Followers

Gamers

Tuesday, March 10, 2009

Kenapa saya suka makan kuaci...

Hari ini ada orang berkata kepada aku. Kenapa entri aku selalu terkeluar tajuk. Tak ada center line. Pendek kata, tulis main hentam, tiada asas, takde matlamat dan... Kau, sini kau... Kurang ajar... (censored...)

Baiklah, aku mulakan dengan asas balik ok. Demi pembaca blog aku. Kali ini aku cerita berlandaskan tajuk, ada matlamat dan tiada ruang censored lagi ok. Betul la, bapak aku selalu cakap, bila sesuatu dah rumit, kita mula semula dengan asas. Kita buat ujian.

Tajuk entri saya hari ini adalah

Kenapa saya suka makan kuaci.

Kenapa saya suka makan kuaci. Sebab kuaci tu best... ok dah... takde masa nak layan kau... selamat ya...

Monday, March 9, 2009

Aku jahat, baru aku ada power...

Salam dan selamat kepada kau semua. Ya betul aku agak lama tidak update. Pandai pun, aku tak sibuk, aku malas.

Semester ini adalah semester yang paling malas yang pernah berlaku dekat aku. Akan tetapi, bukan semester yang teruk. Itu semester lepas. Kau tak faham? sebab kau tak tahu aku adalah mahasiswa (poyo!) di sebuah IPTA terkenal. Muahaha...

Jadi, aku buat to-do-list. Menyenaraikan beberapa perkara aku patut buat sebelum semester ini selesai. Ada sebulan dan ada 6 perkara semuanya. Dan kesemuanya adalah projek. Err.. study tu pandai-pandai la kan... hehe...

Betul, banyak tapi aku bukan buat muka mat kool, tapi aku kool. Sebab aku tahu, selain projek sarjana muda, 5 projek lain akan selesai dalam satu hari satu malam setiap satu. Hebat? tak, itu tak hebat. Kerja last-minute dan kerja menangguh, mana ada hebat.

Lagipun ini projek berkumpulan, dan maklumat juga dah ada dalam cakera keras dan dalam internet, kau nak takut apa. Ini malam kalau kau mahu kau boleh selesaikan. Kalau kau nak la kan.

Aku terfikir, kenapa mesti last-minute. Kenapa mesti saat akhir baru nak siapkan semua. Sebab nak rasa thrill buat kerja, nak rasa teruja. Itu alasan bodoh. Satu je alasan dia, malas.

Ya betul, aku pemalas. Aku bagi kau itu. Sesuatu benda yang aku tak minat, aku rela memalaskan diri dari melakukannya. Itu logik bukan, walaupun itu sebenarnya tanggungjawab kau.

Tapi, kalau aku mampu siapkan dalam satu hari, kenapa tak siapkan awal. Tiba-tiba rajin la pulak nak siapkan bila dah dekat dateline. Ha, itu tak pelik. Itu namanya desakan.

Manusia unik, bila terdesak, kau takkan pernah sangka kemampuan sebenar yang ada pada kau mula menyerlah. Kau boleh berjaga walhal kau seorang kaki tidur. Kau boleh berlapar walhal kau seorang pelahap.

Rasa terdesak itu satu kuasa. Satu pemangkin untuk kau tidak putus asa, terus berusaha mencapai apa kau hajati atau memenuhi keperluan kau. No wonder, sebuah keluarga miskin yang mempunyai anak ramai yang kecil mampu hidup dalam dunia serba duit ni. Tanggungjawab juga mampu menghasilkan kuasa desakan.

Namun dalam banyak jenis kuasa, aku paling kagum jika ianya datang dari dendam. No offence, kau boleh kritik aku. Aku pernah merasainya, dan aku pernah terjerumus di dalam kekuatan kuasa itu. Ia mampu jadikan kau super-manusia.

Tidah takut, tidak gentar. Kau akan lakukan semuanya, segalanya dan tiada satupun yang akan menganggu fokus kau. Kau takkan kalah dan kau tak mahu kalah. Dan kau tetap hidup walaupun kau telah kehilangan nyawa (dah macam cerita hantu pulak).

Aku rindukan kuasa itu. Kau, taknak tolong aku. Cari pasal dengan aku. Boleh aku berdendam. Ya betul, dendam itu memakan diri, sebab akhirnya kau akan penat. Tapi bagi aku, selagi matlamatnya tercapai, apa cara pun mungkin kan.

Tak larat nak merepek dah. Nak cuba sambung kerja. Barangkali betul kata dia, hati aku tidak sebersih dahulu. Sebab itu kuasa-kuasa kejahatan mula membelenggu aku.

Haha... jangan dekat aku... aku gigit nanti...

Sunday, March 1, 2009

Salam untuk benda aneh

Wei, kau tak salah blog. Aku baru tukar template.

Maka tugas kau sekarang adalah mengundi, laju ke tak bila nak masuk blog aku. Boleh? bagus. Ya betul, kanan kau. Pilih yang mana ko rasa serasi dengan fikiran kau dan tekan vote. Boleh komen kat sini kalau ada cadangan... Ya cadangan sahaja.

Kau tanya kenapa aku tukar? Hm, aku rasa tak best dah blog aku ni, jadi aku tukar. Tapi bila dah tukar, aku rasa sama je macam yang lama. Hampeh.

Lagipun, lagi laju nak loading kalau blog aku ni kurang benda.


Kau kenal Syarifah Hadli. Ya, penulis benda aneh. Aku suka blog dia. Tapi sekarang blog dia dah kena kunci. Bermakna kalau aku nak baca, aku kena ada kad jemputan.

Best ke blog dia kau tanya. Hm... Ada satu penulisan dia yang aku suka baca berkali-kali. Tentang hidup masa depan dia, hidup di atas rumah apek jual kopi ke apa. Hidup biasa, sederhana. Duit cukup hanya untuk keperluan hidup. Jauh mengejar dunia.

Kau betul, itu hidup yang mustahil. Kerana kita banyak kemahuan. Bila baca entri itu, hm... aku terfikir akan tujuan hidup aku.

Aku tak minta hidup lama. Cukup sekadar hidupku sentiasa senang dan gembira. Dan jika ianya pendek, aku harap hidup aku selepas itu lebih gembira. Ya, kau ingat pun lagu sepohon kayu daunnya rimbun.

Barangkali itu hidup yang aku mahukan. Jauh dari dunia. Hidup sepertimana yang aku nak.

Walaubagaimanapun, jika kau kenal dia, atau jika tuan punya blog benda aneh terbaca ini, aku perlukan jemputan kau. Kau boleh tolong aku kan.

Lagipun kau pernah kata aku peminat tegar kau. Haha... Ok ok la, aku mengaku aku peminat tegar... blog dan penulisan kau. Ok? Just give me the invitation... Ish...

Monday, February 23, 2009

Rock n Rolla la la...

People ask a question.

What's a RocknRolla?

And I tell them it's not about drums,
drugs and hospital drips.

Oh, no.

There's more there than that, my friend.

We all like a bit of the good life.

Some, the money.

Some, the drugs.

Others the sex game,
the glamour or the fame.

But a RocknRolla, oh, he's different.

Why?

Because a real RocknRolla
wants the f**king lot.

Dari filem Rock n Rolla. Sila wiki ok?

Aku suka cerita ni. Dah ulang tayang 3 kali kat bilik ni. Jalan cerita menarik, penyampaian bahasa yang menarik. Ya, tiada formaliti itu baik untuk pemahaman orang seperti aku. Jalan cerita so-so cepat. So, baik untuk aku yang agak rushing.

Aku juga suka lagu dari filem ni. Dan sekarang sedang melayannya. Antara lagu yang aku suka,
  • EX SEKTOR GAZA - Dopilsya
  • The Clash - Bankrobber
Oh, cerita pasal apa kau tanya. Ia adalah retetan cerita gangster, atau mobster dari London. Ya, kau boleh berimaginasi. Putar belit, duit, psitol dan perempuan. Oh, perempuan amat kurang dititik berat dalam cerita ini. Maaf kalau mengecewakan kau.

Buat aku terfikir, jika aku ketua mobster, apa aku nak buat...

Duit, ya semua orang mahu. Kuasa, ya semua orang mahu. Perempuan, tak semua orang mahu. Haha... Lelaki kan. Apa je masalah kami jika tidak wang dan perempuan.

Tiada beza pun jika suatu hari nanti aku menjadi ketua mobster. Sama je macam mobster yang ada kat dunia ni. Beza mungkin jenis dan standard. Dari gangster kampung sampai la mafia, yakuza, ah kau namakan. Sama sahaja.

Aku tak fikir aku akan jadi ketua gangster yang baik, berbudi, sopan santun, aman damai dan sewaktu dengannya. Kenapa kau tanya? Lihat sahaja game yang aku main seharian. Perang, perang dan perang. Bunuh, bunuh dan bunuh. tak mustahil suatu hari nanti jika aku mampu pegang kuasa, aku menjadikan fantasi kepada realiti.

Dan sebab itu mak aku selalu cakap. "sudah-sudahlah tu main game, bawa-bawa la solat...". Oh berbisa. Haha...

Mungkin aku banyak sangat tengok tv. Hanya fikir jika menjadi gangster, mesti menjadi jahat. Apa kata aku serahkan kepada kau untuk fikir bagaimana kuasa yang ada pada mereka-mereka ini boleh digunakan dengan cara baik.

Well, aku merepek hari ini. Selamat ya...

You wanna watch out...

...because I'm gonna be
just like you, uncle.

Now I'm gonna be a real RocknRolla.

Friday, February 20, 2009

Malam, dengan keadaan bilik yang bersepah. Aku mula berserabut. Tak tahu hendak buat apa, mahu mulakan apa dan fikirkan apa. Dan untuk lelaki seperti aku, seperti yang kau boleh agak, tak lain tak bukan...

Aku akan mula mengenang. Zaman dan saat ketika aku bersama mereka. Satu persatu, seorang demi seorang. Di saat ketika aku percaya, aku mampu untuk bercinta.

Oh, itu cerita lama. Kau tanya aku rindukan mereka semua. Ya aku rindu. Betul aku rindu. Mahu jumpa mereka, mahu berborak dengan mereka. Tanya khabar, tanya soalan bodoh seperti "tengah buat pe?" walhal aku tahu dia tengah bercakap dengan aku dan sebagainya.

Tapi itu cerita lama, orang kata buat apa dikenang. Aku, hm... aku tak tahu mahu setuju atau tidak kerana sepanjang hidup aku, itulah perkara-buang-masa yang aku selalu buat.

Sepanjang aku merenung ke masa lalu, fikiran aku mengulangi ayat ini.

"Aku minta maaf, I'm so sorry..."

Kau, bila kali terakhir kau ucap perkataan ini. Secara jujurnya, aku katakan setiap hari. Tiada satu hari pun aku tidak katakan yang aku minta maaf.

Kau tanya kepada siapa. Mostly to myself... kerana tak mampu untuk menjadi somebody yang betul-betul aku mahu jadi. Dan sebab kenapa aku tidak menjadi somebody, kerana masa lalu tak tak pernah benar aku manfaatkan untuk diri aku sendiri.

Where the past lead the present. Itu tajuk diari aku. Mengingatkan aku yang aku ada kini bukan kerana orang lain, kerana aku sendiri, kerana masa silam aku. Dan itu menjadikan aku sekarang.

Menyebut nama mereka, nama ibu, nama bapa, nama adik nama teman, nama Tuhan. Dan setiap itu aku meminta maaf. Dan jika aku pergi terlalu jauh, egoku akan hancur. Kesannya, air mata yang kau sendiri sukar untuk lihat. Air mata seorang lelaki.

Ini depressi. Kesan dari desakan kesunyian. Aku kerap alami dahulu. Sekarang kau tanya? Aku boleh kata sudah kurang. Ya, aku sibuk. Kadang aku jarang memandang diri aku sendiri lebih dari kerjaan aku.

Aku selalu impikan hidup yang mudah. Keperluan asas untuk aku hidup cukup sudah memadai. Jika ia tidak menganggu fokus aku, tidak menyebabkan aku depressi. Itu sudah memadai.

Ernest Hemingway once wrote:
The world is a fine place, and worth fighting for.

Realitinya, tiada hidup mudah. Aku nak aku mesti lawan untuk dapat. Selagi aku punya kemahuan, aku punya nafsu, hidup aku tidak akan menjadi mudah.

Aku pernah katakan semua ini kepada seorang kawan, dan dia katakan...

Mie, kau penat. Ambil masa, lihat apa kau suka. Rehat...

Ya, barangkali aku benar penat. Aku harus berehat. Dan kau.. oh bukan... aku maksudkan teman perempuan aku dahulu.

Aku ada di sini.
Aku minta maaf.
Aku rindukan kamu.
Aku harap kamu sihat.
Dan.. betul...

Aku betul rindukan kamu semua...

Aku ucap selamat kepada kau ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...