase awk mcm
berada depn sayer...mungkin nie yang
orang kater cinta kot, wak, wak cinta
sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau
awak cinta sayer... awk da malu nak
jalan tempat sayer lepak ebab
malukan... hehehr...tq...sayer cinta
awk...

5. wak, selain family, wak sayang
siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil
sayer awk jer, mcm sayer x istimewa
untuk awk jer;)sayer teringin gak nak
jadi mcm kawn sebilik sayer nie,
panggil sayang... bolelah, bukan salah
pun, just panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie
mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer
just tanyer awk pakai ape jerkan ;(
hehehe... yer tq bgtau, makin sayang
sayer kat awk...
8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah
segalanyer untuk sayer, sayang la
pemberi semangat untuk sayer... yang,
sayer harap ayang n sayer x der rahsia
lg...jgn risau, ini kan membuktikan
sayer take care ayang kan... so,
jangan risau k, yer... sayer akan jaga
ahsia kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x
kitr jumper? yer... ayang bawa lah
kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan
abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg
tau, kiter x leh pakser dalam
perhubungan...

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit,
naper ayang bawa satu batalion nak
jumper abg?? ayang x percayer abg
eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka
ayang pakai tudung yang sayer beli 2,
yang mcm wardina 2,
bukan ayag x cantik, judt makin
cantik,,,,nipis sikit jer..kiter
jumper nanti ayang bawa la sorang jer
k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper
yang jadi... abg td tersentuh jari
ayg,
tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x
per...makin la tebal cinta abg kat
ayang..
ayang suker jumper abg?
tq
yang, td cian tengok kawn ayang duk je
diam,...
yer... nanti abg bawa kawn abg, leh
dier borak kan...
yang, abg suker tngk mater ayang,
malu malu lak dier,,,
ayang td cantik...
14.tq jumper td,ayang cantik...
abg romantik pun salah ker?
suker abg romantik eh, td jumper da
berani tenung abg.... tq....
tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat
jer... senang la kiter jumper...
tengk, ALLAh membrkati kiter...
ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang
cintakan abg berape peratus?
aper tandanyer?
50% je...
yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng
x, just terpikir,,,,
16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang
bg kat ayang tu...
yang, bg lah gmbr ayng special untuk
abg pakai tudung 2...
cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat
wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?
sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u
sayang....
18.yang, da lamer kiter couple, x kan
abg pegang tangan nak mara, ayang kan
milik abg...
tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh
hati... kalu ayng cintakan abg aper
buktinyer yang,,,,
SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT
SEBENAR.....
PEGANG TANGAN-TERABE-TERSEDAP-
TERLANJUR-TERBUNTING-
TERBUANG ANK-TERKELUAR VCD LUCAH-
TERMALU-TERTEKAN-TERSEKSA-TERBUANG-
---- -
JIKA INI BERTERUSAN, MUNGKIN TERBUNUH
DIRI....
SEMUANYA TER....
TER KE?????
JWB SENDIRIAN BERHAD, SEMUANYA BERMULA
DARI SMS BERBUNYI, hai, bole sayer
kenal....

-----------------------------------------------
Hm, bila baca benda ni. Kepala aku terus muncul perkataan 'mudah'... Sakit sket hati aku kalau benda kat atas ni pernah terjadi... Dunia sekarang ek... hm...

Saturday, December 22, 2007

Subtitle...

Lama tak update... huhu... hari ni aku nak kongsi dengan korang 2 vclip video yang best n kelakar... heh, kelakar gler... aku harap korang enjoy...





Thanks adik aku koz tunjukkan vclip kelakar gler ni... wakakakakaaa....

Saturday, December 1, 2007

Tenang dan senyum, jawapan ada di sini...

Hm, sedang aku ketawa seorang diri berhibur kat blog ni, tiba-tiba friendster aku masuk mesej baru. Dari seorang kawan. hm... tak tido lagi ke... cian dia... huhu... aku balas la mesej dia n setelah balas membalas terjadi, dapat la aku emel untuk ber'Yahoo Messenger' dengan dia... Its nice to have companies untuk mengisi malam yang kosong ni... aiceh...

So, berbual la kitorang... Perempuan...? mestilah perempuan. Kalau lelaki pun aku layan gak, huhu... N selalunyer perempuan la sesuai mengisi malam2 aku yang kosong ni...(gatal... haha...) Dalam rancak kitorang berbual, tiba-tiba teringat aku satu citer yang aku rasa interesting untuk dia. Cerita dari diari yang lama aku tinggalkan...

Aku: u know what... dulu masa saya ada gf...
Aku: pernah satu ketika, saya berdiri di tempat yang tinggi dari semua orang. then gf saya tanya...
Aku: tengok apa tu...
Dia: awk jawab?
Aku: perempuan...
Dia: then?
Aku: dia tak marah tapi senyum... then tanya saya kenapa...?
Dia: pastu?
Aku: saya jawab... hm, ramainya perempuan... tidak terhad oleh mata untuk memandang...
Dia: wah..
Aku: walau dari fizikal dan mental. malah hatinya...
Aku: tapi kenapa perlu saya setia pada awak seorang...
Dia: law saya jadik gf awak...
Dia: sy camnie kowt..
Dia: :nangis:
Dia: tapi..
Dia: btowl jugak tu..
Dia: ntah lor..
Dia: krn sbab tu awak clash ke?
Aku: nope... dia senyum lagi... dan tanya...
Dia: wah..
Dia: bgos gf awak..
Dia: next?
Aku: then, kenapa Allah ciptakan setia... kalau awak rasa itu merugikan...
Aku: awak rasa kenapa...
Dia: urm..
Dia: blur..
Dia: pat2..
Dia: cakap..
Dia: curiousity nie..
Aku: heh... saya senyum dan jawab...
Aku: dengan setia, saya akan kenal perempuan lebih dari apa yang saya sangka...

Cerita ni memang berlaku pada 17 Mac 2004, hari Rabu. Masa tu aku dan dia(x-awek aku) kluar ke MidValley bersama kawan-kawan. Even sampai hari ni aku ingat macam mana keadaan masa tu. Sibuk, penuh orang. Haha, nama pun Mid Valley. Sedikit sebanyak mengingatkan aku yang aku juga punya kenangan manis bersama orang lain. Bekalan untuk aku terus hidup di dunia (akhirat bekalannya lain... huhu...)

Anyway, kalau tak pehal, 2 minggu lagi aku akan kluar dengan ex aku ni. Dia seorang yang baik, n bijak. Even sampai sekarang, walaupun aku pernah pencilkan dia dalam hidup aku tapi sedikit pun dia tak marah tetapi masih mahu menganggap aku sebagai kawan. Dia hormati aku dan menganggap dahulu sebagai kenangan, even baik atau buruk. Tiada dendam. Hm, budusnya aku (baru nak menyesal, padan muka aku...Huu...)

Aku harap kawan aku ni terhibur dengan citer tu. Dialog mungkin sket berubah tapi isi citer aku tak tukar. Tido lena dia malam ni, huhu... Bed time story...

Kesimpulan, jangan sombong. Koz orang takkan menyombong kat kita kelak. dan setialah kepada pasangan memasing. Mana tau, korang jumpa sesuatu yang korang cari dari situ. dan sentiasa senyum, siapa sangka tenang itu jawapan segala-galanya... Huhu... Dan untuk kawan aku ni, jangan selalu berjaga malam, its will curse ur beauty k... huhu...

k la... Selamat Malam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...