Followers

Gamers

Friday, June 19, 2009

Pencarian kubur bermula...

Baru-baru ni aku marathon, main game Tomb Raider. Tiga game straight aku habiskan dalam masa 6 hari. Dan kau boleh kata aku gila.

Kau pernah main? 3rd person shooter and adventure. Watak yang kau kawal adalah perempuan, Lara Croft. Aku yakin bagi kau yang selalu duduk depan pc kenal siapa Lara Croft.

Aku mula dengan Tomb Raider Legend. Game ni aku dah 4 kali main so tiada masalah pun untuk habiskan dalam sehari. Semua jenis perangkap, musuh dan rahsia ada dalam kepala aku. Main sebelah mata pun aku mampu habiskan. Huhu..



Selepas tu aku sambung, Tomb Raider Anniversary. Ni game remake daripada Tomb Raider 1 dulu tapi mempunyai jalan cerita yang lebih lancar. Kalau kau berminat mahu tahu jalan ceritanya, lebih baik kau main ini dulu kemudian baru main Tomb Raider Legend sebab kronologi jalan cerita dia memang ikut macam tu. Dan ini aku habiskan dalam sehari sebab aku ada sikit ingat bagaimana nak selesaikan puzzle dia masa aku main Tomb Raider 1 dulu.



Dan akhir, yang paling baru dalam siri Tomb Raider, Tomb Raider Underworld. Penuh dengan grafik baru yang tak mampu pc adik aku bawa. Aku ambil masa 4 hari sebab dia mula ada banyak gerakan baru yang aku agak kurang familiar. Dan puzzle dia pun susah. Ambil masa untuk aku fikir untuk selesaikan.



Minat sangat ke aku dekat siri Tomb Raider ni. Heh, aku main game ni sejak Tomb Raider 1 lagi. Sejak aku sekolah rendah. Aku kenal Lara Croft sejak aku kecil lagi. Dan jenis puzzle dan tempat dia mengembara masih segar dalam fikiran aku.

Semua siri aku main. Tomb Raider 1, 2, 4 : The Last Revelation; 5 : Chronicles; 6 : Angel of Darkness; dan yang sebutkan di atas. Kecuali yang no 3, aku tak pasti kenapa aku tertinggal, huhu..


Aku yakin, sejak Tomb Raider Legend keluar, aku tahu siri ini tidak akan mati. Dia seperti cerita Batman, jalan ceritanya seakan di perbaharui semula. Lebih teratur, lebih menarik. Dan aku rasa tak mustahil jika mereka boleh pergi jauh dengan jalan cerita sekarang.



Aku sukakan jalan ceritanya, perjalanannya dan tentunya watak tu sendiri, Lara Croft. Setiap kali dia punya gadget yang baru, ia akan punya puzzle yang baru. Gerakan yang baru dan musuh yang baru dan sukar dan itu cukup untuk aku tidak berhenti untuk bermain.

Aku ucap selamat kepada mereka yang menjayakan game ini. Aku tak pernah fikir hidup aku tanpa Lara Croft dengan pergembaraan dia. Heh...

Kau dah cuba...? Kalau kau sedang mencuba, aku ucap selamat k...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...