Followers

Gamers

Sunday, October 26, 2008

Ini memulakan dunia aku

Maaf kerana lama tidak update. Aku sibuk. Bayangkan sahaja ujian yang berderet dan projek yang bagi aku tidak munasabah dari segi kuantitinya untuk aku habiskan semuanya. Walaubagaimanapun, di sinilah aku. Masih menjadi penuntut ditempat yang.. well, you know...

Aku tidak sibuk dengan pelajaran sahaja. Baru-baru ini aku sibuk dengan sesuatu yang aku anggap suatu hari nanti ia akan jadi darah daging aku sendiri. Boleh kata ianya pelaburan. Aku baru berjinak-jinak dalam dunia Forex. Tak tahu apa itu forex, cari sahaja di wikipedia ya.

Belajar forex dan kejuruteraan memang memenatkan. Buat dua kerja dalam masa yang sama. Kedua-duanya aku berikan komitmen menyebabkan kadang aku terlupa untuk beri masa untuk aku sendiri. Lihat sahaa blog aku ini, aku pernah katakan yang blog ini melambangkan diri aku. Jika aku tidak update, maka aku benar-benar dalam keserabutan dalam hidup.

Aku sedang memikirkan pada 3 tahun nanti akan berlaku kepadaku. Bekerja, berniaga, penganggur atau lain-lain. Ia membuatkan aku betul-betul takut. Aku mula mencari altenatif lain. Dan dari situ aku jumpa sesuatu. Dunia forex.

Aku akur aku materialistik. Sekurang-kurangnya aku mengaku untuk diri aku sendiri. Dan aku percaya, dunia ini akan membuatkan aku cepat mencapai apa yang aku mahu selama ini. Walaubagaimanapun, aku juga percaya bekerja dengan bijak dan kuat akan membuahkan hasil yang amat lumayan. Dan kerana itu aku tidak segan bermula dari bawah.

Aku sedang kerugian, dan itu benar. Dan itu pengalaman, ilmu yang amat berharga dan tiada tandingannya di dalam dunia ini. Pengalaman kamu sendiri. Jangan berkata ilmu itu hebat, ilmu ini hebat. Jika ia sendiri tidak mengagumkan kamu.

Itu aku belajar dari persekitaran. Melihat manusia punya minat yang berbeza. Satu lagi yang mengagumkan aku adalah graf yang menunjukkan sifat harga sesuatu matawang di dalam forex. Jika kamu lihat menggunakan mata, kamu akan kata itu hanya graf. Jika kamu menggunakan minda, kamu akan kata ia untung dan rugi. Namun aku suntik sedikit perasaan, aku lihat ianya manusia.

Jual dan beli adalah rutin harian kita. Pergi ke kedai membeli, dan kadang kita menjual. Begitu juga dalam forex. Aku lihat sifat dan tingkahlaku manusia menerusi graf naik turun itu. Menarik. Aku lihat ketamakan, kesabaran, ketekunan, kepintaran dan segala macam kehebatan manusia yang Allah tanam dalam diri mereka.

Dan tentu sekali motifnya hanya satu. Keuntungan. Profit. Namun berapa ramai yang berjaya. Haha... bagi aku itu sebahagian daripada permainannya. Jangan takut jangan tamak. Patuh dan belajar dari kesilapan.

Ia lebih kepada berapa hebat kita dapat kawal emosi kita sendiri. Melihat keuntungun yang sedang meningkat sebelum kita menutup pos atau sebaliknya. Hanya jika kita bukan manusia, aku yakin keputusannya adalah membosankan.

Walaubagaimanapun, tak ramai yang setuju ketika aku kata aku mahu aktif dalam dunia forex ini. Terutama dari orang yang aku sayang. Bagi mereka aku tidak berupaya kerana aku masih belajar, tidak punya masa untuk benda lain. Aku percaya itu rintangan pertamanya. Hanya jika aku berjaya, mereka aku menutup mulut dan akur. Aku hanya perlu bersabar. Dan teruskan dengan apa yang aku percaya.

Terus terang aku kurang minat dengan kejuruteraan. Mungkin kerana itu keputusan aku tidak memberangsangkan. Sepanjang hidup aku di UTM, aku sering buat benda lain dari kejuruteraan. Komputer, berniaga dan kini pelaburan. Namun aku suka UTM, kerana di sini aku punya sumber yang besar untuk aku teruskan minat aku. Orang yang punya ilmu ramai di sini dan hanya jika aku bijak, aku mampu bersama mereka menyedut segala ilmu yang mereka miliki.

Ia juga sebahagian dari psikologi manusia. Jika aku mampu bersama mereka, maka aku mara menjadi sebahagian dari dunia mereka. Menggabung dunia aku dan mereka menjadikan aku amat kuat kelak. Psikologi. Ia sesuatu yang lama memberi aku rangsangan untuk teruskan kehidupan. Psikologi manusia.

Tak mustahil terjadi kepada aku kerana aku amat minat kepada perempuan sehingga mengelarkan sendiri pecinta wanita. Bagi aku, mereka adalah makhluk yang amat kompleks. Dan sehingga hari ini mereka tidak henti menolak aku jatuh kelembah tanda tanya. Aku suka, kerana ia memberikan aku hidup, untuk terus berfikir.

Sepertinya forex, ia adalah dunia yang besar. Aku harus tahu darimana datangnya sumber graf-graf ini. Politik, jual beli dan semuanya tentunya dari perbuatan manusia. Kita tidak terbatas dan itu yang aku belajar dari forex.

Aku suka kerja aku sekarang. Aku harap aku berjaya. Aku punya mulut-mulut yang aku harus tutup. Aku punya hati-hati yang aku harus jaga. Dan aku punya tanggungjawab yang perlu aku pikul. Dan selama itu menjadi darah daging aku. Aku tidak akan putus asa. Aku hanya merancang. Aku mahu lihat apa yang Allah mahu putuskan. Pasti hasilnya amatlah merangsangkan aku. Melihat sifat dan psikologi manusia, Allah tidak pernah mengecewakan aku, dengan sifatnya yang Maha Adil...

Selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...