Semalam dan kemarin aku menung. Tak buat apa. Hanya menung. Melihat masa depan yang... err... tak pasti.
Terfikir nak jadi apa lepas keluar UTM ni. For sure, ramai orang akan angkat tangan dan kata, Suhaimi akan jadi engineer. Aku sengih seorang diri. Serius, jurutera dah turun tangga ke tiga dalam carta kerjaya masa depan aku.
So apa aku nak jadi. Trader? yup, itu no satu. No dua aku nak buka kedai yang aku sendiri tak tau nak jual apa, jadi kuli, jadi bos. Tu aku namakan impian hidup.
Apa lagi aku fikir, pandang siling, lihat kipas berpusing-pusing. Masuk sms. Oh, si dia. Soalan cepumas, dah makan belum. Belum, aku belum makan.
Baru-baru ini aku kurang makan. Seluar yang dulunya ketat aku dah boleh pakai. Setiap hari berdiri depan cermin melihat tumbesaran perut yang dah bantut. Aku kurus semula. Makan pun selalunya tak habis. Baru setengah pinggan aku dah rasa cam ketat pinggang. Makan tak kenyang eh. Huhu...
Sambil balas mesej, aku terfikirkan si dia. Si dia juga masa depan aku. Aku senyum sendiri. Haha... kau fahamkan apa yang aku sedang fikir.
Aku bangun, melihat meja semak dengan kertas, makanan dan peralatan komputer. Meja ini tak pernah tidak sibuk dengan barang-barang kepunyaan aku. Oh, aku takkan kemaskan. Aku suka ia semak. Nampak macam aku rajin. Thee hehe..
Tak banyak yang berubah kat sini. Cuma aku perasan aku mula jarang berblog. Mungkin kerana persekitaran aku rasakan sama. Jadi tak banyak aku nak cerita. Ni pun sekadar teringat blog ni dah bersawang. Maaf kalau aku hampakan kau. Serius, aku ketandusan idea nak tulis apa.
Aku sambung baring, main sms, dan senyum seorang diri. Barangkali aku patut bangkit, kemas meja dan buat sesuatu. Selamat ya...
Kerana dalam hidup, aku manusia, dan kau manusia. Ada hati dan akal. Dan kita takkan jauh lari dengan rasional dan emosional kita
Followers
Tuesday, July 28, 2009
Sunday, July 26, 2009
Smsms
Baru-baru ni (hm...) aku dijangkiti sejenis penyakit orang bercinta yang aku tak pernah suka. Penyakit terlalu peka kepada sms.
Hubungan jarak jauh memang memeritkan. Kau faham kan? Takde instrumen yang sesuai untuk memendekkan jarak perhubungan itu melainkan guna sms, call atau internet. Aku prefer internet.
Bangun, tengok telefon. Nak tdo tengok telefon. Makan pun pegang telefon. Dan malam ini baru aku sedar, aku dah lama kronik dengan penyakit ni.
Aku cuba tutup telefon aku. Tak lama. Aku buka balik. Macam haram.
Satu lagi yang buat aku tak suka sms sebab aku harus menunggu sms di balas. Lambat. Benda yang paling aku tak boleh toleransi, lewat, lambat, masa...
Malam ini aku tak boleh tidur. Aku bagai ditinggalkan. Aku tahu aku patut tidur tapi aku tak mampu. Penyakit ini merebak ke seluruh molekul-molekul perangai aku.
Simptomnya. Aku cepat blur, cepat marah. Sebab aku tak boleh tunggu, tiada kesabaran tentang itu.
Atau gejala ni dikaitkan dengan habit meletak telefon dekat dengan kepala semasa tidur. Boleh kena barah orang kata. Betul?
Aku cuba sekali lagi tutup telefon. Berjaya. Dan aku mahu lihat berapa lama. Aku harap lama. Cukup lama sehingga aku pulih dari penyakit ini.
Huh... Kalau aku banyak duit, aku fikir senang. Nak kata apa, call. Jadi aku tak perlu menunggu lama. Entah apa berlaku di sana aku tak pasti. Aku tahu, aku tak pasti. Aku pasti semua ex aku tahu perangai aku yang tiada toleransi bila berkaitan dengan masa. Aku boleh marah, meninggi suara dan hilang kesabaran.
Aku minta maaf, tu memang kelemahan aku. Siapa pun kau aku memang tak boleh toleransi. Sebab itu masa.
Malam untuk tidur. Aku rasa mulai hari ini malam itu adalah untuk tidur. Kau, malam dah ni... Pergi la tidur, telefon letak jauh-jauh. Aku dengar boleh kena kanser otak kalau letak telefon dekat dengan kepala masa tidur. Aku tak main-main ni. Nak lagi bagus, matikan. Kau akan tidur lena malam ni.
Selamat... Dah2, tak payah call, aku takkan buka. Oh, kalau kau tanya mana artikel aku pasal forex minggu ni. Tiada. Aku harap kau faham kenapa. Hee... selamat, lagi...

Saturday, July 18, 2009
FX #M2
Minggu yang mengecewakan. Dari USD179.86, turun ke USD78.46. Aku kerugian USD101.39.

Silapnya kerana terlalu bergantung kepada satu indikator. Aku sedar, Stoch tak boleh digunakan hanya pada satu timeframe. Jika aku mahu 20 pip, dengan satu jenis order (Buy/Sell), aku perlu lihat timeframe yang lebih besar. 4 jam atau satu hari.
Ia ibarat macam melihat gambar, kau lihat semua baru kau fokus mahu lihat yang mana pula. Dengan melihat dahulu, timeframe besar, kita dapat mengagak ke mana arah market.

Trade with trend. Itu prinsip asasnya.
Satu lagi yang membuat aku terpaku, market bergerak, kemudian berhenti dan bergerak semula. Titik perhentian itu sepertinya punya pattern. Aku selongkar balik forum-forum. Ternyata, jawapan yang aku dapat adalah pivot line.
Pivot line adalah beberapa garisan harga yang terhasil dari harga High Low dan Close hari sebelumnya. Ikut pemerhatian aku, market selalunya akan berhenti di pivot line sebelum meneruskan perjalanannya semula.
Pivot line ada Resistant line, dan support line serta middle line (garis di antara satu garis dengan garis yang lain.)

Ini bererti, pivot line aku boleh gunakan untuk letak TP. Dan berhasil, aku buat pending order 10 pip dan TP pada pivot line, jika terlanggar, ia akan kena.
Walaubagaimanapun, pivot line kadang tak boleh digunakan sendiri. Perlu ada pengetahuan Trendline supaya dapat mengagak ke arah mana selepas harga berhenti di pivot line.
Satu lagi punca kerugian adalah cara ambil lot. Pengurusan kewangan dan risiko. Aku fikir aku harus ikut satu jenis lot sahaja sehingga baki bertambah. Mean, jika baki aku lebih USD200, lot aku guna 1. Dan bila float sampai 120 pip, lot aku guna tetap 1 untuk buka order yang sama.
Aku juga kurangkan pair yang aku guna. hanya EURUSD, GBPUSD dan AUSUSD. Sebabnya, mereka bergerak agak serupa. Jika majornya uptrend, ketiga-tiga mereka akan uptrend.
Bila gagal, jangan putus asa. Hanya kemahuan dan minat yang membuatkan aku terus bersama forex. Aku masih ada baki, harapan dan akal untuk ini.
Oh ye, displin paling penting. Tu juga salah satu kenapa aku gagal minggu ni.
So far apa kita ada.
---*---
*Ini hanya pengalaman penulis. Aku tak akan bertanggung jawab kalau korang guna, korang rugi. Ok? Berani buat berani tanggung. Selamat!

- Stoch digunakan sekurang-kurangnya pada 2 jenis timeframe.
- Kaji arah market dari timeframe besar (4H dan/atau 1D)
- Tp pada pivot line
- Penggunaan trendline untuk pergerakan selepas pivot line
- Pengurusan wang dan risiko. (pengambilan lot)
- Displin.
---*---
*Ini hanya pengalaman penulis. Aku tak akan bertanggung jawab kalau korang guna, korang rugi. Ok? Berani buat berani tanggung. Selamat!
Friday, July 17, 2009
Apa nak tulis. Aku di Johor, masih di UTM. Universiti kesayangan semua engineer... Macam haram.
Dah dua minggu aku masuk dan aku harus mengaku, aku masih tak berubah. Aku di UTM dan sekarang di UTM masih saya. Aku rindukan masa aku di sekolah dan kolej matrik dulu. Best betul hidup di sana.
Oh ya, Forex aku mengalami kerugian yang amat. Sejarah berulang, kesalahan tercipta, dan hanya orang yang tak tahu putus asa DAN minat sahaja yang masih teruskan dengan mengkaji kesilapan yang telah dilakukan. Aku cerita kemudian.
Aku still dalam mood rindukan si dia. Even sudah dua minggu aku di sini, perasaan aku masih lagi mahu merapati si dia. Orang kata, semakin hari semakin sayang. Macam haram tapi betul. Aku sayang si dia. Aku nak minta maaf kat si dia atas kesalahan aku sepanjang minggu ni dalam forex. Kalaulah aku bersabar...
Well, tu je cerita aku. Aku nak cerita lebih pun aku tak mampu. Sebab tiada cerita. Hidup aku bosan, hari-hari di UTM macam . Tapi aku fikir, kalau si dia dekat... aku tak kan menyumpah begini... hehe..
Aku ucap selamat kepada kau orang sekalian...
Saturday, July 11, 2009
FX #M1
6 Julai 2009 - 11 Julai 2009.

Ini SS aku minggu ni. Seperti yang kau tahu, aku baru deposit USD100. Alhamdulillah, baki baru aku sekarang adalah USD179.86.

Floating -USD7.25 gara-gara langgar pantang masuk order pada hari Jumaat. Tak banyak aku nak cerita di sini. Seperti yang kau tahu, aku hanya guna Stoch dan kemahiran membaca candlestick terutama jika bentuknya adalah Bullish atau Bearish Engulfing dan Doji. Support dan resistant line serta tahu lukis trendline juga boleh membantu untuk kau mengagak arah market ke mana.
Lot aku gunakan minggu ni masih 0.5 lot hanya pada permulaan. Dan bila ianya floating sehingga 120 pip, aku akan masuk order yang sama dengan 1 lot setiap order.
Hanya jika baki aku cecah USD200 baru aku gunakan lot 1 dan bila floating, lot 2. Aku fikir mudah aku nak kira jika aku tetapkan begitu.
Target aku bulan ini untuk mencapai USD800+ sebab aku nak keluarkan USD500 atas sebab-sebab yang aku tak mampu nak katakan di sini.
Baru-baru ni aku berminat dengan teknik CSR 100. Cita-cita untuk mengalahkan GBPJPY masih aku pendam. Dendam beb. Haha... Teknik CSR 100 aku fikir sesuai untuk kalahkan GBPJPY tapi tak boleh kata. Aku masih belum cuba.
Aku ucap selamat ya kepada kau orang...

Subscribe to:
Posts (Atom)