Followers

Gamers

Sunday, July 26, 2009

Smsms

Baru-baru ni (hm...) aku dijangkiti sejenis penyakit orang bercinta yang aku tak pernah suka. Penyakit terlalu peka kepada sms.

Hubungan jarak jauh memang memeritkan. Kau faham kan? Takde instrumen yang sesuai untuk memendekkan jarak perhubungan itu melainkan guna sms, call atau internet. Aku prefer internet.

Bangun, tengok telefon. Nak tdo tengok telefon. Makan pun pegang telefon. Dan malam ini baru aku sedar, aku dah lama kronik dengan penyakit ni.

Aku cuba tutup telefon aku. Tak lama. Aku buka balik. Macam haram.

Satu lagi yang buat aku tak suka sms sebab aku harus menunggu sms di balas. Lambat. Benda yang paling aku tak boleh toleransi, lewat, lambat, masa...

Malam ini aku tak boleh tidur. Aku bagai ditinggalkan. Aku tahu aku patut tidur tapi aku tak mampu. Penyakit ini merebak ke seluruh molekul-molekul perangai aku.

Simptomnya. Aku cepat blur, cepat marah. Sebab aku tak boleh tunggu, tiada kesabaran tentang itu.

Atau gejala ni dikaitkan dengan habit meletak telefon dekat dengan kepala semasa tidur. Boleh kena barah orang kata. Betul?

Aku cuba sekali lagi tutup telefon. Berjaya. Dan aku mahu lihat berapa lama. Aku harap lama. Cukup lama sehingga aku pulih dari penyakit ini.

Huh... Kalau aku banyak duit, aku fikir senang. Nak kata apa, call. Jadi aku tak perlu menunggu lama. Entah apa berlaku di sana aku tak pasti. Aku tahu, aku tak pasti. Aku pasti semua ex aku tahu perangai aku yang tiada toleransi bila berkaitan dengan masa. Aku boleh marah, meninggi suara dan hilang kesabaran.

Aku minta maaf, tu memang kelemahan aku. Siapa pun kau aku memang tak boleh toleransi. Sebab itu masa.

Malam untuk tidur. Aku rasa mulai hari ini malam itu adalah untuk tidur. Kau, malam dah ni... Pergi la tidur, telefon letak jauh-jauh. Aku dengar boleh kena kanser otak kalau letak telefon dekat dengan kepala masa tidur. Aku tak main-main ni. Nak lagi bagus, matikan. Kau akan tidur lena malam ni.

Selamat... Dah2, tak payah call, aku takkan buka. Oh, kalau kau tanya mana artikel aku pasal forex minggu ni. Tiada. Aku harap kau faham kenapa. Hee... selamat, lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...