Followers

Gamers

Monday, January 19, 2009

Tajuk PSM saya adalah...

Design and development of metal stamping experimental die (Sheet Metal)

Apa benda ni kau tanya?

Aku pun masih belum pasti tapi aku yakin ia bakal memakan masa aku dengan sangat baik.

Kalau ditelaah satu persatu dengan sekali pandang....

Design and development
Dah tentunya aku kena merekabentuk dan merekabentuk semula sesuatu. Orang kata untuk mendapatkan sesuatu yang optimum, betul?

Metal stamping
Ini adalah salah satu kaedah pembentukan logam. Ya betul, logam boleh dibentuk. Macam kau main tanah liat dulu. Tekan-tekan, picit-picit sampai kau dapat bentuk yang kau nak. Tapi kalau besi takkan kau nak tekan pakai tangan lak kan.

Dan siapa kata logam hanya dibentuk ketika ianya panas. Logam boleh juga dibentuk ketika sejuk. Macam klip kertas. Boleh je kau sesuka hati tukar rupa dia kan.

Contoh produk kau tanya. Hm... macam badan kereta. Sekeping logam yang ditekan-tekan, dipicit-picit sampai ia menjadi bentuk kereta. Dan tentunya bukan tekan-tekan terus dapat bentuk kereta. Buat sikit-sikit. Lepas tu pasang. Pernah main kereta Tamiya kan. Beli-beli je kena pasang sendiri. Ingat boleh main terus. Hampeh...



Experimetal Die
Oh, die ni bukan 'mati' k. Aku anggap kau faham maksud experimental. Ya, masa sekolah dulu tak ponteng gi makmal kan? Bagus. 'Die' kat sini peralatan membentuk logam. Err... contoh macam karipap. Tau kan ada plastik acuan karipap tu. Ha... betul, boleh dipanggil acuan. Tapi ini untuk logam.

Membuat ujikaji ke atas acuan. Ke? entah? Haha...



Sheet Metal
Adalah kepingan logam. Ya, macam kertas A4 yang ada kat kedai dan dalam bilik kau tu. Sekeping demi sekeping. Faham tak ni? bagus.

Ok, boleh komen kalau aku ada bagi informasi yang salah sebab masa aku menaip ni aku tak baca apa pun. Hanya bergantung kepada pengetahuan yang aku dapat sepanjang tahun ke 4 di UTM.

Baru jumpa Encik Faridh, penyelia PSM aku. Dia hanya suruh aku faham betul-betul tajuk ni sebelum aku keluar dengan satu idea yang agak bernas untuk menyiapkan projek ni. Setengah semester untuk faham, setengah lagi untuk keluar idea bernas. Dan satu semester untuk uji dan dapatkan keputusan.

Susah? Senang? Bagi aku ianya seronok. Sebab ini projek aku. Aku sendiri uruskan. Aku sendiri fikir. Dan hasil kerja aku, aku sendiri akan publish. Sibuk? haha, semestinya. Tapi tu lebih baik dari aku tak buat apa-apa.

PSM adalah 'ace' aku yang terakhir untuk dapatkan kerja kelak. Dengan pointer yang tak seberapa, dan persaingan yang sengit. Aku rasa aku tiada jalan lain selain membuat PSM aku betul.

Kau tanya lagi PSM tu ape. Projek Sarjana Muda. Ya, aku tak tipu... Aku ucap selamat untuk kalian dan aku... selamat ya...

Friday, January 16, 2009

Ya kawan-kawan

Ada orang kata, aku sombong. Mungkin kerana aku kurang senyum. Atau mungkin kerana aku lemah dalam 'keep in touch'. Namun ketahuilah, aku amat suka berkawan.

Sepanjang kehidupan aku, aku jarang meletakkan hati apabila berkawan, barangkali. Sebab aku jarang merasa sesuatu yang aku boleh gelar 'puas hati' dalam berkawan.

Tapi aku tak nafi, aku gembira bila aku hang out dengan kawan-kawan. Barangkali, itu tandanya aku telah meletakkan hati terhadap setiap kawan-kawan aku.

Beberapa hari lepas, aku bermain futsal. Dan aku rasa perasaan yang puas. Bukan kerana permainan itu, tetapi kerana masa yang aku luangkan bersama kawan. Seperti suatu perasaan yang pertama kali aku rasa, perasaan puas.

Lepas main futsal, keluar makan. Borak dan ketawa. Setiap saat itu aku nikmati. Perasaan itu sekarang jelas. Ia seperti ketika aku masih kecil dan berkawan. Bermain dan bergembira. Tiada perasaan benci dan tidak suka antara kami.

Semester ini aku rasakan panjang, dan aku rasakan yang aku masih boleh bermain. Dengan mereka, kawan-kawan aku. Terima kasih untuk perasaan ini. Kini barulah aku sedar, mereka adalah hebat. Kerana menjadi kawan-kawan aku.

Perjalanan aku masih panjang, dan aku tak rasa sunyi lagi. Jadi kalian, sunyi? Dah tiba masanya keluar dari situ, mencari mereka, membuang masa. Hilangkan rasa sunyi itu, nikmati setiap rasa senang yang ada bersama mereka.

Dan dari situ kamu akan tahu. Betapa ruginya kamu bila kamu katakan dahulu, yang kamu sedang dalam kesunyian...

Saturday, January 3, 2009

Neraka yang dalam...

"Jangan...! aku tak nak turun ke sana..."

"Haha... Ini tempat kau sekarang, ayuh!"

"Celaka kau, jauhi aku.."

...

"Ergh..."

"Kenapa mesti tidak? Kau adalah ahli baru di sini..."

" Tidak, tempatku bukan di sini. Aku harus kembali...'

"Sial kau, selama ini kataku kau turutkan, mengapa tidak kini.."

...

"Mengapa mesti kembali, kau tiada siapa di sana.."

"Meskipun aku tiada siapa di sana, namun aku tetap tidak mahu turun.."

"Kau akan sunyi nanti.."

"Biarkan aku. Aku rela dari menjadi keluarga kau..."

...

"Lepaskan aku..."

"Kau telah jauh, lepaskan sahaja dunia kau di sana."

"Aku tetap masih punya kudrat untuk memanjat semula"

"Ketahuilah, kau membuang masa..."

...

Err... aku salah blog ni... Hehe...
Lagu Dewa19 berkumandang kat winamp aku. Emotional Love song... Tahu? Memang aku agak emosi hari ni. Mungkin itu sebab lagu ni rasanya cocok dengan aku.

Sunyi? Aku juga. Tapi aku tak tahu kenapa? Aku mampu gelak bila tengok beberapa lawak bodoh dekat youtube walhal dahulu aku menyumpah seranah kalau aku terlihat lawak bodoh. Bodoh betul aku rasanya kerana mampu gelak lawak sebegitu.

Lagu mula bertukar kepada lagu Search. Nyata dan Maya. Tak pernah dengar? Gi kat youtube. Alang-alang nasib kau baik kau akan jumpa di sana. Memang mantap suara Amy Search. Layan. Aku tak rasa apa-apa tentang lagu ni. Mungkin tak pernah terjadi kat aku.

Bosan dah. Internet dah mula renyai semula. Aku hilang mood. Nak tidur tapi aku takut malam karang tak dapat tidur. Bahaya sebenarnya kalau tak tidur malam. Baru-baru ni aku selalu pening kepala. Cuti lepas, aku selalu berjaga malam. Jadi sekarang otak aku mengalami perubahan persekitaran yang dramatik. Semalam je dah dekat 6 biji panadol aku telan. Gila gamaknya.

Lapar pula. Yes. Aku nak pergi makan. Nak penuhi ruang masa yang amat lapang sekarang. Kau pula bagaimana? Bosan? Senang sahaja. Kalau kau sangap, kau tidur sahaja. Rasa takde mood, cuba dengar lagu yang boleh bagi mood. Lapar? gi la makan. Takde duit? Gi la kerja. Pinjam member ke.

Kalau kau lelaki, aku fikir tak susah nak buang rasa bosan dan hilang mood. Melainkan kau perempuan. Nak pulak yang sedang melayan perasaan. Aku bersimpati kepada kau. Aku ucap selamat ya.

Aku mahu pergi makan. Kau nak tempah apa-apa? Ayam goreng dengan kuah kari sedang menunggu aku. Pergi dulu...

Thursday, January 1, 2009

Dalam bahasa Thailand, jika mahu mengucapkan "aku cinta kau" kepada si lelaki harus kata...
Chan rak khun
***
Cerita lain.
Patutnya entri ni berlaku semalam tapi sebab internet yang macam hujan renyai, dan nak sedap cerita, entri yang tidak di savekan. Maka aku dengan suam-suam ingat cuba nak tulis entri untuk hari ni.

Selamat tahun baru. Maaf, tiada gambar. Apa azam tahun baru? Oh, aku biasa saja. Masih mahu menakhluk ketakutan sendiri seperti biasa. Bukankah sempurna itu sesuatu yang indah.

PSM bermula. PSM? Projek Sarjana Muda la. Tapi aku tak dapat tajuk lagi. Nanti dah dapat aku bagitau. Aku ingat nak tulis semua progress dia kat blog ni. Amacam? hebat tak idea aku. Huhu...

Semester ni aku masih dalam mood bermain. Maka aku akan sentiasa bermain. Bukan main-main la, tapi bermain. Faham ke ni? Bagus. Err... Ptptn dah keluar belum?

Semester ni jugak aku nak menaikkan semua otot-otot kekar aku ni dengan bersukan. Jogging sudah. 20 minit satu sesi, 3 kali seminggu. Aku nak stamina. Jadi aku perlukan jantung yang kuat. Betul kan? Barulah cergas dan cerdas. Bukan sin chan la. Orang keluar ikut pintu ko karang keluar ikut tingkap.

Santa tak datang rumah aku krismas lepas. Tapi aku tak harap pun. Sebab aku tahu dia takde budget tahun ni. Ekonomi dah teruk. Baik dia simpan duit dia buat belanja seharian. Lemak la tiap-tiap tahun nak bagi hadiah. Ramai tu wei dia kena bagi. Sengal...

Err.. ada sesiapa yang tahu macam mana nak lukis lukisan jenis 'chibi'. Ya kecil. Kepala dengan badan sama saiz. Faham tak? Puas aku cari tutorial kat mana-mana tapi tak jumpa yang aku senang faham. Aku fikir macam nak melukis balik la tapi tangan dah gelong. Lama dah tinggalkan. Huhu..

Aku doakan kalian semua gembira dan aman dan damai. Tahun ni aku tau ramai yang susah. Rileks k. Hidup perlu damai. Ingat Tuhan. Hidup kau akan selamat. Aku perlu rehat sebentar. Sehingga bertemu sekali lagi.

Selamat ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...