Followers

Gamers

Tuesday, March 17, 2009

Rhapsody in late night

Tak, masih dalam bahasa ibunda.

Kuaci, Pepsi, Maggi dan roti. Kombinasi snek malam kalau kau mahu tahu. Dan kombinasi ini lahir dari ketidakboleh tiduran aku di waktu malam. Aku tahu ia tidak sihat. Aku tahu aku makan banyak. Dan aku tahu ia akan menganggu kitar hidup aku sebagai manusia. Aku juga tahu akibat dia, itu kaki-kiri-kena-potong dengan lu-kena-kimia.

Tapi apa boleh aku buat.

Salahkan Maxis. Kenapa bila dah tengah pagi buta baru internet laju selambak. Itu dah cukup buat aku bermotivasi bangun pagi mematakan panda putih untuk memuat turun koleksi anime, lagu dan cerita-cerita separa lucu yang ada dalam internet.

Ya aku tahu kau dah tak suka aku sebab tinggalkan blog ini. Aku pasrah (ya betul la ni)

Oh, baru-baru ini aku punya hobi baru. Berjalan malam. Bukan, kau silap. Bukan mengigau berjalan malam-malam. Ini berjalan malam. Macam senaman waktu petang. Tapi aku buat waktu malam, err.. pagi. Dalam pukul 3 pagi.

Ke mana kau tanya. Hanya ke kedai Azah (24 jam). Membeli snek malam dan perjalanan pergi balik memakan masa hampir 20 minit. Dan terima kasih kepada anime Nodame Cantabile, musik klasik hasil karya Mozart dan Beethoven membuat aku mahu merasa di buai angin malam.

Itu efek kuat, muzik dan aku perlukan suasana untuk menikmatinya. Dan dari situ lahir hobi atau habit aneh ini. Oh, playlistnya kau tanya.


Kesukaan aku buat masa ini,
  • Beethoven - Symphony No. 7 - 1st Movement (Nodame Orchestra Version)
  • Mozart - Oboe Concerto - 1st Movement
  • Mozart - Die Zauberflöte - Queen of the night's Aria (song)
  • Beethoven - Violin Sonata No. 5 Opus 24 "Spring" - 1st Movement
  • Mozart - Piano Sonata in D+ for Two K.448 - 1st Movement
Haha, aku tak la grand sangat melayan orkestra ni. Aku dengar semua jenis lagu. Dan sekarang sampai giliran muzik klasik. Layankan saja.

Berjalan malam, menghayati muzik klasik, cuba mengtafsir setiap not lagu yang cuba di sampaikan. Aku fikir ia terapi yang baik untuk aku. Terapi supaya aku boleh tidur dengan baik.

Aku harap, aku boleh tidur malam semula. Secara normal maksud aku. Oh ya, aku sudah pulih dari mimpi aneh yang aku ceritakan lepas. Barangkali betul, muzik klasik ini betul satu terapi yang sihat untuk aku.

Hm, dah pagi. Nampaknya masa tidur aku dah sampai, selamat malam untuk aku dan selamat pagi untuk kau. Aku benar ucap selamat ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...