Followers

Gamers

Friday, October 31, 2008

Jangan sampai menang

Aku akui bila kekalahan menjadi temanku dalam satu-satu masa. Aku rasa mahu hilang sebentar dari dunia yang aku terjun ini. Seperti sekarang, seperti masa dahulu.

Dahulu, kekalahan biasa berlaku dalam diriku. Terutama dalam percintaan. Ia bagai rutin yang berkitar dalam hidupku. Setiap perbuatan ibarat taruhan.

Kekalahan itu amat pahit. Namun jika kita mampu telan dengan senyuman, kita adalah manusia yang tidak gentar akan dunia.

Dunia berputar, dan setara dengan itu nasib kita. Aku tidak percaya semuanya ditakdirkan. Aku percaya jika usaha, kebarangkalian untuk berjaya tetap tingkat. Dan sebab itu kita jadi makhluk agung, seorang manusia.

Hari ini aku merasa kekalahan, sesuatu yang pahit. Aku usaha, namun aku kini gagal. Sakit, aku jadi tidak tenang. Cuba untuk senyum, tapi aku tak mampu.

Sekali kau memasuki satu dunia, bermakna kau mencabar ia. Dan akibatnya, kau pasti jatuh. Sama ada kau lepas dan berjaya, terpulang kepada keputusan yang aku buat selepas itu, selepas kau jatuh.

Aku tutup mata, cuba pujuk diri aku untuk bertenang. Rasionalku datang bertandang. Aku sedar aku masih dalam proses pembelajaran. Jalan aku masih panjang dan aku masih muda. Aku senyum, aku gelak.

"Kau mahu bermain, aku akan ikut bermain, sepertimana segala aturannya telah ditetapkan. Menang atau kalah, biar aku yang tentukan selepas ini..."

Sekali terjatuh, bermaksud kau mampu terjatuh lagi. Namun tak mustahil selepas setiap jatuhan kau mampu untuk bangun. Jika dan hanya jika kau membuat keputusan untuk tidak duduk sahaja di situ menahan kesakitan.

Bukan cara aku duduk dan mendongak. Aku mahu untuk bangun sekali lagi dan percayalah... Aku pastikan kaki aku akan tetap gagah berdiri.

Dua gambar itu aku tatap, Ayah dan Ibu, dan si dia. Aku senyum. Dah sampai masanya untuk bangun semula.

Semoga berjaya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...