Followers

Gamers

Friday, September 26, 2014

Teka-teki sebelum Isnin

Depan meja aku ada secawan kopi, secawan air kosong, gula-gula, nota dan segala benda serabut yang selalu ada untuk seseorang yang bekerja.

Serabut.

Baru-baru ini aku sangat gembira bila aku jumpa cara masuk market yang aku rasa selesa nak ikut. Masalahnya, adalah cara nak keluar dari order yang aku telah buat. Terlalu banyak pilihan.


Ambil contoh di atas. Ikut cara aku, aku akan masuk order tepat pada persilangan 2 garisan ini. Order Sell. Persoalannya bila nak keluar. Hm...

Sebelum aku meracau jauh, ada beberapa kriteria yang aku tetapkan sebelum aku buat keputusan kaedah yang mana yang terbaik untuk keluar market.

Cut the loss, let the profit run.
Yang lama trading mesti selalu dengan benda ni. Kalau rasa tak boleh belah, tak perlu tunggu SL dan terus tutup order, ambil rugi awal!? dan, tak guna TP bagi membolehkan keuntungan itu berterusan. Ramai suggest aku guna trailing stop... hm...

Bila aku terfikir rule untuk keluar, aku sentiasa pegang benda ni. Susah sebenarnya. Stay terlalu lama dalam market sebenarnya tak elok; well, sebenar bergantung dengan kaedah kau guna. Kalau kau scalping tentu sekali kau nak keluar secepat mungkin. Kalau kau swing sekalipun, kalau rule keluar kau kata keluar, kau tak lengah kan.

Hard SL mesti ada. Maksud aku apa sahaja trade kau buat jangan ada open SL atau mental SL. Serius, kalau market berpaling, mental kau mesti break tak kira pro macam mana kau sekalipun. Aku masih mengkali walaupun kriteria kedua aku agak konflik dengan hard SL ni.

Tiada angka tetap.
Kriteria ke dua ini aku buat bagi membolehkan kaedah keluar market aku lebih fleksible. Sebab jarak setiap pair amat berlainan. AudUsd semalam hanya 58 pip manakala EurJpy 76 pip. Kalau aku tetapkan TP yang tetap, atau SL yang tetap bagi setiap 16!? pair yang aku mampu trade, sampai mati pun aku takkan dapat TP dan SL yang lengkap setiap hari.

Kaedah yang aku selalu dengar orang guna adalah meletakkan SL pada SR line. Tetapi aku mencari sesuatu yang lebih matematik, orang kata trading ini sebenarnya refleks pada diri sendiri, dan aku ada banyak pengalaman buruk dengan SR line.

Jangan salah faham, SR line adalah teknik tertua trading dunia dan masih digunakan sehingga hari ini. Cuma ianya tak sesuai dengan aku.

Hard SL macam manapun mesti ada. Dan biasanya aku akan guna angka tetap. Hanya ini sahaja aku beri  pengecualian memandangkan ianya sangat penting untuk disingkirkan. Tapi macam aku kata, aku still kaji lagi.

---

Korang main Eve Online!? Saje tanya. Sambil baca ni boleh buka lagu di bawah. Kinda refreshing bila berfikir sambil ulang-main lagu ni. Enjoy...



---

Aku terfikir untuk guna Stoch (14,3,3) untuk keluar dari market. Mulanya aku fikir, kalau aku sell, then aku tunggu stoch cecah 80 dan set TP pada lowest dari tempat aku masuk sehingga harga sekarang. Kalau kena TP, alhamdulillah. Tetapi kalau dia stoch turun kurang dari 80 dan naik semula ke 80, aku terus tutup.

Hasilnya tak memberangsangkan. tentu sekali kalau aku trade min 6 pair, last sekali aku still untung walaupun ada pair yang drag profit aku. Buat aku terfikir oh... aku boleh baiki dari sini.

Aku cuba bermain dengan stoch sahaja memandangkan aku tak mahu fikiran aku terlalu liar berfikir teknik lain dalam 2-3 hari ni. Dan still jangan buntu.

Mungkin kerana aku terlalu perfectionist. Aku patut loose sikit. Hurm...

Kita tengok kalau aku boleh crack benda ni sebelum Isnin ni. Aku yakin... kalau aku boleh crack ni, then takde benda boleh halang aku dari menghijau... Thee hehe...

Aku ucap selamat. Dan aku minta maaf kalau post ni macam kelam kabut atau tak berinfomasi. Banyak benda dah jadi dalam hidup aku, buat aku jadi berhati-hati bila berkongsi maklumat  terutama berkaitan trading.

Musuh ada di mana-mana... Shhh...

Saturday, September 20, 2014

"________"

Aku ambil masa yang lama untuk hadam realiti yang menimpa aku baru-baru ini. Banyak post telah aku tulis, tidak aku publish, cuba melahirkan rasa sedih dan segala rasa negatif dalam diri. Walaubagaimanapun, bagi aku adalah satu benda yang penting bila seseorang memperoleh kemenangan, kita ucapkan tahniah atau sewaktu dengannya...

Si Dia akan berkahwin. Aku hanya mahu ucap tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Si Dia...

Apa yang aku rasa...?

Ini bukan kali pertama rasa sedih seperti ini terjadi kepada aku. Tapi aku masih hidup, masih mampu laluinya. Pada hari aku tahu berita ini, aku tinggalkan kerja dan game aku, pergi ke pantai, merasa angin luar yang amat jarang aku beri peluang kepada diri aku sendiri untuk merasakannya.

Aku pandang jauh ke ufuk, tidak berfikir apa. Aku lihat ada orang lain juga seperti aku, seorang diri merenung jauh ke hujung dunia. Kadang menggaru kepala seperti berfikir sesuatu yang berat. Realitinya ada di sini bak kata Zizan.

Sedih ada, tapi bukan itu yang jadi penyebab aku tinggalkan kerja aku. Ia hanya kerana aku merasa kosong tiba-tiba. Berasa tiada apa lagi untuk aku di dunia ini untuk aku kejar. Aku kembali pandang jauh ke ufuk, tidak berfikir apa dan hanya merasa nikmatnya angin laut merempuh tubuh lemah aku.

Tak lama aku ke pantai, aku balik duduk kembali depan PC. Tidak aku buka MT4 atau Excel. Tetapi game hanya cuba untuk membunuh kekosongan ini. Aku tidak ceritakan pada sesiapa tentang benda ini, bila chat bersama kawan di dalam game aku, aku hanya jadi seperti aku biasa. Tidak tunjuk kelemahan pada sesiapa.

Dan aku terus membunuh dan membunuh... tapi kekosongan itu terus ada.

Aku ambil masa 3 hari aku fikir dan kemudian aku buka MT4 dan Excel, cuba kaut kembali apa yang tertinggal sejak aku tinggalkan 3 hari lepas. Apa aku boleh buat bila rasa kekosongan ini terlalu kuat untuk aku tempuh.

Trader banyak kerja sebenarnya. Aku jarang tidur lena. Dan bila aku terlalu penat, aku akan tidur setidur-tidurnya. Aku lihat market, aku kaji pergerakkannya. Adakan peraturan untuk masuk, ujinya sehingga takat maksimanya. Dan adakan peraturan untuk keluar. Dan aku buat ini setiap hari.

Matlamat aku untuk mencari sistem yang aku mampu guna untuk semua jenis market aku mampu aku jumpa. Jika orang tanya apa aku buat hari-hari, hanya ini. Setiap hari adalah sama. Isnin sehingga Ahad. Sama...

Dan tidak aku mengadu pada sesiapa kerana aku tidak merasa bosan melakukannya. Tiada apa perlu diadukan.

Sekarang aku ok aku fikir. Aku tidak marah, tidak lagi sedih, tidak kecewa. Aku hanya merasa kosong dalam diri. Tidak aku panik bila market berpaling kepada aku. Tidak juga aku gembira bila akaun aku mula menghijau. 

Aku buat dan biarkan minda aku kosong. Menerima apa sahaja market beri pada aku. Aku kejar sesuatu yang aku tak pernah mahu untuk miliki. Dan bila orang ambil dari aku. Aku hilang sesuatu yang aku kejar.

Dan sekarang, aku tak tahu. Apa yang tinggal hanya kerja dan game aku. Aku lihat meja aku penuh dengan catatan. Lihat monitor aku gelap, hanya ada lilin-lilin market. Aku hidu baru kafein memenuhi bilik aku. Aku dengar kuat lagu-lagu kesukaan aku.

Dan aku rasa kosong... dalam hati aku.

Aku patut keluar aku fikir. Cuba jadi manusia jauh dari skrin komputer. Bergaul, mencari cinta baru barangkali, atau sesuatu yang aku boleh kejar. Duit tak pernah jadi pemangkin untuk aku bergerak. Hanya keseronokan atau proses mencarinya yang jadi kegilaan pada aku.

Hurm... buat masa sekarang, aku hanya mahu teruskan dengan apa yang aku sedang lakukan. Dan hanya tunggu dan lihat apa plan Allah untuk aku di dunia ini.

Mungkin ini post terakhir berkaitan dengan Si Dia. Next, aku tak tahu apa cerita yang bakal aku ceritakan di sini. Umum diketahui blog ini hanya tempat aku luahkan emosi aku. Dan Si Dia adalah 'emosi' yang terakhir ada pada aku.

Market mula berbaik dengan aku. Menunjukkan prestasi yang aku impikan. Mungkin ini yang bakal aku ceritakan kelak, menjadi post 'Rasional' dalam blog ini.

Aku ucap selamat... untuk Si Dia bersama pasangannya dan kalian si pembaca... Aku takkan tinggalkan blog ini. Hm.. mungkin aku patut tulis novel ke apa untuk isi kekosongan dan poket aku. kan? huhu...

Monday, July 14, 2014

Update

Ah.. aku tinggalkan blog aku lagi. Huhu.. sorry about that.

Baru-baru ni aku dikejutkan (!?) dengan idea tentang trading. Jadi masa berjaga aku banyak habis depan pc. Dan bila aku mula bekerja, dan bermain, aku takkan pandang kiri dan kanan.

Aku cuba nak menulis pada malam hari jadi aku, tapi hari itu adalah antara hari 'naik darah' aku. Bila terlalu emosional, aku tahan untuk tidak menulis. Bahaya aku fikir. Jadi aku luahkan semua pada kerja, dan game aku.

Ya, itu cara minda aku berfungsi.

Mostly masa aku hanya dengan trading, game dan anime. Ya, aku tonton anime. Ada masalah? Game memang tak boleh dipisahkan dengan aku. Aku ingat masa aku kerja ulang-alik Klang - KL, mata aku tekun dengan skrin kecil Samsung galaxy Y aku dalam komuter. Game gerakkan minda aku bila aku terhantuk dengan dinding fikiran aku bila trading. Trading perlu minda luar biasa. Dan bila jatuh, aku perlu pemangkin dan hanya game buat aku mahu terus berfikir.

Ah tolong... jangan sebut cinta. Aku tak berfungsi dengan perasaan. Mungkin... Heh...

Itu aku sekarang. Kiri dan kanan aku tiada beza, biarkan minda aku bekerja maka aku tidak ganggu akan yang lain.

Buat masa sekarang tiada keputusan dengan idea aku lagi. Maksud aku masih tidak finalize. Aku tak mencari sesuatu yang sempurna, tapi cukup dekat dengan risk-free. Trader faham apa yang aku maksudkan.

Sejak kali terakhir aku menulis, sehingga hari ini baru aku buka blog. Dan aku menulis hari ini kerana Si Dia. Aku tak pernah lupa. Ia sesuatu yang ada dalam hati dan fikiran aku sekarang. Kerana aku terima hakikat aku punya perasaan ini terhadap Si Dia.

Dan bila Si Dia datang dalam kerja, dalam game aku, ianya semulajadi dan sekarang bukan lagi gangguan untuk aku. Benar orang kata, bila sesuatu terjadi, lebih senang dengan hanya menerima dari cuba melawan. Sakit belakang kira kerana sekarang... sakit atau tidak tiada bezanya untuk aku. Buat masa sekarang.

Bulan puasa ini juga tiada bezanya untuk aku. Orang puasa aku puasa. Raya nanti juga macam biasa. Aku perlukan kerja dan game aku dari semua masa yang aku ada. Aku perlu dapatkan apa yang aku mahu. Baru aku rasa lengkap dalam hidup aku.

Aku bukan istimewa, aku hanya biasa yang impikan istimewa.

Dan ya, aku juga rindukan Si Dia. Tak pernah satu hari aku lupa. Aku cuma hanya tiada masa. Aku minta maaf. 24 yang Allah beri tidak pernah cukup bagi aku. Sesuatu yang amat berharga lebih dari emas, perasaan aku, fikiran aku dan nyawa aku sendiri... Demi masa...

Aku ucap selamat... Dan selamat berpuasa. Dan terima kasih kerana ucapan hari jadi. Sungguh pun hari itu bukan hari yang baik bagi aku, tapi bila ada orang ingat, aku rasa gembira. Terima kasih buat Si Dia dan semua...

Tuesday, May 6, 2014

Kelak aku adalah Raja dalam dunia...

Aku ada kat Selangor sekarang sejak Khamis lepas. Jadi kepada admirer dan stalker aku yang kat Melaka lagi. Balik!

Duduk kat Melaka sebulan bertemankan laptop lembap, internet laju tapi sangkut dan astro-siaran-ulangan buat fikiran aku slow sikit. Aku berhenti berfikir dan ikut sahaja apa yang berlaku disekeliling aku. Dan itu tidak baik.

2 minggu sebelum aku balik Selangor, aku buka kembali Metatrader (MT4), platform yang aku guna untuk trading. Memandangkan MT4 tak memerlukan internet super pantas untuk sekadar memerhati, aku perabihkan masa membelek-belek chart. Mana tahu jumpa lubuk.

Cara minda berfungsi amat menarik bagi aku. Beri apa jua keadaan, minda akan beri kita pilihan berpandukan pengalaman dan ilmu yang ada pada kita. Dan bagaimana minda aku berfungsi. Hm... btw, ini bukan post ilmiah...

Aku suka pandang chart meskipun berkali-kali dihentam dengan kerugian dalam trading. Tapi aku tak jemu pandang chart. Sebab hanya memandang chart, fikiran aku ligat bekerja. Kalau orang tanya, kenapa walau ligat bekerja, akhirnya aku tetap kalah. Hm...

Sebab aku manusia...

Aku rugi besar dua kali dalam hidup aku. Perasaannya... sama seperti perasaan aku ketika aku dan Si Dia berpisah kali terakhir. Terlalu dalam sehingga tak ada satu unit keringat atau kenangan mampu aku buang berkenaan tentang Si Dia, ataupun kerugian yang aku alami.

Masalah menjadi manusia adalah kita lemah. Kuasa kita terhad. Orang tua selalu kata, kita hanya mampu merancang, Allah menentukan. Dan walaubagaimana rancangan aku untuk bersama Si Dia, dan juga sistem yang aku guna untuk trading, itu hanya rancangan. Berpisah dan kerugian itu Allah yang tentukan.

Tapi aku tak salahkan Allah. Allah beri aku banyak benda yang tak mungkin dapat aku balas kasih sayang-Nya pada aku. Yang salahnya aku, kerana merancang, dan selalunya ada yang tertinggal dalam rancangan aku.

Dan sekarang, aku masih merancang sekali lagi. Melihat mana-mana kelemahan yang patut aku jadikan kelebihan dalam hidup aku. Hidup perlu seimbang. Terlalu kuat, atau terlalu lemah pun tak boleh.

Dan sekarang, aku di Selangor. Duduk di depan pc, tempat paling selesa bagi aku dalam dunia ni. Menulis sambil hirup secawan kopi. Duduk di Melaka jauh dari pc aku buat kepala kosong dan lapang. Dan sedikit sebanyak buat aku jadi 'wise'. Buat aku jadi nampak...

Adakah selepas ini aku akan berjaya. Aku yakin ya. Adakah akan berjaya selamanya. Tidak. Setiap raja pasti akan jatuh dari takhtanya. Dan begitu juga aku suatu hari nanti.

Dikesempatan ini, aku ucapkan Takziah kepada keluarga Si Dia atas pemergiaan salah seorang ahli keluarganya. Al Fatihah...

Dan aku gembira bila Si Dia kata rindukan aku. Ia perasaan yang senang bila tahu ada orang masih ingat, masih rindu pada aku. Huhu... Aku cuba hidup dalam dunia yang aku sendiri tidak sepenuhnya faham. Aku buat terdaya aku. Kelak, aku harap aku mampu jadi raja dalam dunia yang cuba aku tempuh ini.

Dan kerana itu, perasaan seperti ini, bila dapat, ianya adalah sesuatu yang paling aku hargai....

Aku ucap selamat...

Sunday, April 27, 2014

Selamat Hari Lahir...

Hah... aku baru teringat benda yang aku lupa kemarin.

Selamat Hari Lahir untuk Si Dia. Atau omputeh kata, Happy Belated Day coz aku lambat mengucapkannya.

Boleh condem aku, lagipun salah aku sebab terlupa...

Semoga panjang umur, murah rezeki dan selalu gembira sehingga ke akhir hayat.

---

Tapi jujur, banyak tarikh yang penting untuk aku dulu... dan sekarang... aku lupakan. Mungkin kerana tiap hari bagi aku sama. Rutin yang sama. Aku boleh beza hari tapi tidak tarikh. Senang nak lihat hari ini hari apa. Hanya perlu dengar radio, tengok hp atau tarikh luput roti.

Ya, aneh bab yang terakhir tu.

Sebab memori, banyak cara untuk kita terus kekalkan dalam kepala kita. Aku terfikir berapa banyak aku mampu ingat bila berjumpa dengan kawan lama. Bila berbual tentang perkara silam.

Aku sentiasa ada masalah untuk 'keep in touch' dan sebab itu aku ada gelaran hantu. Datang tiba-tiba, pergi tiba-tiba. Ini disebabkan aku sentiasa senang bersendirian. Tenggelam dalam dunia kecil aku. Gaming, komputer dan bahan bacaan aku.

Kadang sunyi. Tapi memori aku dan Si Dia senang dekat dengan aku. Mungkin tak semua memori aku mampu ingat, macam contoh kemarin aku lupa hari lahirnya. Tapi ada juga yang mampu aku ingat seperti mix cd yang aku buat sebagai hadiah untuk Si Dia menjelang hari lahirnya.

Aku takde masalah jika kawan lama telah lupakan aku. Sebab aku sentiasa fikir, salah aku sebab lost contact. Kawan yang ada, sepatutnya dihargai. Dijaga hubungannya agar suatu hari nanti, tak kira senang atau susah kita tetap senang bersama.

Dalam hidup aku, seperti orang lain tentu sekali ada memori yang dapat memberi impak besar sehingga kita tak mampu lupa, walaupun kita mahu lupa. Aku ambil masa untuk lupakan Si Dia 4 tahun dahulu dan sehingga sekarang aku tak mampu lupa.

Akhirnya putus asa dan mengaku... aku cintakan Si Dia.

Brainwash dengan memori ini, aku hidup dalam kenangan bersama Si Dia. Manis mahupun pahit. Bila kita semakin tua, kita jadi semakin tenang. Dahulu penuh dengan api kemarahan, sekarang aku macam... nah... its ok... I can handle this.

Marah macam mana aku pun selama 4 tahun ini tak bawa perubahan dalam diri aku. Keadaan aku masih merosot, makin teruk. Ada benda, kalau betul, kita hanya perlu terima. Dan buat sesuatu berdasarkan benda betul tu.

Sekarang, bila fikir balik... Rasanya dah jauh aku berjalan dengan kenangan lama yang sama. Ada hajat di hati mahu bina kenangan baru tapi nampaknya fokus aku lebih kepada kerja aku. Minat aku. Di mana membawa aku berhenti dari mencari Si Dia.

Mungkin cinta yang aku selalu katakan ini tidak cukup kuat untuk menyatukan kami.

Aku tak nafi aku bakal sedih jika Si Dia jadi kepunyaan orang lain. Tapi tiada daya untuk aku dapatkan si dia kembali. Aku terlalu bergantung kepada memori untuk teruskan hidup aku. Takut akan kenangan baru mungkin.

Macam aku cakap dahulu, tak baik kacau kebahagiaan orang lain. Aku lihat Si Dia senang dengan hidupnya. Ya, kadang dalam hidup ada rasa susah sedikit. Tapi pada mata aku, Si Dia senang dengan rutin hariannya. Hidup...Si Dia gembira dah cukup bagi aku.

Well, cukup sampai di sini. Hanya membebel seperti biasa. Aku mahu mulakan kerja. Aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...