Mata penat melirik monitor. Memandang graf-graf lilin mencari peluang. Kau tahu bukan aku sedang berada dalam alam trader.
Bukan mahu buat duit lebih sangat pun, cukuplah kiranya aku mampu bayar ptptn nanti, tanggung kehidupan aku sekeluarga, dapat beli rumah dan buat belanja kahwin aku sok. Thee hehe...
Tiba-tiba mood aku agak tak keruhan. Mungkin kerana salah masuk order dalam forex ni tadi. Hm.. aku tak fikir begitu kerana sekarang aku masih berada di tahap selamat. Modal aku masih lagi banyak.
Aku pandang ke luar, melihat langit. Aku rasa nyaman. Kedengaran lagu Reef - Kamu di corong speaker PC aku. Dan aku tahu kenapa aku tidak keruhan.
Aku letak tangan di dada. Tanya hati. Aku tahu...
Aku sedang rindukan si dia.
Seminggu sebelum aku ke sini, kami banyak menghabiskan masa bersama-sama. Berjalan-jalan dan makan bersama. Tengok wayang dan berkaraoke. Seperti pasangan remaja lain, kami punya masa gembira kami bersama.
Rasanya aku kerap senyum sendiri sekarang. Memandang langit di luar yang kian gelap, aku senyum seorang diri. Asal aku seorang diri, aku akan mengelamun, mengingati si dia. Angau...
Aku tutup mata, memujuk hati untuk bekerja semula. Paksa hati untuk melihat graf-graf lilin itu semula. Jika aku berjaya dengan ini suatu hari nanti, aku mampu buka mata untuk lihat si dia ada di hadapanku, ada di sisi ku.
Aku buka mata, graf lilin ini tidak menghampakan. Aku senyum. Dalam hati aku berkata, permulaannya sudah mula.
Aku ucap sayang kepada si dia dan ucap selamat untuk kau di luar sana. Oh ya, kalau main forex tu rajin-rajin la ym aku ya... Boleh berkongsi minat... Huhu...
Kerana dalam hidup, aku manusia, dan kau manusia. Ada hati dan akal. Dan kita takkan jauh lari dengan rasional dan emosional kita
Followers
Thursday, July 9, 2009
Wednesday, July 8, 2009
Good game forex!
Good game! Good Game!

Kalau kau tanya bagaimana aku lakukan. Aku hanya guna stochastic sahaja, dan pengalaman membawa candlestick. Usaha setahun tidak sia-sia.
Walaubagaimanapun, ini hanya akaun demo. Aku baru mula akaun mirco dengan modal USD100. Sedang menggunakan cara yang sama.

Kata orang, berbalik pada asas lebih baik. Stoch dan candlestick, baca sahaja dan kau akan faham.
Lot bergantung kepada nilai modal. Kalau USD100, aku akan mula dengan lot 1. Kalau USD200, aku akan masuk order dengan lot 2.
Untuk akaun micro ni, aku kurangkan risiko dengan menggunakan separuh dari lot yang aku guna di akaun demo. Bermakna kalau modal USD100, aku akan hanya guna lot 0.5. Faham kan.
Doakan kemenangan aku di akaun micro ini. Sebab ada banyak benda aku nak capai sekarang ni... Aku perlukan itu... kemenangan...
Kalau kau tanya bagaimana aku lakukan. Aku hanya guna stochastic sahaja, dan pengalaman membawa candlestick. Usaha setahun tidak sia-sia.
Walaubagaimanapun, ini hanya akaun demo. Aku baru mula akaun mirco dengan modal USD100. Sedang menggunakan cara yang sama.

Kata orang, berbalik pada asas lebih baik. Stoch dan candlestick, baca sahaja dan kau akan faham.
Lot bergantung kepada nilai modal. Kalau USD100, aku akan mula dengan lot 1. Kalau USD200, aku akan masuk order dengan lot 2.
Untuk akaun micro ni, aku kurangkan risiko dengan menggunakan separuh dari lot yang aku guna di akaun demo. Bermakna kalau modal USD100, aku akan hanya guna lot 0.5. Faham kan.
Doakan kemenangan aku di akaun micro ini. Sebab ada banyak benda aku nak capai sekarang ni... Aku perlukan itu... kemenangan...
Saturday, July 4, 2009
Kepada si dia yang di sayangi.
Terima kasih untuk segalanya sepanjang kita kenal, sepanjang kita mula hidup baru. Banyak yang dah kita buat bersama. Memori tu selalu ada di hati saya. Kerana ia adalah diantara yang terindah untuk saya, untuk kita berdua. Semoga memori ini hanya bukan untuk dikenang sahaja.
Dan aku tahu kau mesti kata macam haram aku tulis surat cinta kat sini. Haha... kalau kau faham kenapa blog ini wujud, kau akan berhenti menggomel..
Ini cerita cinta yang lama. Revisit. Renew. Renovate. Re apa lagi la... Aku tahu apa kau orang fikir. Dan aku macam nak peduli la pulak apa yang kau orang mampu fikir.
Masa depan kami sukar, aku tahu tu. Nak pulak aku yang start buat hal dulu. Dan bersyukur, hal dulu dah tak jadi masalah antara kami. Ia hanya masalah kepada orang di sekeliling kami.
Perempuan baik, perempuan baik. Bila macam ni, memang kita akan buta. Kita akan nampak baik semuanya. Sejarah aku dan si dia lama. Walaupun si dia tak bersama aku dulu, still... Kau boleh nampak aku still kata si dia baik. Boleh tak kita kira si dia memang perempuan baik. Boleh kan?
Aku di kejutkan dengan angka 80 ribu. Angka yang menjadi matlamat antara aku dan si dia. Peh... Mula-mula memang rasa macam tak sempat, tapi lama-lama fikir aku senyum...
Sebab masa depan. Kau takkan tahu jadi apa. Terlalu banyak pembolehubah. Harga boleh berubah. Gaya boleh berubah. Dan aku harap, hati takkan pernah berubah.
Satu benda yang aku amat takut. Hati yang berubah. Macam haram. Aku tak kata si dia. Aku kata diri aku sendiri. Aku tak haram aku akan ada perangai macam haram ni lagi..
Cik abang, dewasa sket.. kau dah tua...
Doakan kebahagiaan aku... dan aku ucap selamat kepada kau orang semua...
Thursday, July 2, 2009
Ari Lasso - Hampa
Hampa - Ari Lasso
Kupejamkan mata ini
Mencoba tuk melupakan
Segala kenangan indah tentang dirimu
Tentang Mimpiku
Semakin aku mencoba
Bayangmu semakin nyata
Merasuk hingga ke jiwa
Tuhan tolonglah diriku
Reff: Entah dimana dirimu berada
Hampa terasa hidupku tanpa dirimu
Apakah di sana kau rindukan aku
Seperti diriku yang selalu merindukanmu
Selalu merindukanmu ….
Tak bisa aku ingkari
Engkaulah satu-satunya
Yang bisa membuat jiwaku
Yang pernah mati menjadi berarti
Namun kini kau menghilang
Bagaikan di telan bumi
Tak penahkah kau sadari
Arti cintamu untukku
Wednesday, July 1, 2009
Dan aku gembira semalam kalau kau tanya. Dan gembira yang bagaimana, aku tak mampu nak ungkap. Aku hanya tahu aku masih sedang dalam gembira...
Dan anehnya, aku masih mampu tersenyum sehingga entri ini ditulis. Hm... mungkin aneh bagi kau, tapi tidak bagi aku.
Semalam keluar buat aku sedar satu perkara. Perkara yang aku rasa lama sudah aku sedar namun aku jarang buat.
Fokus. Dan matlamat.
Kalau ada matlamat yang jelas, aku fikir aku boleh fokus. Musnahkan semua perkara-perkara yang hilangkan fokus, aku tahu aku mampu capai matlamat.
Dalam dunia ini banyak benda aku nak. Namun benda yang paling aku nak sekarang...
Heh, macam aku kata, aku sedang emo. So, aku takleh cerita lebih2 kat sini.
Aku ucap selamat, sebelum banyak lagi yang terlanjur keluar dari mulut aku ni karang.. haha..
Subscribe to:
Posts (Atom)




