Followers

Gamers

Tuesday, March 17, 2009

Rhapsody in late night

Tak, masih dalam bahasa ibunda.

Kuaci, Pepsi, Maggi dan roti. Kombinasi snek malam kalau kau mahu tahu. Dan kombinasi ini lahir dari ketidakboleh tiduran aku di waktu malam. Aku tahu ia tidak sihat. Aku tahu aku makan banyak. Dan aku tahu ia akan menganggu kitar hidup aku sebagai manusia. Aku juga tahu akibat dia, itu kaki-kiri-kena-potong dengan lu-kena-kimia.

Tapi apa boleh aku buat.

Salahkan Maxis. Kenapa bila dah tengah pagi buta baru internet laju selambak. Itu dah cukup buat aku bermotivasi bangun pagi mematakan panda putih untuk memuat turun koleksi anime, lagu dan cerita-cerita separa lucu yang ada dalam internet.

Ya aku tahu kau dah tak suka aku sebab tinggalkan blog ini. Aku pasrah (ya betul la ni)

Oh, baru-baru ini aku punya hobi baru. Berjalan malam. Bukan, kau silap. Bukan mengigau berjalan malam-malam. Ini berjalan malam. Macam senaman waktu petang. Tapi aku buat waktu malam, err.. pagi. Dalam pukul 3 pagi.

Ke mana kau tanya. Hanya ke kedai Azah (24 jam). Membeli snek malam dan perjalanan pergi balik memakan masa hampir 20 minit. Dan terima kasih kepada anime Nodame Cantabile, musik klasik hasil karya Mozart dan Beethoven membuat aku mahu merasa di buai angin malam.

Itu efek kuat, muzik dan aku perlukan suasana untuk menikmatinya. Dan dari situ lahir hobi atau habit aneh ini. Oh, playlistnya kau tanya.


Kesukaan aku buat masa ini,
  • Beethoven - Symphony No. 7 - 1st Movement (Nodame Orchestra Version)
  • Mozart - Oboe Concerto - 1st Movement
  • Mozart - Die Zauberflöte - Queen of the night's Aria (song)
  • Beethoven - Violin Sonata No. 5 Opus 24 "Spring" - 1st Movement
  • Mozart - Piano Sonata in D+ for Two K.448 - 1st Movement
Haha, aku tak la grand sangat melayan orkestra ni. Aku dengar semua jenis lagu. Dan sekarang sampai giliran muzik klasik. Layankan saja.

Berjalan malam, menghayati muzik klasik, cuba mengtafsir setiap not lagu yang cuba di sampaikan. Aku fikir ia terapi yang baik untuk aku. Terapi supaya aku boleh tidur dengan baik.

Aku harap, aku boleh tidur malam semula. Secara normal maksud aku. Oh ya, aku sudah pulih dari mimpi aneh yang aku ceritakan lepas. Barangkali betul, muzik klasik ini betul satu terapi yang sihat untuk aku.

Hm, dah pagi. Nampaknya masa tidur aku dah sampai, selamat malam untuk aku dan selamat pagi untuk kau. Aku benar ucap selamat ya.

Wednesday, March 11, 2009

Mimpi klimaks...


Baru-baru ini aku bukan mengelamun, tapi kerap bermimpi yang bertemakan kapel. Aku jadi takut.

Kalau mimpi aku bawak kereta coupe aku tak heran, sebab dah tentunya itu membawa maksud Audi R8 akan bakal menjadi milik aku. Haha, tapi ini lain.

Kalau orang yang menjadi kapel aku itu orang yang sama takpelah jugak. Senang aku nak aim. Haha... tapi ini tidak. Rambang. Bukan orang yang sama. Dan orangnya juga bukan terdiri dari orang yang rapat dengan aku.

Minggu lepas aku mimpi aku kapel dengan Ayu (bukan nama sebenar). Dalam mimpi tu, aku masih lagi student dan dia dah kerja. Lovely tak dia kau tanya. Ya dia lovely sampai kau terjaga dengan bateri telefon kau tercabut. Walaupun ada sikit konflik berlaku dalam mimpi aku. Hehe... Lagipun, aku bukan kenal sangat dia pun. Kenal pun dalam friendster je. Hish...

Dua hari lepas aku mimpi aku kapel dengan perempuan.. hm... macam mana nak describe. Kau pernah tengok cerita Chocolate/Fury kan. Ala cerita perempuan thai bertomoi belasah orang tu. Ya, perempuan seperti itu. Ada masalah mental kalau aku boleh kata. Lagi sekali kau tanya dia lovely ke tak? Ya, sampai kau nak terberak pun dia nak ikut sebab takut terpisah dengan kau.

Ini tidak sihat. Mimpi ini tidak sihat. Ya betul, dari sudut positif kau akan kata ini bukti aku lelaki sihat. Tapi bagi aku ini tidak sihat. Sepertinya menyuruh aku mencari cinta yang hilang(eceh...). Seperti mahu aku merana dan tersiksa kerana realiti cinta (dah macam drama melayu pulak).

Yang selebihnya ada bini orang, awek skuter, orang bunian dan err.. hehe...

Walaupun perempuannya adalah rambang, aku percaya ini petanda. Aku tak pasti baik atau buruk. Tapi kalau melibatkan perempuan, aku fikir lagi banyak buruk dari baik. Macam biasa, no offence, kau boleh kutuk aku.

Ya, mimpi tu best. Mimpi perempuan kan. Tapi dalam kes aku, ini lain. Mungkin kerana aku agak realist, banyak konflik berlaku dalam mimpi aku, seperti bergaduh dengan mak aku pasal perempuan, terjun bangunan sebab cinta di tolak dan masuk mulut naga sebab kasut kaca si dia tertinggal kat dalam.

Aku merasa sengal, dan penat. Kerana ia terlalu kerap. Kalau aku detailkan, barangkali aku boleh buat novel, cerpen pendek. Kau hebat? boleh tolong tafsir mimpi aku? Tolong ya...

Tuesday, March 10, 2009

Kenapa saya suka makan kuaci...

Hari ini ada orang berkata kepada aku. Kenapa entri aku selalu terkeluar tajuk. Tak ada center line. Pendek kata, tulis main hentam, tiada asas, takde matlamat dan... Kau, sini kau... Kurang ajar... (censored...)

Baiklah, aku mulakan dengan asas balik ok. Demi pembaca blog aku. Kali ini aku cerita berlandaskan tajuk, ada matlamat dan tiada ruang censored lagi ok. Betul la, bapak aku selalu cakap, bila sesuatu dah rumit, kita mula semula dengan asas. Kita buat ujian.

Tajuk entri saya hari ini adalah

Kenapa saya suka makan kuaci.

Kenapa saya suka makan kuaci. Sebab kuaci tu best... ok dah... takde masa nak layan kau... selamat ya...

Monday, March 9, 2009

Aku jahat, baru aku ada power...

Salam dan selamat kepada kau semua. Ya betul aku agak lama tidak update. Pandai pun, aku tak sibuk, aku malas.

Semester ini adalah semester yang paling malas yang pernah berlaku dekat aku. Akan tetapi, bukan semester yang teruk. Itu semester lepas. Kau tak faham? sebab kau tak tahu aku adalah mahasiswa (poyo!) di sebuah IPTA terkenal. Muahaha...

Jadi, aku buat to-do-list. Menyenaraikan beberapa perkara aku patut buat sebelum semester ini selesai. Ada sebulan dan ada 6 perkara semuanya. Dan kesemuanya adalah projek. Err.. study tu pandai-pandai la kan... hehe...

Betul, banyak tapi aku bukan buat muka mat kool, tapi aku kool. Sebab aku tahu, selain projek sarjana muda, 5 projek lain akan selesai dalam satu hari satu malam setiap satu. Hebat? tak, itu tak hebat. Kerja last-minute dan kerja menangguh, mana ada hebat.

Lagipun ini projek berkumpulan, dan maklumat juga dah ada dalam cakera keras dan dalam internet, kau nak takut apa. Ini malam kalau kau mahu kau boleh selesaikan. Kalau kau nak la kan.

Aku terfikir, kenapa mesti last-minute. Kenapa mesti saat akhir baru nak siapkan semua. Sebab nak rasa thrill buat kerja, nak rasa teruja. Itu alasan bodoh. Satu je alasan dia, malas.

Ya betul, aku pemalas. Aku bagi kau itu. Sesuatu benda yang aku tak minat, aku rela memalaskan diri dari melakukannya. Itu logik bukan, walaupun itu sebenarnya tanggungjawab kau.

Tapi, kalau aku mampu siapkan dalam satu hari, kenapa tak siapkan awal. Tiba-tiba rajin la pulak nak siapkan bila dah dekat dateline. Ha, itu tak pelik. Itu namanya desakan.

Manusia unik, bila terdesak, kau takkan pernah sangka kemampuan sebenar yang ada pada kau mula menyerlah. Kau boleh berjaga walhal kau seorang kaki tidur. Kau boleh berlapar walhal kau seorang pelahap.

Rasa terdesak itu satu kuasa. Satu pemangkin untuk kau tidak putus asa, terus berusaha mencapai apa kau hajati atau memenuhi keperluan kau. No wonder, sebuah keluarga miskin yang mempunyai anak ramai yang kecil mampu hidup dalam dunia serba duit ni. Tanggungjawab juga mampu menghasilkan kuasa desakan.

Namun dalam banyak jenis kuasa, aku paling kagum jika ianya datang dari dendam. No offence, kau boleh kritik aku. Aku pernah merasainya, dan aku pernah terjerumus di dalam kekuatan kuasa itu. Ia mampu jadikan kau super-manusia.

Tidah takut, tidak gentar. Kau akan lakukan semuanya, segalanya dan tiada satupun yang akan menganggu fokus kau. Kau takkan kalah dan kau tak mahu kalah. Dan kau tetap hidup walaupun kau telah kehilangan nyawa (dah macam cerita hantu pulak).

Aku rindukan kuasa itu. Kau, taknak tolong aku. Cari pasal dengan aku. Boleh aku berdendam. Ya betul, dendam itu memakan diri, sebab akhirnya kau akan penat. Tapi bagi aku, selagi matlamatnya tercapai, apa cara pun mungkin kan.

Tak larat nak merepek dah. Nak cuba sambung kerja. Barangkali betul kata dia, hati aku tidak sebersih dahulu. Sebab itu kuasa-kuasa kejahatan mula membelenggu aku.

Haha... jangan dekat aku... aku gigit nanti...

Sunday, March 1, 2009

Salam untuk benda aneh

Wei, kau tak salah blog. Aku baru tukar template.

Maka tugas kau sekarang adalah mengundi, laju ke tak bila nak masuk blog aku. Boleh? bagus. Ya betul, kanan kau. Pilih yang mana ko rasa serasi dengan fikiran kau dan tekan vote. Boleh komen kat sini kalau ada cadangan... Ya cadangan sahaja.

Kau tanya kenapa aku tukar? Hm, aku rasa tak best dah blog aku ni, jadi aku tukar. Tapi bila dah tukar, aku rasa sama je macam yang lama. Hampeh.

Lagipun, lagi laju nak loading kalau blog aku ni kurang benda.


Kau kenal Syarifah Hadli. Ya, penulis benda aneh. Aku suka blog dia. Tapi sekarang blog dia dah kena kunci. Bermakna kalau aku nak baca, aku kena ada kad jemputan.

Best ke blog dia kau tanya. Hm... Ada satu penulisan dia yang aku suka baca berkali-kali. Tentang hidup masa depan dia, hidup di atas rumah apek jual kopi ke apa. Hidup biasa, sederhana. Duit cukup hanya untuk keperluan hidup. Jauh mengejar dunia.

Kau betul, itu hidup yang mustahil. Kerana kita banyak kemahuan. Bila baca entri itu, hm... aku terfikir akan tujuan hidup aku.

Aku tak minta hidup lama. Cukup sekadar hidupku sentiasa senang dan gembira. Dan jika ianya pendek, aku harap hidup aku selepas itu lebih gembira. Ya, kau ingat pun lagu sepohon kayu daunnya rimbun.

Barangkali itu hidup yang aku mahukan. Jauh dari dunia. Hidup sepertimana yang aku nak.

Walaubagaimanapun, jika kau kenal dia, atau jika tuan punya blog benda aneh terbaca ini, aku perlukan jemputan kau. Kau boleh tolong aku kan.

Lagipun kau pernah kata aku peminat tegar kau. Haha... Ok ok la, aku mengaku aku peminat tegar... blog dan penulisan kau. Ok? Just give me the invitation... Ish...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...