Good game! Good Game!
Kalau kau tanya bagaimana aku lakukan. Aku hanya guna stochastic sahaja, dan pengalaman membawa candlestick. Usaha setahun tidak sia-sia.
Walaubagaimanapun, ini hanya akaun demo. Aku baru mula akaun mirco dengan modal USD100. Sedang menggunakan cara yang sama.
Kata orang, berbalik pada asas lebih baik. Stoch dan candlestick, baca sahaja dan kau akan faham.
Lot bergantung kepada nilai modal. Kalau USD100, aku akan mula dengan lot 1. Kalau USD200, aku akan masuk order dengan lot 2.
Untuk akaun micro ni, aku kurangkan risiko dengan menggunakan separuh dari lot yang aku guna di akaun demo. Bermakna kalau modal USD100, aku akan hanya guna lot 0.5. Faham kan.
Doakan kemenangan aku di akaun micro ini. Sebab ada banyak benda aku nak capai sekarang ni... Aku perlukan itu... kemenangan...