Followers

Gamers

Thursday, October 9, 2008

Apekebende ni...

Manusia memang makhluk yang kasihan, kerana mereka selalu tidak nampak (sedar) apa yang sedang berlaku kepada diri mereka sendiri...


Kata-kata ni muncul dalam kepala aku bila aku membaca entri satu blog ni. Kata-kata dari bos aku masa aku kerja dekat 7 eleven dulu. Sedikit sebanyak menyedarkan aku perihal menjadi manusia.

Aku pernah sangka diri aku adalah luar biasa, lain dari orang lain, punya pemikiran yang amat kritikal dan jika digunapakai oleh semua orang, aku yakin dunia akan aman. Hm, mungkin aman di mata aku.

Pernah kalian fikir mengapa kita dijadikan manusia. Aku yakin ramai yang tak mampu nak jawab. Barangkali 100% tak tahu langsung mengapa kita dijadikan manusia. Aku juga tak mampu jawab. Cuma dalam mencari jawapan, aku harus singkap kembali sejarah silam mencari apa yang telah aku buat yang melayakkan diri aku dianggap seorang manusia.

Aku sudah jalan berjuta-juta batu. Melihat manusia yang penuh ragam. Namun tiada satupun manusia yang aku jumpa punya piawai atau aku boleh dikatakan biasa. Semuanya luar biasa. Semua ada pemikiran sendiri, idea sendiri, peranan sendiri dan perasaan sendiri.

Dan itu menjadikan setiap manusia itu adalah istimewa.

Berfikir. Setiap perkara yang terjadi kepada kita atau orang lain, kita harus fikirkan. Kenapa dan mengapa. Dan dari situ kalian akan sedar, oh, betapa istimewanya manusia, punya pemikiran sebegitu dalam masa-masa tertentu.

Kalian adalah good listener namun pernahkah kamu mencuba untuk mendengar nasihat sendiri. Haha, aku tak layak berkata begini kerana aku juga seperti kalian. Puncanya, kerana kita sama-sama tidak sedar akan kejadian kita sendiri. Kita takkan sedar, selagi tiada orang atau kejadian yang menyedarkan kita.

Dan sebab itu kita harus bersosial, kenal dengan ramai manusia. Agar kita tahu betapa kecilnya diri kita. Betapa biasanya hidup kita jika dibandingkan dengan hidup orang lain. Jangan berkatakan diri mereka salah, bukan kerana kita macam betul sangat, tetapi kerana dunia itu adil, tiada betul dan tiada salah. Semuanya betul dan semuanya salah. Hanya jika mahu berfikir, antara salah dan betul, antara sifat dan infiniti itu, manakah yang lebih berat salah dan betulnya.

Dan itu datang kita sebagai manusia.

Dan bila bersosial, kalian harus kasihani mereka. Jika sesuatu yang pada kalian itu salah terjadi kepada mereka, sedarkan mereka. Kita manusia makhluk yang perlu dikasihani. Kerana Allah Maha Adil, menjadikan kiri dan kanan itu seimbang. Hari ini mereka silap, esok barangkali kita pula silap.

Jangan takut untuk bersosial, kerana hanya dengan bersosial kita mampu belajar lebih untuk memahami manusia. Mengapa mereka marah, benci, suka dan sayang. Dan hasilnya kita akan kenal diri kita sendiri. Bagi aku hidup tiada yang lebih mengembirakan melainkan kita sendiri mengenali diri kita sendiri seterusnya menguasai diri kita sendiri.

Aku suka bila aku mampu senyum ketika ditimpa musibah. Dan itu datangnya ketenangan untuk kamu menyelesaikan musibah itu. Dan itu kuasa yang kalian mahukan. Kuasa keatas diri sendiri.

Kita tak mampu dapat semuanya, tapi kita mampu dapat segala-galanya. Hanya jangan berputus asa.

Heh, cuma berfikir, pos pemikiran rojak dari aku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...