Followers

Gamers

Friday, July 20, 2007

Cahaya Kemuliaan

Lama tak post kat blog aku. Entah l... aku sibuk baru-baru ni. Banyak yang dah berubah dan perlu aku betulkan. Dan malam tadi dia, cahaya kemuliaan sms aku. Kami hanya borak biasa. Dia banyak tanya soalan kepada aku namun aku hanya menjawab, tidak pula bertanya balik. Apa khabar dia? Hm... memang lama dah berlalu, namun...

Setelah dia berhenti bertanya khabar aku, aku tidak membalas. Kenapa? Aku sendiri tak tahu. Sombong? Mungkin, tapi aku hanya tak tahu nak berkata apa. Otak aku mulai kosong. Aku sedar dia mungkin berfikir yang aku tak lagi memikirkan pasal dia. Kerana layanan aku tak lagi semesra dulu....

Bukan aku tak mahu, tetapi aku tak tahu... apa patut aku katakan kepada dia. Hati aku masih sakit, masih terluka. Aku bukan jenis yang pandai sembunyikan perasaan, mahupun mengekpresi perasaan. Aku hanya aku, seorang manusia yang mulai lurus dan terang tentang sesuatu...

Bila sampai saat ini, hatiku mulai rasa kosong, sunyi. Mungkinkah cinta pengubatnya? Aku terus menafikan yang hati aku memerlukan sentuhan dari seorang perempuan. Ya, hati... kalau ikutkan, aku pasti mati, seperti mana matinya aku pada saat lalu...

Dia, aku sudah lupakan perasaan aku kepada dia, dan kenangan itu sedikit mulai hilang dek kesibukan hidup. Aku mulai rasa hidup. Mahupun sakit, namun aku tetap mahu berdiri, untuk hidup... Dan hanya satu yang hingga kini menghantui hidup. Walau jauh aku pergi, walau dekat aku kembali, hanya satu, hanya satu... sunyi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...