Followers

Gamers

Wednesday, July 4, 2007

I Think I already lost... someone... or myself, perhaps...

Hm.. heh, tajuk je inggeris, tapi aku nak cerita dalam bahasa Melayu gak...

Siapa yang aku hilang... Dia, yup... bukan cahaya kemuliaan... bagi aku dia dah jadi sejarah. Aku tak merasa apa-apa lagi pada dia. Lagipun baik untuk aku menjauhi hubungan yang sedang terjalin, kerana aku bukan sebahagian darinya...

Fiqa, dia pun bukan... well, just reminder untuk korang yang mengikuti blog aku (perasan).. dulu aku ada janji nak citer pasal dia... well, dia adalah bekas teman wanita aku. Tu je... dari semasa ke semasa aku akan citer lagi...

Hari ini aku terasa kehilangan dia, ya dia... yang aku ibaratkan tangan kanan aku, yang aku ibaratkan rasional aku... hari ni aku terpandang sesuatu yang aku rasa ianya terlarang untuk hati aku.

Anyway, aku cuba untuk cool, bertenang. Ya aku tahu, aku cemburu namun apa boleh aku buat... siapa aku kepadanya untuk aku cemburu... Dari mula aku hanya kawan dia. dan hingga sekarang aku hanya kawan dia.

Bila aku teringat kembali saat aku kenal dia, saat aku bersama dia dan saat aku mulai menjauhi/dijauhi dia... aku rasa... hm... bila kenang kembali...

"Hei Mel, kita kapel nak...?"

"...taknak la... tapi kalau ko tanya sekali lagi aku nak..."

"...takpelah, aku fikir lebih baik macam ni... coz aku taknak esok..."

Hipokrit... hanya sekarang aku sedar betapa bencinya aku kepada perkataan itu sehingga aku rasakan, yang aku sebenarnya.. sedang membenci diri sendiri...

Bila lihat dia sekarang, buat aku terfikir... ya, dia dah jauh di hujung sana sedangkan aku masih ada di sini... masih disini merenung apa yang perlu aku buat untuk teruskan hidup aku.... Entahlah, mungkin aku terlalu merenung ke belakang... depan orang aku hanya biasa... belakang orang, akulah yang worst...

Hari baru menjelma... 5 hari lagi... Hari untuk aku tinggalkan 21 tahun dibelakang. Hanya untuk sementara... hanya untuk aku baiki semua... agar satu hari nanti tiba masa untuk aku kumpul, aku sudah bersedia... Ya, bersedia untuk renung kembali 21 tahun yang aku tinggalkan... Wish me luck...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...