Followers

Gamers

Tuesday, May 6, 2014

Kelak aku adalah Raja dalam dunia...

Aku ada kat Selangor sekarang sejak Khamis lepas. Jadi kepada admirer dan stalker aku yang kat Melaka lagi. Balik!

Duduk kat Melaka sebulan bertemankan laptop lembap, internet laju tapi sangkut dan astro-siaran-ulangan buat fikiran aku slow sikit. Aku berhenti berfikir dan ikut sahaja apa yang berlaku disekeliling aku. Dan itu tidak baik.

2 minggu sebelum aku balik Selangor, aku buka kembali Metatrader (MT4), platform yang aku guna untuk trading. Memandangkan MT4 tak memerlukan internet super pantas untuk sekadar memerhati, aku perabihkan masa membelek-belek chart. Mana tahu jumpa lubuk.

Cara minda berfungsi amat menarik bagi aku. Beri apa jua keadaan, minda akan beri kita pilihan berpandukan pengalaman dan ilmu yang ada pada kita. Dan bagaimana minda aku berfungsi. Hm... btw, ini bukan post ilmiah...

Aku suka pandang chart meskipun berkali-kali dihentam dengan kerugian dalam trading. Tapi aku tak jemu pandang chart. Sebab hanya memandang chart, fikiran aku ligat bekerja. Kalau orang tanya, kenapa walau ligat bekerja, akhirnya aku tetap kalah. Hm...

Sebab aku manusia...

Aku rugi besar dua kali dalam hidup aku. Perasaannya... sama seperti perasaan aku ketika aku dan Si Dia berpisah kali terakhir. Terlalu dalam sehingga tak ada satu unit keringat atau kenangan mampu aku buang berkenaan tentang Si Dia, ataupun kerugian yang aku alami.

Masalah menjadi manusia adalah kita lemah. Kuasa kita terhad. Orang tua selalu kata, kita hanya mampu merancang, Allah menentukan. Dan walaubagaimana rancangan aku untuk bersama Si Dia, dan juga sistem yang aku guna untuk trading, itu hanya rancangan. Berpisah dan kerugian itu Allah yang tentukan.

Tapi aku tak salahkan Allah. Allah beri aku banyak benda yang tak mungkin dapat aku balas kasih sayang-Nya pada aku. Yang salahnya aku, kerana merancang, dan selalunya ada yang tertinggal dalam rancangan aku.

Dan sekarang, aku masih merancang sekali lagi. Melihat mana-mana kelemahan yang patut aku jadikan kelebihan dalam hidup aku. Hidup perlu seimbang. Terlalu kuat, atau terlalu lemah pun tak boleh.

Dan sekarang, aku di Selangor. Duduk di depan pc, tempat paling selesa bagi aku dalam dunia ni. Menulis sambil hirup secawan kopi. Duduk di Melaka jauh dari pc aku buat kepala kosong dan lapang. Dan sedikit sebanyak buat aku jadi 'wise'. Buat aku jadi nampak...

Adakah selepas ini aku akan berjaya. Aku yakin ya. Adakah akan berjaya selamanya. Tidak. Setiap raja pasti akan jatuh dari takhtanya. Dan begitu juga aku suatu hari nanti.

Dikesempatan ini, aku ucapkan Takziah kepada keluarga Si Dia atas pemergiaan salah seorang ahli keluarganya. Al Fatihah...

Dan aku gembira bila Si Dia kata rindukan aku. Ia perasaan yang senang bila tahu ada orang masih ingat, masih rindu pada aku. Huhu... Aku cuba hidup dalam dunia yang aku sendiri tidak sepenuhnya faham. Aku buat terdaya aku. Kelak, aku harap aku mampu jadi raja dalam dunia yang cuba aku tempuh ini.

Dan kerana itu, perasaan seperti ini, bila dapat, ianya adalah sesuatu yang paling aku hargai....

Aku ucap selamat...

Sunday, April 27, 2014

Selamat Hari Lahir...

Hah... aku baru teringat benda yang aku lupa kemarin.

Selamat Hari Lahir untuk Si Dia. Atau omputeh kata, Happy Belated Day coz aku lambat mengucapkannya.

Boleh condem aku, lagipun salah aku sebab terlupa...

Semoga panjang umur, murah rezeki dan selalu gembira sehingga ke akhir hayat.

---

Tapi jujur, banyak tarikh yang penting untuk aku dulu... dan sekarang... aku lupakan. Mungkin kerana tiap hari bagi aku sama. Rutin yang sama. Aku boleh beza hari tapi tidak tarikh. Senang nak lihat hari ini hari apa. Hanya perlu dengar radio, tengok hp atau tarikh luput roti.

Ya, aneh bab yang terakhir tu.

Sebab memori, banyak cara untuk kita terus kekalkan dalam kepala kita. Aku terfikir berapa banyak aku mampu ingat bila berjumpa dengan kawan lama. Bila berbual tentang perkara silam.

Aku sentiasa ada masalah untuk 'keep in touch' dan sebab itu aku ada gelaran hantu. Datang tiba-tiba, pergi tiba-tiba. Ini disebabkan aku sentiasa senang bersendirian. Tenggelam dalam dunia kecil aku. Gaming, komputer dan bahan bacaan aku.

Kadang sunyi. Tapi memori aku dan Si Dia senang dekat dengan aku. Mungkin tak semua memori aku mampu ingat, macam contoh kemarin aku lupa hari lahirnya. Tapi ada juga yang mampu aku ingat seperti mix cd yang aku buat sebagai hadiah untuk Si Dia menjelang hari lahirnya.

Aku takde masalah jika kawan lama telah lupakan aku. Sebab aku sentiasa fikir, salah aku sebab lost contact. Kawan yang ada, sepatutnya dihargai. Dijaga hubungannya agar suatu hari nanti, tak kira senang atau susah kita tetap senang bersama.

Dalam hidup aku, seperti orang lain tentu sekali ada memori yang dapat memberi impak besar sehingga kita tak mampu lupa, walaupun kita mahu lupa. Aku ambil masa untuk lupakan Si Dia 4 tahun dahulu dan sehingga sekarang aku tak mampu lupa.

Akhirnya putus asa dan mengaku... aku cintakan Si Dia.

Brainwash dengan memori ini, aku hidup dalam kenangan bersama Si Dia. Manis mahupun pahit. Bila kita semakin tua, kita jadi semakin tenang. Dahulu penuh dengan api kemarahan, sekarang aku macam... nah... its ok... I can handle this.

Marah macam mana aku pun selama 4 tahun ini tak bawa perubahan dalam diri aku. Keadaan aku masih merosot, makin teruk. Ada benda, kalau betul, kita hanya perlu terima. Dan buat sesuatu berdasarkan benda betul tu.

Sekarang, bila fikir balik... Rasanya dah jauh aku berjalan dengan kenangan lama yang sama. Ada hajat di hati mahu bina kenangan baru tapi nampaknya fokus aku lebih kepada kerja aku. Minat aku. Di mana membawa aku berhenti dari mencari Si Dia.

Mungkin cinta yang aku selalu katakan ini tidak cukup kuat untuk menyatukan kami.

Aku tak nafi aku bakal sedih jika Si Dia jadi kepunyaan orang lain. Tapi tiada daya untuk aku dapatkan si dia kembali. Aku terlalu bergantung kepada memori untuk teruskan hidup aku. Takut akan kenangan baru mungkin.

Macam aku cakap dahulu, tak baik kacau kebahagiaan orang lain. Aku lihat Si Dia senang dengan hidupnya. Ya, kadang dalam hidup ada rasa susah sedikit. Tapi pada mata aku, Si Dia senang dengan rutin hariannya. Hidup...Si Dia gembira dah cukup bagi aku.

Well, cukup sampai di sini. Hanya membebel seperti biasa. Aku mahu mulakan kerja. Aku ucap selamat...

Saturday, April 26, 2014

Warframe & Komuniti Internet

Kemaruk game Warframe menjadi-jadi. Dah hampir sebulan aku di Melaka. Dan hampir sebulan aku tak buka langsung game aku. Tangan dah gatal. Setiap malam aku tak boleh tidur habiskan masa melihat youtube dan membaca info baru tentang Warframe.

Update 13 adalah update terbesar setakat ini. Dan aku masih belum dapat mencubanya. Ada beberapa senjata baru, mod baru dan warframe baru. Hydroid bertemakan lanun dan air. Amat menarik cuma aku ragui kehebatannya untuk end game.

Aku ada satu blog yang aku buat khas untuk Warframe. Baru ada 3 posts namun ianya menunjukkan potensi bakal menerima ramai pengunjung kelak. Aku hanya perlu menulis penulisan yang berinformasi dan berkualiti. Perlukan masa untuk aku mencuba sendiri dan pengalaman bermain itu aku tukarkan dalam bentuk perkataan dalam blog.

Dan sebab itu aku perlu bermain.

Ini projek baru aku dan memandangkan aku amat suka akan game Warframe, aku fikir ada baik aku menulis tentangnya. Tapi untuk menulis aku perlu bermain. Dan sekarang aku di Melaka, membantutkan lagi usaha aku untuk menulis.

Rasa bersalah pulak bila menulis benda yang agak-agak betul. Aku sentiasa semak real time in game sebelum aku terbitkan post aku. Aku mesti cuba dahulu baru aku tulis segala tips dan trik yang aku guna dalam game. Sebab jika satu hari nanti aku dikritik, aku boleh membalas balik. Tapi kalau aku memang salah, its ok. Janji aku dapat manfaat darinya.

Aku suka komuniti di Internet. Sebabkan semua mereka boleh jadi "tidak dikenali", mereka bersifat terbuka bila menyatakan sesuatu. Aku senang open-minded bila orang kritik dalam internet. Dunia bukan maya pun aku open-minded tapi tak se-open kat internet.

Open-open pun aku perlukan limit juga. Huhu..

Walaubagaimanapun, aku tahu aku perlu letak URL blog warframe aku di sini. Tapi aku fikir aku lebih suka jika komuniti Warframe sendiri yang jumpa blog aku. Ramai orang mungkin tak tahu, komuniti game sebenarnya amat besar di dunia maya. Dan aku senang dengan penglibatan aku dalam komuniti ni.

Cuma di Malaysia aku rasa macam slow sedikit. Aku taknak komen lebih. Aku faham budaya orang Malaysia macam mana. Kebanyakkan kita fikir game hanya buang masa. Jadi tiada kejutan jika tak ramai orang Malaysia yang melibatkan diri dalam komuniti game ini.

Lagipun siapa aku untuk mengkritik. Penglibatan aku dalam komuniti game ini pun atas nick aku, bukan nama sebenar. Baik rasanya kalau aku asingkan penglibatan aku dalam dunia maya dengan dunia realiti. Komuniti dalam internet bagi aku lebih serius bila berdebat berbanding dunia sebenar.

Keyboard warrior...

Ok la... sebelum aku membebel keluar tajuk. Aku nak ucap selamat. Its fun writing. Jumpa lagi..

Friday, April 25, 2014

Terlupa di hati.

Ya, malam bukan waktu aku tidur.

Malam ni aku terasa tak senang. Macam terlupakan sesuatu. Hm...

Jadi aku buka blog. Cuma menulis. Harap-harap boleh ingat bila membebel kat sini.

Laptop yang aku guna ini bukan kepunyaan aku. Jadi rasa janggal sedikit bila nak buat sesuatu. Tengok ada software Metatrader. Para trader mesti tahu apa itu Metatrader. Huhu...

Jadi aku buka. Aku belek-belek chart. Jujur aku dah berhenti sebenarnya memandang chart. Dan sebab dah hampir 5 bulan tak tengok, jadi gian semacam. Mula la belek balik forum, nota dan gambar. 

Trading ni satu-satunya peninggalan Cahaya Pembuka Hatiku untuk aku. Tanpa dia, aku takkan kenal trading ni apa. Dan aku taknak cerita pasal Cahaya Pembuka Hatiku. Tak, aku tak marah. Dia patut marah kat aku.

Tak banyak berubah pada market. Same old thing. Tetap huru-hara. Tiada corak. Kadang aku fikir trading ni pun macam nasib juga. Dan kalau betul nasib, no wonder aku down sebab nasib aku memang teruk sejak aku keluar universiti.

Alasan orang malas. Huhu...

Jam menunjukkan 2 pagi. Aku cuba baring kejap. Perasaan seperti terlupakan sesuatu tu kuat. Sayang aku tak ingat. Kalau ingat mungkin boleh jadi bahan untuk aku tulis di sini. Hm...

Aku cuba lenakan mata, dengan hati aku yang penuh dengan perasaan untuk Si Dia dan minda yang serabut dengan chart tadi, aku tak rasa pagi ini aku berjaya tidur. Kalau ada kat Selangor ni mahunya aku duduk main Warframe lagi. Huhu...

Jam hampir 3:30 pagi. Masih belek chart. Jumpa benda yang menarik dan idea untuk projek baru. Hm... Kalau senang nanti aku cerita. 

Jam 5 pagi. Menguap dah. Kepala aku rasa berat. Aku belek banyak benda, cuba jek minda aku untuk ingat benda yang aku mungkin terlupa. Ini amat membebankan. Aku harap benda tu tak penting memandangkan kemungkinan aku bakal hilang sesuatu jika aku tak ingat.

Jam 9 lebih. Peh... Tertidur aku depan laptop. Bila aku baca balik post ini, rasa macam buat jurnal pulak. Aku minta maaf kalau cerita tentang benda yang aku lupa ini seumpama cerita yang tak habis. Cliffhanger. Serius, aku masih tak ingat. 

Rasa seperti benda yang aku lupa ini dekat di hati. Mainan perasaan mungkin. Aku harap aku dapat ingat semula. Aku ucap selamat...

Thursday, April 24, 2014

Penempatan pilihan

Hm, katanya catuan air di Selangor bakal dihentikan awal bulan depan. Berita baik untuk aku memandangkan aku memang nak sangat balik Selangor. Marah orang Melaka habiskan air dorang.

Ya, aku masih di Melaka. Negeri Melaka ni best sebenarnya. Walaupun ada pembangunan yang pesat, aku masih boleh rasa macam duduk di kampung. Rasa tenang dan rasa ramah.

Kehidupan kat Selangor berbeza sedikit. Bukan teruk cuma kurangnya rasa tenang di sana. Mungkin kurang pokok tempat aku tinggal agaknya. Tapi itu tak bermakna aku rasa nak tinggalkan Selangor dan duduk di Melaka.

Ada banyak benda yang aku suka di Selangor. Antaranya Selangor dekat dengan KL. Naik komuter dan aku good to go. Aku taknak duduk KL memandangkan taraf hidupnya tinggi. Selangor agak so-so. Boleh tahan la.

Aku suka duduk dalam kawasan yang dekat dengan kedai atau perusahaan. Senang bila aku mahu mencari sesuatu, aku hanya pergi dan mencari. Selangor bagi aku macam pusat untuk aku mencari benda yang aku mahu.

Satu lagi sebab banyak kenalan aku duduk di Selangor. Jadi kalau ada projek ke, perlukan bantuan ke senang untuk aku bergerak. Lagipun Si Dia duduk Selangor. Huhu...

Aku pernah terfikir untuk keluar Selangor. Hidup di negeri lain. Johor mungkin pilihan ke dua aku. Alasannya sama, aku suka duduk dekat dengan kedai. Masa aku duduk di universiti dahulu, aku ada orang tolong carikan benda di Singapura untuk dijual di Malaysia.

Walaubagaimanapun aku tak suka duduk di pusat bandar. Duduk di pinggir bandar lebih baik memandangkan aku boleh jimat, tengok pada taraf hidup. Janji dekat dengan bandar aku ok.

Utara? Aku tak tahu. Utara agak hardcore bagi aku memandangkan budaya di sana banyak berbeza. Orang utara amat peramah. Cuma cara komunikasi tu (loghat) buat aku rasa janggal sedikit. Jangan salah sangka, bukan aku tak suka, cuma sukar bagi aku. Tapi kalau ada orang utara nak bercakap dengan aku, aku layankan sahaja.

Luar negara? Oh, aku suka. Aku teringin nak duduk di Jepun. Nak lihat budaya orang di sana. Lihat betapa rajin dan kreatif mereka di sana. For some reason, aku tak berapa suka belah Eropah. Beri aku rasa macam kecil. Amerika? Yeah, why not. Tapi macam biasa, aku tak suka hidup di tengah bandar. Aku hanya suka kemudahannya sahaja.

Tapi jujur, aku tak pernah ke Jepun, Eropah atau Amerika. Mungkin pandangan aku bakal berubah bila aku ke sana.

Walaubagaimanapun, aku harap bulan depan krisis air di Selangor pulih. Susah nak buat kerja bila banyak bahan yang aku gunakan untuk kerja ada dalam desktop kat rumah aku di Selangor. Dan bila semuanya berjalan lancar, aku perlu keluar mencari kerja.

Ya, aku tak kerja. Hanya buat kerja-kerja pelik yang orang tak panggil real-job. Lagipun Real Job ini sebahagian dari plan B aku. Menggunakan degree aku untuk kerja. Tapi sebelum itu aku perlukan masa untuk bersedia dengan benda lain memandangkan kerja dengan orang lain bakal mengambil paling kurang 8 jam, 5-6 hari setiap minggu dalam hidup aku.

Dan itu... tak baik untuk aku memandangkan aku sentiasa ada agenda atau fokus lain. Ya, kerja sahaja memang tak boleh kaya. Aku bersyukur aku ada ilmu lain yang bakal membuat aku sibuk bila aku cuti dari bekerja kelak.

Dan ini kegilaan yang aku maksudkan. Aku ada 2 tahun dari sekarang sebelum... well... itu untuk post akan datang...

Buat masa sekarang, Selangor... aku hanya nak air.... Aku ucap selamat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...