Followers

Gamers

Sunday, November 29, 2009

Perlu wang...?

Pernah baca Robert Kiyosaki punya buku... Pengarang Rich dad poor dad. Aku yakin ramai antara kau orang pernah baca.

Aku mengaku, aku sedang mendalami setiap isi hasil tulisannya itu. Ia adalah sesuatu yang sangat bagus. Memberi sumber inspirasi dan motivasi ke dalam diri aku sekarang ini. Dan tentunya... memberi tips dan trick untuk menjadi kaya. Penipu la sapa yang tak nak jadi kaya.

Mungkin akibat terlalu membaca atau terlalu berfikir, aku jadi tertarik bila dia menyatakan...

Ia tidak memerlukan wang untuk membuat wang...

Lalu aku bertanya

Lalu apa aku perlukan untuk membuat wang...

Dia jawab...

Impian, nekad, mahu untuk cepat belajar dan mengunakan segala kudrat yang Allah berikan... keistimewaan menjadi manusia...

Heh... cakap memang senang... aku tahu, aku faham perasaan kau orang... aku juga merasa kesusahannya sekarang.

Tapi kan... bagaimana secara teknikal... membuat wang tanpa menggunakan wang... Hm... ini akan mengganggu aku dalam beberapa minggu ni. Ada idea... harap kau orang tak mengarut...

Selamat...
Aku tak boleh tidur lalu buka facebook. Melihat foto-foto kawan-kawan lama dan kawan-kawan baru. Hidupkah korang dengan baik. Aku harap, kau dapat hidup dengan baik.

Melihat ada dikalangan mereka letak gambar ketika keluar bergembira, bekerja atau ketika berseorangan di rumah, membuat aku terfikir, aku mungkin telah membuat kesalahan yang agak besar dalam hidup aku sepanjang hampir 5 tahun ni.

Aku teringat akan seseorang, ketika di sekolah dahulu berkata yang dia mahu menjadi lebih baik dari aku. Aku ingat lagi dia pernah mencuba untuk men'rekruit' adik aku untuk bersama-sama menjadi lebih baik dari aku.

Dan aku lihat dia sekarang, tag nama berserta tali di leher dan pastinya itu menjadikan dia sudah mula mempunyai kemampuan untuk menerima wang dari hasil kerjanya. Paycheck.

Aku yakin, dia sudah bekerja. Punya rutin dan hidup seperti seorang pekerja yang baik, beretika dan bermoral. Tidak seperti aku sekarang yang terumbang ambing, dia pasti punya hidup yang steady, yang baik untuk dia dan keluarganya.

Barangkali punya kereta sendiri. Dan sedang memikirkan untuk memiliki sebuah rumah... Barangkali sedang merangka pelan untuk perkahwinannya kelak.

Teringat aku lagi hampir 3 tahun lepas, ketika aku menyatakan impian untuk punya orang kata bisnes sendiri. Dia melihat aku dengan wajah yang risau, barangkali takut dan kemudian berkata... "Jangan..." Memberi seribu satu cerita kegagalan orang lain ketika menempuh dunia perniagaan.

Aku tidak salahkan dia, kerana aku sekarang juga dalam mood gagal, dan itu adalah sesuatu tidak sedap untuk di rasai.

Sekarang, kami tidak bersama lagi, aku lihat dia dengan hidupnya dari jauh. Timbul rasa cemburu dengan hidupnya. Dan nasib baik, aku mampu tersenyum setelah berfikir dalam...

Impian aku benar, jalan yang aku pilih sekarang benar. Walau tiada seorang pun percaya yang jalan aku pilih ini adalah benar, aku masih punya diri aku yang percaya, apa yang aku usahakan sekarang adalah benar belaka.

Senyuman aku bertukar sinis ketika memandang fotonya sekarang. Mengingatkan perkataan yang pernah aku sebutkan kepada adikku.

"Dia takkan mampu melawan aku, tidak dalam seribu tahun sekalipun..."

Keyakinan ketika itu masih ada di dalam diri aku. Melihat dia, melihat yang lain-lain... aku fikir sepatutnya dah sampai masa untuk aku... apa orang putih kata...

"Mind my own business..."

Aku ucap selamat... untuk kau, untuk dia dan untuk semuanya... selamat....

Tuesday, November 10, 2009

Mengelabah punca bangang...!

Lama tak menaip, aku fikir aku patut ceritakan sesuatu agar kau orang tak pergi tinggalkan aku.

Aku mudah moody dan punya tempoh moody yang panjang. Dan itu aku fikir yang buat aku kadang mengelabah semacam.

Tak faham takpe...

Malam semalam aku tak dapat tidur kerana 2 perkara. Kereta aku rosak dan aku gagal satu paper. Kereta yang rosak mampu efek masa kini dan seterusnya. Paper yang gagal akan efek masa depan aku. Kau boleh perasaan tu kan... Boleh kau tidur semalam?

Jadi pagi ini aku nekad untuk menyelesaian 2 masalah ini. Pagi lagi aku bangun bersiap, wangi dan smart untuk jumpa pensyarah yang menggagalkan aku. Aku tak rasa kegagalan itu datang dari aku, mesti ada silap di mana-mana dan silap itu fokus aku pagi ini.

Sampai depan bilik pensyarah, haram dia takde. Tak tensen, ambil no telefon dia, dan buat morning call...

Aku : Salam, room service... eh... Prof ke...?
Prof : Ya saya...
Aku : Boleh saya jumpa Prof hari ini?
Prof : Hm... sebab apa?

Masa ni mata aku melinau memandang senarai markah yang ditampal di hadapan bilik dia. Aku nampak hanya aku seorang yang gagal. Melihat sikap pemalas aku yang kian pulih (hehe...), aku fikir separa logik untuk aku gagal paper ni.

Eh!

Aku : Untuk bincang markah saya. Tapi... saya perasan prof macam silap kira markah saya. Markah untuk projek berkumpulan.
Prof : Berapa markah kamu dan kawan kamu.
Aku : Saya dapat 2.98, dia dapat 22.98.
Prof : Hm... Oh... betul... nanti saya betulkan...
Aku : ...Terima kasih...

Aku tiba-tiba rasa bodoh sebab tak tidur malam tadi hanya kerana terfikir benda alah ni... Dalam masa yang sama aku sedang cuba sedaya upaya untuk tak menyimbah minyak tanah kat bilik dia. Macam haram...

Settle...

Kereta pulak. Aku pecut ala 50 km/j untuk sampai ke bengkel. Bunyi dong dong kian kuat kat belakang kereta aku tak hirau. Sabar... jap lagi ni pulak settle...

Sampai bengkel, bro mekanik tu senyum.

"Apa citer..."

"Kereta main gong kat belakang... Bro bagi penampar angin tengok mana jauh dia leh gi..."

"jap..."

Dia jek kereta aku angkat tinggi, tengok pe yang tak best. Bagi pusing-pusing tayar belakang aku.

"Hari tu hantar bengkel, katanya brek belakang masalah, tak pun arm belakang..."

"Hm... Ni bunyi ni... Skru longgar ni..."

Eh!

Selesai dia ketatkan bolt tayar tu, aku test drive, haram... tak bunyi dah... Aku rasa amat bangang sekali kerana telah tensen sebab benda alah ni. Budak pun leh tolong aku ketatkan tayar aku ni, aku siap nak gi bengkel tuk ketatkan.

Aku ucap terima kasih kat bro tu, dan dia balas dengan senyuman sinis. Aku hanya membalas dengan senyuman bangang. Ya, bangang sungguh aku hari ini...

Sekarang, aku duk menung, memikirkan pe yang berlaku kat aku pagi ni.

Moral:
Jangan mengelabah, cek dulu pe patut baru mengelabah...

Hujan... aku nak tdo... selamat kau orang...

Wednesday, October 21, 2009

jinx #2 : Rosak

Kalau aku dapat plot satu graf nasib berkadar langsung dengan duit, aku akan dapat satu graf linear yang agak terbaik. Secara matematiknya...

Tekanan dalam kepala = (Duit yang bakal keluar) X (barang yang akan rosak)

Kalau dapat rumus macam ni, biasanya akhir sekali dalam laporan makmal akan kata, kesimpulannya, semakin banyak duit, semakin barang yang akan rosak, semakin tekanan lah dalam kepala. Yup, kelas sains masa sekolah dulu kan...? Ingat pun.

Bila aku dapat duit hm... duit terpijak orang tua kata, mesti ada satu barang aku rosak. Kalau kau nak senarai aku boleh bagi.
  • Keta aku dok bunyi tong tong kat belakang. Aku syak arm dia dah sampai masa. Mau kena ratus aku karang.
  • Kad grafik komputer aku yang dah pencen. Macam haram. Sekarang pun guna motherboard punya slot grafik.
  • Tadi baru terbakar wayar power supply. Nasib kena Rm 8 je. Macam haram.
  • Dualshock ps2 aku cam dah lalok je... hurm...
  • perut lapar (err... boleh ke masuk senarai ni...)
Senarai di atas hanya segelintir benda yang aku ingat. Banyak lagi cuma aku cuba buat-buat tak ingat. Tekanan...

Dan semuanya datang dengan satu jenis keadaan. Bila aku sedang berduit. Aku dapat rasakan ianya adalah faktor genetik. Sebab ayah aku pun ada penyakit yang sama. Macam haram.

Menung-menung macam ni buat aku terfikir apa aku patut buat supaya aku dapat mengurangkan 'nilai tekanan dalam kepala'. Kalau di lihat rumus di atas, aku kena kurangkan barang yang akan rosak(BR) atau duit yang bakal keluar(DK).

Jika aku andaikan nilai DK adalah malar, maka aku kena kurangkan BR dengan cara
  • Membeli barang yang berkualiti tinggi (ada waranti dan yang boleh refund)
  • Kurang membeli barang (dah asyik rosak je buat apa beli)
  • Belajar cara nak baiki barang (err...)
  • Pape nak tambah sila komen...
Jika aku andaikan nilai BR adalah malar, maka aku kena kurangkan DK dengan cara
  • Bagi pinjam duit kat orang (dengan harapan dia bayar balik kemudian)
  • Buat simpan mati (jadi takde dalam sel-sel otak aku fikir yang aku ada duit yang boleh keluar)
  • Makan sebanyak mungkin (labur kat perut aku lagi best)
  • Pape nak tambah sila komen...
Kesimpulannya, andai aku dapat buat semua perkara di atas, tekanan dalam kepala aku akan berkurang. Haha...

Punya duit yang bakal dihabiskan untuk benda yang sedia ada. Aku terima nasib aku...

Dan kau... faham ke apa aku membebel hari ini...

Saturday, October 17, 2009

Pelan A

Pagi ini terlalu indah. Aku kesat mataku berkali-kali. Mengantuk... Namun, hati terlalu berat untuk tidur. Melihat matahari cantik memancar masuk ke dalam bilik aku. Tiba-tiba terasa sayang untuk tidur.

Aku tak dapat tidur. Beberapa hari ini aku selalu tidak tidur lena. Kepala sentiasa memikirkan hal-hal yag terperinci yang akhir sekali membawa kata sepakat, aku harus berputus asa. Ini tidak optimistik. Aku tahu itu. Hei, aku manusia bukan. Dan aku banyak ada hari buruk dalam hidup aku.

Terfikir kenapa aku berfikir sesuatu yang terperinci malam ini. Hm... barangkali hanya untuk mengisi kesunyian malam ini. Orang kata, berfikir boleh membuatkan kau menjadi lebih bijak. Tapi jika terlalu berfikir, kadang boleh memakan diri.

Malam ini, fokus aku terhadap masa depan aku. Bukan2, aku tahu apa aku mahu lakukan. Apa yang aku kurang, hanya komitmen dan cara untuk melakukannya. Barangkali aku tidak cukup jelas dengan matlamat hidup aku. Barangkali...

Tipikal manusia. Belajar, kerja, kahwin, ada anak dan mati. Hanya cara yang dilalui berbeza. Aku sedar, hidup aku yang singkat ini seperti telah diatur urutannya. Kalau kau tidak begini, ketahuilah kawan, kau orang paling pelik dan beruntung di dunia ini.

Aku ada hidup aku dan secara jujur, ianya membosankan, kecuali pada orang yang terdekat di hati aku. Tanpa mereka, aku fikir aku hilang alasan untuk hidup. Tepukan untuk mereka. Maksud aku bosan bila aku hilang mereka dari pandangan aku, dari pengetahuan aku.

Dan apa yang aku merepek ini...

Aku lihat semula pelan hidup aku. Yup, ia masih punya banyak lubang. Aku maksudkan, ianya perlukan perincian. Jika aku kata umur 26 tahun aku sudah punya rumah, aku fikir aku perlu perincikan lagi di mana dan bagaimana aku memilikinya. Benarkan...

Tapi apalah gunanya pelan kalau tidak punya kudrat yang mengerjakannya. Ya, betul la apa kau fikir tu. Aku mahu kata aku sedang usahakan tapi aku yakin hampir 99% dari kau takkan percaya aku. Aku faham, kita sama2 manusia bukan...

Bila semak balik, kebanyakkan masalah aku mesti melibatkan wang... bukan banyak yang aku cari tetapi berterusan. Aku tak mencari kemewahan, aku mencari kesederhanaan dalam jangka masa panjang.

Buat aku terfikir, adakah wang yang benar-benar aku mahukan. Aku terhibur ketika bermain game, namun tak pernah pula aku terhibur ketika mencari dvd nya. Aku terhibur apabila keluar bersama si dia, namun tak pernah pula aku terhibur ketika saat berada di kaunter membuat bayaran.

Keluar duit bukan sesuatu yang menghiburkan. Apatah lagi mencari duit. Aku dengar ramai kawan aku yang bekerja mula bosan dengan kerjanya. Tapi part yang best bila gaji masuk bukan... Huhu...

Aku tak mahu cerita panjang tentang bila kita keluarkan duit dalam gambaran kita sekarang. Aku tahu itu bukan realiti. Realitinya, kau kerja atau berniaga, dapat duit dan keluar duit. Yang membezakan kau dan orang lain, cara kau menggunakannya. Rezeki pelbagai rupa, kan...

Kadang aku fikir, pemikiran aku sempit. Aku harus keluar, berjalan, kenal orang... dan ketika itu aku yakin aku akan lihat betapa besarnya dunia luar sana. Aku cemburu pada blog, buku dan penulisan orang lain. Ia selalu membuatkan aku rasa tak pernah cukup dalam diri.

Banyak benda aku belajar, semakin banyak benda yang aku tak tahu. Sama seperti malam ini ketika aku lihat semula pelan hidup aku. Semakin aku tatap, semakin aku belajar untuk berfikir supaya setiap objektifnya tercapai.

Aku penat berfikir...

Sangat penat. Sekarang aku fikir, sampai masa untuk bawakannya kepada sesuatu yang lebih praktikal. Cuba dan... gagal? salah?silap? hm... Try n error. Betul?

Aku nak kurang berfikir, aku fikir... eh... aku rasa aku perlu redah je selepas ini. Seperti ramai perempuan-perempuan universiti selalu fikir.

Kau nak ikut aku?

Boleh...

Bangun pagi, nikmati dulu sarapan kau... paling kurang pun kopi... kemudian keluarlah... ikut arah angin... aku yakin kau akan jumpa jalannya...

Air dah masak... aku mahu sarapan sebentar... Selamat aku ucapkan kepada kau...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...