Followers

Gamers

Thursday, September 24, 2009

Semalam aku dan si dia keluar bersama.

Pergi beraya kalau kau tanya. Aku tak pernah kisah tempatnya asalkan si dia bersama aku, mana-manapun aku sanggup bersamanya. Sanggup... hm... ayat orang tengah bercinta. I'm admit that.

Banyak benda berlaku semalam. Ada gembira, ada sedih. Namun semalam juga adalah hari penting untuk kami berdua. Hari yang mengingatkan kami bahawa kami punya matlamat, punya rancangan untuk kami laksanakan.

Aku pandang dia, merenung jauh masa depannya. Aku jadi hampa. Bukan kerana dirinya tetapi kerana diri aku sekarang. Aku tidak mahu mengungkap 'andai' atau 'kalau'. Orang kata itu perkataan orang lemah. Aku mahu jadi kuat, mahu menjadi lelaki kuat di sisinya. Menjadi lelaki yang sentiasa ada di sisinya.

Namun, merenung jauh ke matanya, membawa aku melihat kisah silam kami. Dan dari sini aku menjadi lemah. Mulai menggunakan 'andai' dan 'kalau'. Sedikit demi sedikit kepercayaan kepada cinta aku kepadanya lupus.

Mengubah rasa erti cinta yang sebenar.

Orang kata, cinta adalah tanggungjawab, bukan hanya perasaan. Dan tanggungjawab juga berasaskan pengorbanan. Membuat aku terfikir, apa sanggup aku korbankan demi untuk si dia.

Semakin tua, semakin rumit aku memikirkan tentang sesuatu. Aku faham, kau baca pun kau rasa rumit, dan pening. Aku tak mahu berkata "lantak la..." pada masa depan aku.

Aku sudah tak punya cukup masa. Dia juga tak punya cukup masa. Kami kesuntukkan masa. Dan aku sedar, penyelesaiannya adalah atas aku.

Terima kasih kerana membaca. Aku tahu ini rumit. Aku tahu ini terlalu banyak dan rumit. Aku tak harap kau membaca habis. Dan ini sebab aku masih tertangguh untuk menulis lagi. Maaf, aku terlalu sayangkan si dia. Dan sebab itu dalam fikiran aku terlalu untuk si dia.

Dan dalam keadaan begini jika aku terus menulis lagi, barangkali benar... Inilah penulisan terakhir yang kau mahu baca dari aku.

Aku akan terus menulis... Dan menulis... sehingga aku sudah tak mampu untuk menulis..

Terima kasih... aku ucap selamat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...