Followers

Gamers

Monday, February 16, 2009

Wishlist untuk masa depan...

Salam ya, sihat semua. Bagus, bagi tak sihat, macam-macam aspirin kau boleh dapat dekat kedai, sila telan sebiji dua. Jangan lebih ok. Dapatkan nasihat doktor jika macam-nak-melarat, ok?

Lama tak update, malas. PSM tiada progress. Malas, ya aku tahu kau akan kata malas tiada ubat. Memang tiada tapi tidak malam ini. I'm decided to finish my PSM tonight. Err... semi-finish... ok? temankan aku malam ini boleh...? YM aku ok...

Aku nak buat wishlist. Ada 5 dan ini wishlist untuk aku yang sedang berumur 27 nanti. Aku nak...

  • Sebuah rumah
  • Sebijik kereta
  • Seorang bini
  • Beberapa anak kecil
  • Ekonomi aku yang stabil
Err... aku tahu apa kau fikir, aku gatal kan?

Eh, bukan ke? habis? kenapa seorang...

Kau tanya kenapa seorang bini. Kenapa tidak lebih dari seorang? Oh, poligami kau kata...

Sebelum aku jawab, aku nak kau tahu aku lelaki biasa dan sihat. Punya selera makan yang normal tinggi dan tidur yang normal rendah. Aku belum lagi punya penyakit kronik dan bakal kronik.

Aku tanya kau, lelaki khususnya. Kenapa kau rasa pelik aku rasa cukup dengan seorang? Sebab berdua lebih baik. Bagus, teruskan dengan MTV kau. Aku rasa, kalau aku bertiga, atau berempat atau berlima (campur aku sekali), aku akan hilang sepenuhnya kehidupan aku a.k.a diri aku sendiri.

Life as husband n father, aku lihat ayah aku dari mata aku, ya, dia hilang apa yang aku boleh kata glory zaman mudanya. Aku tak tahu dan takut nak agak apa dia, namun aku tahu, dengan berkahwin dengan mak aku dan mempunyai aku dan adik aku, dia telah kehilangan sesuatu. Sesuatu yang bagi aku sekarang, adalah kebanggaan dan keamanan yang aku kecapi sekarang. Bahasa kasarkan, kebebasan.

Ayat faveret aku bila berkapel dulu, "Hari ini hari untuk saya, leave me alone.." atau "saya mahu punya masa saya sendiri...". Tidak mahu diganggu kerana ketika masa itu aku mahu tenggelam dalam dunia aku sendiri. Dunia yang bebas dari segala-galanya.

Tapi aku tahu suatu hari nanti aku akan hilang semua masa-masa bahagia begini. Kerana aku kena tambah seorang dalam hidup aku. Tambah tanggungjawab. Kena kenyangkan dia dahulu sebelum aku kenyang. Kena lebihkan dia dari diri aku sendiri. Dan ini aku nampak apa yang berlaku kepada ayah aku.

Aku pernah kata kepada seseorang, perkahwinan itu menakutkan. Dan kau tahu apa dia kata, ya kau silap. Dia kata aku belum temui cinta sejati. Err... ada ke cinta sejati.

Pernah berlaku cinta sejati kepada kau, tulis komen kat aku, aku nak tau atau nak dapatkan gambaran bagaimana rasanya. Sebab bagi aku, ianya hanya khayalan belaka. No offend, kalau kau percaya then teruskan. Just please, jangan paksa aku untuk percaya. Kalau kau kata aku menolak kebenaran, anggap sahaja aku berpegang kepada realiti dunia.

Berbalik kepada kenapa seorang bini. Err... isteri. Kerana aku rasa penat melayan karenah perempuan. Ya aku tahu kau mahu kata, "Biasalah, perempuan.." Ya, betul dan itu penawar duka sunyi kau.

Tapi cuba kau gandakan karenah mereka, betul. X + Y bukan sama dengan X x Y. Aku kata gandakan bukan tambah. Algebra dapat berapa? Ya, kau akan dapat sesuatu yang hampir sama. Jika seorang minat window-shopping, dan seorang lagi minat actual-shopping. Ya, betul. Dua-dua akan jadi shopaholic... betul... XY adalah jawapannya. Pandai...

The more the merrier... Betul, tu sebab poligami wujud dalam Islam. Kerana terdapat beberapa sebab kau perlukan poligami. Terutama kalau kau dapat yang tidak subur. Ya, kau cinta dia, aku faham. Makin ramai anak2, makin meriah. Betul, aku sikit memahami itu.

Aku tidak menolak poligami. Jika berlaku kepada aku yang memaksa aku untuk ke arah itu, aku tentunya akan bertiga. Aku harap, aku takkan sampai ke situ. Tolong jangan jadikannya satu pilihan, ok...?

Err.. panjang la pulak. Cukup rasanya. Tak siap karang psm aku. Kau luar sana. Jaga diri baik-baik. Jangan risau aku, aku ada wishlist, jadi aku akan jaga diri aku dengan kadar terbaik. Kau tahu, aku hanya mahu hidup simple dan punya teman yang simple. Kau simple, be my guest...

Aku ucap selamat ya. Kita racing nak, tengok siapa kahwin dulu... haha... penamatnya kat hujung sana, dimana kau mahukan sesuatu yang baru dan bersedia melepaskan yang lama. kau mahu ikut tak? 1 2 dan...

Saturday, January 31, 2009

Cubaan untuk menaksubkan diri...

Kawan A : Macam mana kau tahu main game ni?
Aku : Aku dah main 5 kali dah
Kawan A : Hah?

Pernah berlaku dekat kau? Aku? banyak kali.

Ia merupakan satu keistimewaan aku. Aku punya perangai cepat bosan akan sesuatu benda. Tetapi, jika aku menjadi taksub, tiada apa yang dapat menghalang aku dari melakukannya. Pendek kata, selagi aku taksub, aku akan teruskan.

Contoh yang terkini, permainan dari ps2, God of War 2. Punyalah taksub sampai keempat-empat mod aku habiskan. Cuma tinggal bahagian challenge je yang masih tak mampu. Haha...

Contoh yang terlepas, filem. Hm... Saw. Tahu kan? Cerita tentang pembunuh bersiri yang tidak membunuh. Huhu...

Orang seperti aku mudah ditarik minat. Ceritakan sahaja kepadaku tentang asasnya. Dan jika kau berjaya menaksubkan aku, kau takkan sangka maklumat yang aku dapati jauh lebih hebat dari wikipedia. Haha...

Aku sedar, aku mudah taksub akan sesuatu jika asasnya kukuh. Seperti God of War dengan cerita mitos Greeknya. Seperti Saw dengan asas psikologi manusianya. Cerita yang kau boleh kata logik jalan ceritanya. Ya, setiap cerita mesti ada asas, baru seronok nak wiki.

Aku tak lihat sesuatu tanpa berfikir. Mungkin sebab itu kepala aku kian gugur rambutnya. Kerap berfikir, walaupun sedikit. Walaupun tidak logik. Siapa sangka dalam mitos Greek, selain God, rupanya ada Titan yang menguasai sebelumnya. Ya, mitos tetap mitos, baca boleh percaya jangan.

Ada benda yang tiada asas yang aku taksub kau tanya? Hm... cinta barangkali. Aku pernah bercinta, dan perasaan itu datang tanpa perlu asasnya. Aku fikir. Entahlah, jika kau tidak setuju, abaikan apa yang aku katakan di sini...

Aku bersyukur dikurniakan perangai begini. Setidak-tidaknya aku tahu caranya untuk menyiapkan semua kerja-kerja aku. Cuba part yang bosan tu la...

Kau, apa yang menaksubkan kau baru-baru ini?

Aku : yang 2 terakhir tu aku pakai code AR Max.
Kawan A : Hah, apa tu?
Aku : Cheat code.
Kawan A : Aku tak tahu pun.
Aku : Heh, banyakkan Wiki dan Discovery kawan.

Friday, January 30, 2009

Untuk orang muda, dari orang budget sudah tua. Heh...

Aku terfikir satu benda bila membaca entri ini.

Apakah perlu menghormati orang tua yang tak menghormati kita? Kau rasa?

Aku tak nafi, sudah 22 tahun aku hidup, aku jumpa berbagai jenis manusia yang lebih sial dari aku. Sebab mereka tua, mereka rasa mereka punya kuasa untuk ditakuti, barangkali... dengan bahasa lembutnya adalah hormat.

Aku sering terfikir, kenapa perlu hormat mereka walhal mereka juga manusia, mampu membuat silap. Lebih baik rasanya melayan mereka seperti kawan-kawan biasa. Hormat seperti biasa. Mesra seperti biasa.

Mampu membuat silap itulah yang memyebabkan aku dahulu berani melawan balik mereka. Tapi itu silap aku, kerana mereka memang benar adalah insan yang patut aku hormati.

Ibubapa aku juga manusia biasa, mampu membuat silap. Dan selalu juga dahulu aku kurang ajar terhadap mereka. Namun Allah membuktikan yang memang tidak silap untuk mereka dihormati walaupun mereka membuat silap. Mengapa kau tanya?

Semakin kau dewasa, kau akan belajar banyak ilmu. Dan ilmu-ilmu ini yang akan memadamkan kemarahan kau untuk menghormati mereka. Ego. Itu ada pada mereka, yang patut kau tahu, yang patut kau patuh dengan bijak. Dan percaya, mereka lebih pandai dari kita. Lagipun, kita bukannya pandai sangat kan?

Teringat satu kisah dari cucu Rasulullah SAW, Hasan dan Husain berkenaan menghormati orang tua. Tahu? Masih ingat?

---

Suatu kali, Hasan dan Husain, dua orang putra Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, melihat seorang tua yang tidak baik dalam berwudhu. Keduanya ingin menasihati orang tua itu. Akan tetapi keduanya masih kecil, sedangkan yang akan dinasihati adalah orang tua. Akhirnya keduanya bersepakat untuk mendekati orang tua itu, lalu berkata, “Paman, saya dan adik saya berbeda pendapat tentang cara berwudhu yang baik dan benar, dan kami tidak menemukan kata sepakat, oleh karena itu, kami meminta paman untuk melihat cara kami berwudhu, lalu paman memberikan penilaian.”

Lalu keduanya berwudhu dengan pengawasan orang tua tadi. Selesai keduanya berwudhu, orang tua itu mengatakan, “Wudhu kalian berdua itulah yang benar dan baik, dan wudhu saya-lah yang salah dan tidak baik, dan terima kasih atas nasihatnya yang baik”.

---

Moralnya kau tanya? Ya, mereka punya ego. Namun mereka punya hati. Jika kau menunjukkan cara baik, maka baiklah jadinya. Orang tua, jika mereka membuat silap sekalipun, kau boleh tunjuk dengan cara yang tersirat.

Jika kau rasa mereka membuat silap, ulangi perbuatan mereka dengan melakukan dengan betul di depan mereka. Yakin, mereka akan berfikir sendiri dan tahu akan kesilapan mereka. Ego akan menyedarkan mereka. Yakin tentang itu.

Namun ini hanya satu contoh. Aku tahu banyak kes dekat luar sana yang sukar nak mempraktikkan cara ini. Sabar ya. Sebab kelak kau tua, kau akan sedar yang menghormati orang tua itu adalah mesti.

Menghormati mereka, menegur mereka dengan rasa hormat... Bererti kau menyayangi mereka. Dari membiarkan mereka terus membuat silap, aku fikir, sedikit kurang ajar juga boleh. Niat itu penting ya. Sabar mesti ada. Kau sayang diorang tak?

Sumber:-
http://www.dakwatuna.com/2008/bagaimana-bersikap-terhadap-senior-bermasalah/

Thursday, January 22, 2009

Tiga malam tanpa tidur...

Sudah tiga malam aku tidak mampu tidur lena. Bait sms itu masih melekat di kepala.

Sudah 3 tahun berlalu pergi tanpa awak dan 4 tahun akan datang pun terpaksa ditempuhi...

Jika kau tanya yang mana satu. Dia adalah perempuan yang menjadi cerita bersama aku. Yang menunjukkan aku betapa beruntungnya kepada mereka yang setia.

Mengapa, aku tidak tahu mengapa hanya bait itu membuatkan aku mahu mengambil hati. Sering menggunakan hati untuk menilai sesuatu ada bahayanya. Terutama yang datang dari masa lepas. Dan itu telah membuatkan aku keras usaha memahami perasaan yang tiada tentunya.

Dalam hati aku ada sedikit kasih. Kerana aku merasa kehibaan apabila bait itu aku ingat. Hiba terhadap kehidupan sendiri. Hiba menjadi seorang diri. Hiba kerana sunyi.

Aku mengaku, yang kejam adalah aku. Meninggal hati kerna kepentingan diri. Kerana hati melebihi fikiran. Dan kerana itu aku sepatutnya harus mati. Mati untuk hatiku.

Senang hidupku sebelum bait ini datang. Aku hidup, penuhi masa yang terluang sesuka hatiku. Fokus kepada kepentingan hanya untukku. Dan tidak sedar, ada hati yang sedang hiba... kerana perbuatan lepasku.

Dan mungkin kerana itu, kehibaan itu cepat meresap dalam hatiku. Aku mudah faham. Aku senang mentafsirkannya. Dan itu membuatkan aku diingatkan dengan janji yang sentiasa segar di fikiran.

27 tahun adalah tahun akhirku. Tahun di mana aku pasti akan menamatkan segala kesengsaraan yang bakal aku alami dan bakal aku berikan. Tarikhnya semakin hampir dan aku dapat merasakanberatnya beban masa depan itu.

4 tahun yang datang pun terpaksa ditempuhi. Aku juga begitu. Hidup adalah perlumbaan. Antara aku dan kau, siapa bakal sampai di situ. Dan jika tiada siapa. Maka aku dan kau harus tempuhi bersama.

Aku rasa kehibaan itu dan tolong. Kerana aku tak daya melakukan apa-apa tentang itu sekarang. Namun janji itu aku ingat. Sentiasa ingat. Kerana aku sedang usaha menuju ke arah itu. Bila sebelum masanya, aku harap kamu mampu hidup.

4 tahun yang datang pun terpaksa ditempuhi. Dan 4 tahun yang datang itu juga milik mereka. Hidup adalah perlumbaan. Jika akhirnya kita tidak ketemuan, kamu tahu aku akan datang mencarimu.

Dan sebelum datang hari itu, tolong... Aku perlu tidur lena sekarang... boleh...?

Tuesday, January 20, 2009

Senarai main malam ini...

Aku tahu ini lagu lama. Tapi tak salahkan. Aku tak mencari yang rumit, juga tidak mencari yang mudah. Yang sedang-sedang sahaja sudah boleh....

Nostagic la pulak. Teringat masa lalu... heh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...