Followers

Gamers

Tuesday, June 14, 2011

Maybank Paypal - Bagaimana Untuk...

Perasan dengan link URL aku? haha... ni namanya mengada-ngada. Still, aku dah lama idamkan domain sendiri, guna nama aku sendiri. Sebelum kau tanya, ya.. aku beli domain ni di Namecheap.com. Aku baca banyak blog katanya domain murah di sana dan nak setup pun senang...

Perabih gak RM31.66 setahun untuk domain ni. Segala transaksi aku gunakan paypal. Aku sengaja gunakan paypal kerana nak biasakan diri dengannya. Ye la, inshallah kalau ada rezeki aku nanti, paypal gak medium aku cari untuk keluar masuk duit. Sesuai untuk bakal usahawan internet cam aku. haha...


So, camne nak keluar masuk duit dalam paypal ni. Aku kena ada Maybank debit kad. RM12 setahun aku fikir. Kau boleh mohon di mana-mana cawangan Maybank berdekatan. Dan aku bukan agen Maybank ok... Huhu..

Ok, buat benda asas dulu.
  1. Ada Maybank Debit kad? dah daftar online maybank2u.com.my? Kalau belum gi buat dulu.
  2. Ada akaun paypal? kalau tiada boleh buat di sini
Ada dua benda asas di atas, bolehlah kita mula proses menghubungkan kad debit dengan paypal.

Langkah 1
Login akaun facebook maybank2u, lihat di bawah Utilities dan klik Maybankcard Secure Online Shopping Registration.
Langkah 2
Pilih kad yang kau nak guna. Kalau ada satu kad je, dia akan pilihkan untuk kau.

Isi MSOS Password. Hanya 6-8 karakter boleh isi.
Isi Personal Assurance Message. Apa yang kau isi dalam ini akan keluar apabila pihak Maybank meminta untuk kau masukkan password bilamana kau tengah membeli-belah online. A sampai Z je kau boleh guna ok.

Isi Expired Date, CCV, Hint & Answer.
Kenapa tak cakap "kau isi la semua yang dia minta." Aish...


Langkah 3
Login akaun paypal kau.
Dalam My Account tab, klik Profile and Add/Edit Credit or Debit Card.
Masukkan maklumat Maybank Visa Debit kad kau. Pastikan alamatnya sama dengan alamat yang telah dibilkan.

Langkah 4
Kau akan dapat email dari paypal mengatakan kau telah sukses menghubungkan kad debit kau dengan paypal. Sekarang apa yang kau perlu buat adalah tunggu untuk kod yang bakal kau dapat dari maybank2u.


Langkah 5
Sila tunggu paling kurang pun sehari ok.

-Hari Kedua-
Okay, Login akaun Maybank2u kau dan klik Accounts & Banking, kemudian klik no akaun untuk masuk ke Account Details.

Kemudian klik Debit Card History. Kau patut dapat lihat ada satu entri blog dengan kata "Paypal". Ada kod dengan 4 nombor sebelum perkataan "Paypal".
Contoh : PREAUTH SALE 8921PAYPAL-*EXPUSE DATED 06/08/09Paypal Code : 8921
-Kau kalau semak akaun kau awal sangat, memang takkan jumpa kod ni.


Langkah 6
Login akaun paypal kau dan klik Profile > Add/Edit Credit or Debit Card > Enter Paypal Code. Masukkan 4 nombor kod yang kau dapat tadi.


Tahniah! Sekarang kau dah boleh membeli-belah atas talian dengan akaun paypal kau. Kau akan dapat refund USD1.95 kau semula ke dalam akaun paypal kau. Segala benda yang kau beli guna Paypal sekarang terus ditolak dari baki duit kau di Maybank dengan menggunakan kadar tukaran mata wang asing sekarang.

Jangan nak membeli-belah sahaja, pergi lah cari bisnes online bagi tambah duit dalam akaun Paypal kau ni. Boleh jugak nanti buat bayar bil elektrik. Huhu...

Langkah tambahan (nak buat pun boleh, tak buat pun takpe... huhu...)
Aku baru tambah button donation kat sebelah kanan blog aku ni. Ada akaun paypal kan sekarang, siap dah link ke Maybank Visa Debit kad lagi. Senang-senang derma la kat aku sikit kat butang tu. Boleh aku buat bayar elektrik dan bayar domain blog aku ni.

Segala sumbangan ikhlas anda amat saya hargai... Heh...

Ok, sampai di sini sahaja. Macam mana aku tambah button tu? entri selepas ini akan merungkai segalanya... Huhu...

Aku ucap selamat...

Sumber
http://www.malaysian-gadgets.com/2009/10/maybank-debit-card-with-paypal.html

Sunday, June 12, 2011

Asfan -Terhenti Disini



Asfan - Terhenti Disini
Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

---

Baru-baru ini aku selalu mendengar lagu ini berulang. Aku tak tahu kenapa ianya agak menarik telinga aku untuk terus mendengar. Aku tak fikir liriknya membawa erti pada aku, musiknya juga biasa aku dengar.

Mungkin penyanyinya ikhlas menyanyikannya sehingga sampai rasa itu kepada aku. Huhu...

Enjoy k.. dan aku ucap selamat...

Trojan-BNK.Win32.Keylogger.gen - Macam mana nak buang

Diatas adalah nama virus komputer yang menyerang pc aku semalam. Sedang syok aku duduk membaca artikel pasal wordpress, tiba-tiba benda ni pop out kat skrin monitor aku...

My... my.. kurang ajar... disebabkan laptop yang aku guna sekarang adalah kepunyaan bapa aku (ya, aku tiada laptop, pengguna tegar desktop), agak sedikit mengelabah.

Tapi sebagai salah seorang yang digelar pro dalam hal-hal komputer masa kat utm dulu, aku cool kejap. Tenang... Kita tanya atuk google...

Menurut beberapa blog dan forum yang atuk google suggest kat aku, ianya berasal dari antivirus Win 7 Security 2011 atau 2010. Virus ini akan mengeluarkan pop out yang salah satu seperti diatas yang bakal membuatkan kau mengelabah ayam sebentar.

Bila pop-out ni keluar, ia akan rekemen kau untuk membeli antivirus ini untuk membuang virus di atas. Pendek kata, ibarat macam taukeh kedai tayar pancitkan tayar kereta kau, kau nak buat apa? Nak taknak keluar la duit betul untuk taukeh tadi. Ya, dalam dunia serba canggih ini, teknik kurang ajar seperti ini juga adalah salah satu cara marketing yang hampir berkesan kepada mereka yang buta IT...

Antara simptom selepas merebaknya virus ini adalah,
  • pc kau menjadi slow habis, 
  • akan ada gangguan internet, 
  • browser kau akan keluar kenyataan yang dia sedang cuba melindungi pc kau dari terus merebak virus ini,
  • window explorer dah mula tak boleh buka, 
  • segala shortcut pada desktop dan taskbar kau akan hilang fungsi,

Dan segala simptom di atas tidak berlaku serentak. Ini adalah pengalaman penulis. Heh...


Thanks to atuk google, aku jumpa satu artikel yang mengajar cara menghilangkan virus di atas dengan percuma. Aku terangkan dalam bahasa melayu k..


Langkah 1
Pergi download Spy Bot dan Malwarebytes. Benda ni free je. Kalau tak boleh download di pc yang terkena virus tadi, jangan gusar, pergi cari pc lain dan download.

Langkah 2
Install kedua-dua antivirus tadi. Disarankan update dahulu selepas siap install. Kalau tak boleh install, jangan gusar lagi, terus ke langkah 3...

Langkah 3
Restart pc kau, ini untuk window 7 k.. Restart pc, dan tekan F8 berulang kali untuk boot pc dalam Safe Mode with networking. Selesai masuk ke safe mode, kalau tak install lagi 2 antivirus tu, gi la install dulu. Kemudian jangan lupa update.

Disarankan menggunakan Spy Bot dulu kemudia baru Malwarebytes.

Langkah 4
Restart pc kau lagi. Masalah kau selesai.

Ada orang ajar buang virus ni manual (bermaksud tanpa guna antivirus tadi) dan aku dapati agak leceh dan mengelirukan kerana lain pc, lain virus ni bertindak. Macam aku yang agak lewat tadi, virus ni telah melepaskan 22 malware dalam pc aku. Itu yang membuatkan berlakunya simpton-simpton di atas.

Aku baca lagi, katanya virus ini memang mampu menipu antivirus yang sedia ada. Aku baru je terfikir nak renew lesen Kaspersky laptop ni. Dah terkena virus. Serik-serik.

K la.. Sekian tutorial hari ini.. Berjumpa di lain masa... aku ucap selamat...

Saturday, June 11, 2011

Belajar workpress pulak...

Aku lewat tidur semalam. Rasanya baru-baru ni aku lewat tidur, tapi bangun memang awal. DNA? bukan-bukan... Aku kena 'kerahan tenaga'... Hehe...

Lewat tidur kerana sibuk membaca artikel. Aku fikir kau belum tahu, yang aku sekarang sedang berjinak-jinak dalam dunia affiliate. Forex jalan juga, tapi bosan jugak kalau duk temanggu je tengok market yang menyakitkan hati. Aish...

Affiliate ni bahasa mudahnya, kau tolong orang jualkan produk mereka dan dapat komisyen. Pendek kata lagi, kau buat marketing la untuk produk mereka. Setakat ni yang aku buat adalah tulis artikel pasal produk tu, dan sambungkan ia ke landing page, then dari landing page ke web orang jual barang tu.

Pening...? Aku pun pada mulanya. Tapi memang nampak logiknya.

Apa yang aku suka tentang affiliate ni, jika kau cari produk yang sesuai untuk dijual, dan buat market elok-elok... pendapatan kau itu mampu menjadi pendapatan pasif (passive income). Yup, bak kata bapa kaya... nak kaya, tambah aset, tambah aliran tunai, dapatkan jenis pendapatan pasif.

Sekali kerja, dan betul-betul kerja. Inshallah ianya akan datang hasil.

Dan apa la aku merepek panjang lebar pasal affiliate ni... Aku sebenarnya nak cerita lain...

---

Sibuk membaca sana sini, terbaca satu artikel berkenaan dengan domain dan hosting. Dan terus terbaca pasal wordpress...

Wordpress.com... apa ni. Yang aku tahu, ianya satu platfom seperti blogger juga. Aku daftar, dan daftarkan satu blog di bawah nama yang sama dengan rasional & emosional. Saja nak lihat apakebenda wordpress ni.

Hm... hm... hm..

Pening. Aku fikir benda ni terlalu advanced untuk aku. Sehari godak aku fikir takkan mampu faham semua. Tapi tak bermaksud aku harus putus asa untuk terus belajar tentangnya. Kadang lama sangat dengan blogger pun bosan juga.

Lagipun aku lihat ramai affiliate marketer yang menggunakan wordpress sebagai landing page blog mereka. Jadi aku fikir belajar menggunakan wordpress ni adalah suatu benda asas untuk menjadi seorang affiliate marketer.

Macam-macam...

Oh, jangan risau. Aku fikir biarlah blogger jadi platfom untuk aku berblog. Lagipun aku bukannya minat dan rajin nak menukar sana sini. Macam mana kau orang, ada yang menggunakan wordpress? best tak? orang kata pakai wordpress ni nampak macam pro sket. Ke budget je cakap? haha...

Wordpress ke, blogger ke... asal ada orang datang ke blog aku... aku fikir, itu yang paling penting... dan terima kasih jika kau membaca ini..

Aku ucap selamat...

Friday, June 10, 2011

Jangan, aku perlukan yang baru... dan aku serius kini...

Blog bersarang. Aku mula fikir aku patut tukar nama blog aku menjadi blog sarang... hah...! ada potensi nama itu. Sok mesti ada dah orang beli domain untuk nama tu.

Aku dapati amat sukar untuk menulis sesuatu yang tiada kaitan dengan emosional. Memandangkan bermulanya karier aku sebagai blogger pun kerana menulis benda-benda yang emosional. Jadi aku buat keputusan untuk menarik semula semua post aku dari blog lama masuk ke blog ini.

Dengan harapan, blog ini tidak bersarang lagi. Ok.. mula entri... huhu...

---

"Itu tandanya kau betul sayang kat dia..."

Itu kata Mel bilamana dia ketahui aku kembali kepada si dia dahulu. Dan malam ni, kata-katanya teriang-iang  di telinga aku.

Jam pukul 3 pagi. Aku masih tidak tidur. Baru selesai mesej dengan si dia. Dan ketahuilah, bukan kehendak aku untuk masih berhubung, hanya kerana rasa itu terlalu lama aku pendam. Dan semalam semuanya terluah, dan kembali menjadi penyakit kepada aku. Aku fikir...

Itu emosional. Jangan salahkan aku. Aku cuba sedaya upaya untuk menjauhi dan melupakannya. Aku hanya di usik, dan semuanya datang bertalu tanpa aku sedia menghadapinya.

Namun pagi ini istimewa. Kerana si dia buat aku sedar, aku punya potensi diri yang tinggi. Dan tidak seharusnya kisah silam masih mampu menghantui aku.

Aku sedar, walau betapa dalam cinta dan sayang aku kepada si dia pun, keutamaan itu tidak dapat aku elakkan. Kerana ianya sifat aku...

"Berbuat apa sahaja yang aku sukai dan dirasakan sesuai, tanpa memikirkan yang lain..."

Dan walau sayang dan cinta sekalipun... itu tak mampu mengugat keutamaan itu. Dan seharusnya aku harus menjadi itu.

---

Tak banyak aku mampu bicara. Apa yang mampu dibualkan oleh 2 orang yang pernah bercinta, hanya kenangan lama. Mencari salah dan silap, saling bermaafkan dan jika mampu, ketawa bersama.

Aku harus cepat melupakan si dia. Dan bekerja keras, untuk sesuatu yang aku fikir bakal menyenangkan orang-orang yang patut aku sayang.

Jika kerja keras ini yang membuatkan aku tidak lagi bersama si dia, ada baik aku teruskan. Inilah kesilapan aku yang aku harus teruskan.

"Cinta datang selepas cita-cita..."

Aku pernah kata,

"Saya fikir, semua itu sudah cukup buat saya. Saya mahu hidup dengan perkara baru, dengan orang baru yang mungkin saya jumpa. Agar saya tidak lagi masih duduk, merenung jauh ke belakang..."

Dan tolong... buat aku terus melupakan si dia. Berbulan-bulan aku hidup dalam damai. Jangan fikir untuk datang mencari aku. Aku mahu perkara baru, mahu hidup baru. Mahu kejar sesuatu yang baru. Aku mahu blog ini hidup seperti dahulu, penuh dengan cerita-cerita hidupku yang hebat.

Jangan pernah mahu menjenguk aku sekalipun. Kerana hanya sekali seperti semalam mampu menggoyangkan hati aku. Si dia ada di hati, namun aku yakin ia bukan selamanya. Seperti Cahaya Kemuliaan, seperti Cahaya Pembuka Hatiku.

---

Aku masih mengejar cita-cita aku. Sukar untuk aku berputus asa walau keadaan aku sekarang amatlah sukar. Tapi aku yakin, dengan apa yang aku lihat banyak menyedarkan aku tentang potensi jalan yang aku pilih.

Aku tak mahu emosi lama menganggu. Aku terlalu penat melihat kebelakang. Aku seperti sudah jauh ketinggalan. Aku tak mahu mengejar apa dibelakangku.

"New is always better..."

Aku yakin, sesuatu yang baru di luar sana akan membuat hidup aku lebih baik, lebih hebat.

Resolusi aku pada tahun ini adalah mencari yang baru, menganti terus masa silam aku. Dan berterusan hidup dengan segala ilmu hebat yang mampu aku dapat.

---

Barangkali aku kejam. Tapi aku fikir, semua manusia harus begini. Berdiri dan duduk di tempat sama tidak mendatangkan sebarang hasil yang terbaik. Aku, dan kau harus keluar, bertaburan di muka bumi Allah ini mencari setiap yang kebaikan di dalamnya.

---

Aku pinta kau, si dia... aku mahu keluar... dan jangan datang mencariku semula... Aku ada hidup baru di luar sana. Dan aku yakin, dalam masa terdekat ini aku mampu mencapainya. Pergi terus tinggalkan aku sendiri, seperti dahulu. Aku tidak mahu hati ini sekarang.

---

Aku harap selepas ini, blog ini tidak bersarang lagi. Aku minta maaf... Dan selamat datang ke Rasional & Emosional. Kerana dalam hidup, aku manusia, dan kau manusia. Ada hati dan akal. Dan kita takkan jauh lari dengan rasional dan emosional kita...

Aku ucap selamat....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...