Followers

Gamers

Saturday, July 28, 2007

Hari malang aku...

Malang ke...? Aku tanya diri aku sendiri... aku lihat langit mula mendung...
"Oh, hari malang aku datang. Aku just perlu tenang menghadapi hari ini..."
Dan seperti selalu, bulan pasti menemani aku sepanjang hari ini, mengingatkan aku yang hari ini adalah hari ujian dari-Nya. Untuk melihat sejauh mana kekuatan minda dan fizikal aku dimana ia diterkam ujian....

Dan seperti selalu, aku lulus. Melepasi setiap ujian dari-Nya hari ini. Mungkin pelik bagi orang lain tapi bagi aku, hari2 seperti hari ini memang benar-benar berlaku kepada aku. Bukan ini kali pertama aku melaluinya. Dan bukan kali pertama aku lulus.

Peraturannya mudah. Jangan putus asa. Jangan sia-siakan nyawa. Tenang dan sabar. Ya, cakap memang mudah tapi apabila melaluinya....

Dan sekarang, masanya sudah hampir ke penghujungnya. Hari malang aku... hari yang sering menjadikan aku semakin kuat di dalam. Kadang aku harap hari seperti ini hilang dari aku. tetapi, jauh di lubuk hati aku, aku harap, ia akan datang kembali. Hanya untuk ingatkan aku, yang Allah masih menyayangi aku...

Terima kasih Allah, kerana memberi aku peluang untuk melalui hari-hari seperti hari ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...