Selamat hari jadi aku yang ke 2#... haha... 22 ya... aku semakin tua, semakin matang dan semakin dewasa. Persekitaran aku mula berubah.
Terima kasih kepada mereka yang mengucapkan selamat untuk aku... Terima kasih... huhu...
Jadi apa aku buat pada hari seperti ini. Hm... aku bukan jenis yang nak beria-ria bila tiba hari jadi. Tahun lepas aku demam ketika hari jadi dan masih di universiti lagi kalau aku tak salah ingat. Hehe... worst birthday i guess...
Hari ni aku tidak ke mana-mana. Kerja setengah hari. Balik dah cukup penat kemudian tidur sehingga asar. Lepas tu lepak depan tv tengok Discovery dan National Geography. Malam aku isi dengan depan pc. Main game dan lepak lagi depan tv.
Haha... macam aku pernah cakap dulu, hari jadi aku anggap seperti hari-hari biasa. Bezanya aku dapat banyak ucapan selamat hari ini. Aku suka, kerana itu adalah ucapan selamat. Terima kasih.
Dan terima kasih kepada Celcom yang memberi 7 hari panggilan dan sms percuma kepada semua no 8pax aku. Haha... Terima kasih banyak-banyak tapi aku tak punya masa dalam 7 hari ini mahu bergayut sakan... Sikit-sikit leh la... hehee...
Selamat Hari Jadi Suhaimi... Semoga kau dan orang di sekeliling kau di landa gembira dan aman sentiasa... Amin...