Silapnya kerana terlalu bergantung kepada satu indikator. Aku sedar, Stoch tak boleh digunakan hanya pada satu timeframe. Jika aku mahu 20 pip, dengan satu jenis order (Buy/Sell), aku perlu lihat timeframe yang lebih besar. 4 jam atau satu hari.
Ia ibarat macam melihat gambar, kau lihat semua baru kau fokus mahu lihat yang mana pula. Dengan melihat dahulu, timeframe besar, kita dapat mengagak ke mana arah market.
Trade with trend. Itu prinsip asasnya.
Satu lagi yang membuat aku terpaku, market bergerak, kemudian berhenti dan bergerak semula. Titik perhentian itu sepertinya punya pattern. Aku selongkar balik forum-forum. Ternyata, jawapan yang aku dapat adalah pivot line.
Pivot line adalah beberapa garisan harga yang terhasil dari harga High Low dan Close hari sebelumnya. Ikut pemerhatian aku, market selalunya akan berhenti di pivot line sebelum meneruskan perjalanannya semula.
Pivot line ada Resistant line, dan support line serta middle line (garis di antara satu garis dengan garis yang lain.)
Ini bererti, pivot line aku boleh gunakan untuk letak TP. Dan berhasil, aku buat pending order 10 pip dan TP pada pivot line, jika terlanggar, ia akan kena.
Walaubagaimanapun, pivot line kadang tak boleh digunakan sendiri. Perlu ada pengetahuan Trendline supaya dapat mengagak ke arah mana selepas harga berhenti di pivot line.
Satu lagi punca kerugian adalah cara ambil lot. Pengurusan kewangan dan risiko. Aku fikir aku harus ikut satu jenis lot sahaja sehingga baki bertambah. Mean, jika baki aku lebih USD200, lot aku guna 1. Dan bila float sampai 120 pip, lot aku guna tetap 1 untuk buka order yang sama.
Aku juga kurangkan pair yang aku guna. hanya EURUSD, GBPUSD dan AUSUSD. Sebabnya, mereka bergerak agak serupa. Jika majornya uptrend, ketiga-tiga mereka akan uptrend.
Bila gagal, jangan putus asa. Hanya kemahuan dan minat yang membuatkan aku terus bersama forex. Aku masih ada baki, harapan dan akal untuk ini.
Oh ye, displin paling penting. Tu juga salah satu kenapa aku gagal minggu ni.
So far apa kita ada.
- Stoch digunakan sekurang-kurangnya pada 2 jenis timeframe.
- Kaji arah market dari timeframe besar (4H dan/atau 1D)
- Tp pada pivot line
- Penggunaan trendline untuk pergerakan selepas pivot line
- Pengurusan wang dan risiko. (pengambilan lot)
- Displin.
---*---
*Ini hanya pengalaman penulis. Aku tak akan bertanggung jawab kalau korang guna, korang rugi. Ok? Berani buat berani tanggung. Selamat!