Followers

Gamers

Sunday, August 3, 2008

Ahad

Mata terkebil-kebil memandang siling. Jam 2. Huh, Ahad. Antara hari paling aku tak produktif. Hari aku yang paling malas. Hari Ahad.

Hari-hari macam ni, kalau ada teman atau kawan ajak keluar, barulah aku jadi produktif. Yup, spending machine. Dan itu barulah hidup aku pada hari ini jadi bermakna.

I'm not curse the day like this. Cuma betul, ada sikit dalam hati aku tak suka hari Ahad. Mungkin kerana aku terlalu suka tidur apabila ada masa terluang.

Dahulu, cikgu aku pernah cakap, tidur itu membuang masa. But yet, I'm still love to do it. Satu-satunya cara untuk aku mengelak dari jumpa doktor minta ubat anti-depress (walaupun aku tak pernah pun makan benda alah tu).

Life as student really depress. Sejak aku masuk UTM, aku mengalami sindrom sukar senyum. Macam aku cakap dulu, aku tak berapa gemar suasana kat sini.

Berbalik pada tajuk. Aku bukan tak suka Ahad, aku cuma tak suka diri aku pada hari Ahad. Malas. Dan kalau ada sahaja sesiapa yang sudi temankan aku pada hari in. Wow, hidup aku lebih bermakna.

Today I'm all alone. Pity me and thanks God, i really can continue my sleep. Hee...

Aku perlukan kalian, tahu. Terutama di hari-hari begini... Bagaimana? Mahu berdansa denganku... haha...

Weirdo...

Malam tadi aku keluar bersama si dia pergi ke fiesta pe tah kat UTM ni. Dan ssememangnya salah satu perangai aku, aku tak berapa suka tempat-tempat macam tu.

Sepanjang aku kat fiesta tu, muka aku macam ketat, susah nak senyum. Aku jadi macam rimas. Mata aku mula liar memandang sekeliling sambil kepala ligat berfikir macam mana aku nak lari dari kesesakan orang ramai ni.

Untuk pengetahuan, aku bukan tak suka pergi tempat-tempat macam tu, cuma hm... aku ada satu benda yang aku tak suka bila bersama si dia. Orang yang aku kenal tegur aku.

Yup, mana aku pergi jika si dia ikut, aku tak harap ada sesiapa yang aku kenal terserempak or tegur aku. Kalau tanya aku kenapa, aku takde jawapan. Coz aku memang tak suka.

Mungkin aku ada pemikiran yang masa bersama si dia tak patut diganggu. Barangkali. Namun, aku gembira keluar bersama si dia. Even muka aku tak menunjukkan itu, namun aku memang gembira.

Weirdo... Terpulang. Sebab bagi aku setiap orang ada perangai yang pelik. Dan adalah amat bertuah jika kalian sendiri sedar atas kepelikkan diri kalian. Ya, berbangga lah dengan diri sendiri...

Penat, ngantuk tapi gembira. Masa yang aku bayar berbaloi. Aku perlukan rehat. Semoga tak bertemu kalian ketika bersama si dia... huhu...

Tuesday, July 22, 2008

Everthing have price to pay...

Suatu petang yang panas, di dalam sebuah bilik kuliah...
"Korang tak panas ke? Air-cond takde, pergi la complain. Ni takde orang complain memang la dorang tak buat kerja."

"Look 2 3 people over there just sitting do nothing. This can distrub my lec."

"Saya tak nak complain coz i have so many complaining thing. That's why they don't like me..."

"Pernah lihat ada orang follow me behind. Tak kan... Coz saya memang macam ni. Orang tak suka saya..."

'Everthing have price to pay..."

"N if this price i must pay, saya akan bayar... i can do my work, gain satisfaction... nothing more can worry me..."

------------------------------

Aku suka bila dia sebut "Everything have price to pay...". Coz maksudnya mendalam... Dan ia merupakan sesuatu yang aku pegang sepanjang hidup aku.

"pay" yang dia maksudkan tak semestinya duit. Dalam kes dia, dia hilang kawan. Haha, bunyinya macam berseloroh namun sedikit aku faham apa cuba dia nak luahkan.

Dan sedikit mengenangkan hidup aku sekarang yang agak sukar untuk bersosial coz banyak masa aku habis depan pc. Yup, willing to pay the time for yourself rather than spend it with social activity.

Hm... macam pandang cermin aku hari ini. Heh, hanya terfikir, dan rasa mahu dijadikan ingatan... salam ya...

Monday, July 21, 2008

Sibuk! Sibuk! Sibuk!

Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! Sibuk! ...

Penat... peh...

Friday, July 11, 2008

Signature la... bukan Science nature... Ai...

Semalam aku pergi ke bank. Cadang nak keluar duit tapi tak jadi dek kerana kad ATM aku dah reput. Dah tahap nak terbelah dah. So tanpa segan silu aku pun terus ke kaunter pertanyaan, tidak bertanyakan antara ayam dan telur, mana dahulu... tapi bertanyakan macam mana nak tukar kad baru.

Kad bank, check! Buku bank, check! Kad pengenalan, check! Borang nak tukar kad, check!So, aku pun bersedia untuk ke kaunter urusan. Haha... agak bertuah bagi lelaki seperti aku, kerani bank ini adalah seorang lelaki. Ya, ramai kawan rapat aku tahu aku amat sukar berurusan dengan perempuan. Sebabnya, nanti mesti ada sahaja tak kena. Ya ya... mereka makhluk yang amat teliti.

Seperti pekerja bank lain, aku dilayan macam member yang dah kenal selama 20 tahun dah. Mesra dan baik yang amat. Namun dahi dia mula berkerut bila lihat borang dan buku bank aku.

Haha... tandatangan tak sama. Untuk pengetahuan kalian, tandatangan yang ada dalam buku bank tu tandatangan aku masa umur 17 tahun. Ya, zaman kanak-kanak yang lama aku tinggalkan.

Tandatangan aku dahulu amatlah teliti sampai boleh tahu siapa nama pemilik tandatangan tu. Guess what, tandatangan itu represent nama aku. So, thanks to PTPTN atas banyak sangat benda yang aku nak kena tandatangan, tandatangan aku sekarang amatlah ringkas dan sempoi. Barangkali tak boleh dikatakan tandatangan pun. Huhu...

So, aku dan abang bank cuba mengatur strategik agar aku mampu meniru balik tandatangan lama aku. Heh, abang bank ni memang berbakat, tak sampai seminit pun dia dah dapat tiru tandatangan aku tapi atas dasar etika profesional (subjek sem lepas), dia kerah gak aku untuk meniru tandatangan aku sendiri. Ye la, orang kerja bank kan... kena la faham. 15 minit juga aku ambil untuk mengaktifkan otak kanan aku untuk menerima sesuatu yang seni. Heh...

Dalam 15 minit tu sempat juga aku berbual dengan dia. Peramah, yes i am... kalau orang lain peramah dengan aku dahulu. Hee... that nature me...

"Hang kerja pa?"

"Student lagi. Kat UTM."

"Oh, amik koz pa?"

"Engineer.."

"Ha... tu orang profesional tu. Hang esok jadi orang elit. Tandatangan ni la penting mengambarkan hang orang yang macam mana."

Hm... dahulu ketika aku sekolah, ada satu kursus kepimpinan yang aku pergi dan menyentuh pasal hal tandatangan ini. Mendengar dia kata begitu membuat aku teringat apa isi penting yang aku dapat daripada kursus itu.

"Tandatangan ni ada 2 jenis. Satu initiature(maaf kalau salah ejaan), dan satu lagi signature. Biasanya orang macam hang ni sok kalau ada dokumen penting nak kena sain, kena pakai signature."

Baru aku teringat. Dahulu penceramah tu pernah kata, jika tandatangannya kecil, maka orangnya jenis suka berahsia dan agak sukar untuk membuat urusan dengannya. Yup, tandatangan aku masuk jenis ini tapi aku tak pasti aku orangnya sukar untuk berurusan. Hm...

"Tandatangan ini walaupun nampak seperti contengan, ia punya rahsia. Mengambarkan diri hang sebenar. Dulu abang ni bukan macam sekarang, pemarah orangnya.. bla... bla... "

Aku lupa, hehe... Pendek kata, apa yang dia cuba sampaikan adalah, hidup manusia ada 2 jenis yang dapat di analisis melalui tandatangan. Pertama, orang elit. Banyak menggunakan akal dari tenaga. Dalam serba serbi hal mesti sentiasa tenang. Mahu berfikir dan sistematik. Punya hidup yang sulit dan sukar bagi pandangan orang lain namun tidak dia. Dan orang inilah kebiasaannya punyai tandatangan yang amat susah nak tiru.

Ke dua orangnya kasar. Banyak menggunakan tenaga dari akal. Sentiasa kuat dan bersemangat. hidupnya mudah bagi mata orang lain namun tidak dia. Dan orang ini memiliki tandatangan yang
yang simple dan berkemungkinan tinggi untuk di tiru.

Secara ikhlas, aku pernah cuba tiru tandatangan bapa aku namun tak pernahnya berjaya. Tandatangannya punya seni dan rekabentuk yang teramatlah susah. Jika beri 1 hingga 10 darjah kesusahan. Aku harus bagi 8. Dan ada simbolik tandatangan itu, ia adalah namanya serta nama datukku. Pergh...

Aku banyak belajar dalam 15 minit tu. Yup, bila kenang balik cara hidup aku, hm... masih jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi seorang jurutera. Benda yang seringkas tandatangan itu pun aku masih lagi gagal. Heh... Yup perlu berubah.

Sedikit sebanyak abang bank tu membuka sedikit hati ketakutan aku. Yup, ada banyak benda yang aku takut terutama berkenaan dengan masa depan. Dan hati ketakutan tu perlu dibuka agar aku sedar akan kelemahan diri yang ada padaku. Something needs to be fixed.

Aku dapat kad ATM baru yang di upgrade menjadi kad debit. Wakaka... mengada-ngada sebenarnya. Heh, lagipun aku rasa itu satu keperluan kerana aku ada perancangan untuk memulakan e-bisnes. Heh... melihat ekonomi sekarang aku tak rasa selamat kalau aku tak mula belajar jadi orang Cina. (Faham metafora ini betul2)

Sebelum aku blah dari bank itu, aku pandang abang tu, cuba ingat apa isi penting yang cuba disampaikan tadi. Ya... cakap dia betul. Perjalanan aku masih jauh. Nampaknya aku terpaksa berlatih tandatangan baru yang benar-benar tandatangan aku koz sekarang pun takde urusan rasmi sangat yang menyebabkan tandatangan aku ni menjadi mahal. Ada baik aku tukar sekarang. Huhu...

Ke patut aku masukkan nama bapa aku sekali dalam tandatangan aku yang baru ni. Hehe...

"Hang jangan lupa nanti gi balik klang, ubah tandatangan hang ni..."

Heh... ingatanmu ku semat di hati... huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...