Ada banyak benda aku mahu kata, tetapi aku tidak mampu untuk berkongsi. Cukup kalau kau tahu di dalam hati aku ada yang sedang menduduki.
Aku tidak namakannya cinta kerana rasa itu aku sedikit faham. Jika kau tanya harus bagaimana aku boleh menamakannya cinta, aku akan jawab.
Jika aku ikhlas membiarkan si dia berada di hatiku.
Sekarang, aku benar biar si dia menduduki hati aku, namun aku tidak terasa keikhlasan diri aku sendiri untuk terus membiarkannya. Hanya jika kau faham, kau boleh terus membaca.
Ironinya, rasa bersalah itu tidak mahu padam. Dan itu yang membuat rasa kasih muncul untuk si dia. Dan sebelum sempat aku sedar, sifat kasih itu melahirkan rasa baru.
Rasa yang sentiasa ada kepada setiap orang yang aku kenal. Rasa sayang.
Dan ironinya, rasa sayang itu tidak merubah apa-apa. Aku masih di sini dengan hidup aku, dan si dia masih di sana dengan hidupnya.
Jika kau tanya aku mahukan apa, aku cuma mahukan si dia gembira, bahagia. Jika bukan dari aku sekalipun, aku tetap mahukan si dia bahagia...
Jika terlalu sayang, dan berjauhan. Tentu sekali rasa rindu itu hadir. Ia adalah bukti rasa kasih yang datang itu melahirkan rasa sayang yang dalam, lebih dari orang lain.
Si dia percayakan aku, dan aku kepercayaan si dia. Sama juga untuk masing-masing. Tapi sekarang bukan masa untuk aku terus melayan perasaan itu.
Tiga tahun yang seterusnya adalah tempoh untuk menaiktaraf hidup aku sendiri. Dalam tempoh ini apapun boleh berlaku.
Aku berterima kasih. Sekurang-kurangnya rasa bersalah itu semakin mengecil. Dan ini tentunya akan melebarkan peluang untuk dapat ikhlas kepada si dia.
Buat jangan separuh, rasa jangan separuh. Kerana rasa yang sikit itu akan jadi seperti dahulu, rasa sakit dan rasa menyakiti.
Aku berterima kasih untuk kepercayaan itu, aku harap aku akan selalu mengasihinya, menyayanginya dan merinduinya... Dan apabila tempoh masa itu tamat, aku tahu... aku sudah mampu mencintainya...
Aku ucap selamat... untuk hati, untuk si dia dan untuk kau juga semua...