Sedang aku tak leh tido malam ni, fikiran aku melayang ke masa silam aku. Melayang ke mana...? Hm... melayang pada satu kejadian dalam sejarah hidup aku, masa aku sekolah... Aku tak tahu kenapa mesti aku ke sana (masa sekolah) tetapi apa yang aku faham, aku rindukan masa tu.
Hm... fikiran aku terus melayang dan kali ni dengan masa dan tempat yang tepat. 05 Februari 2003, Rabu, dalam kelas aku sendiri. Well masa tu budak kelas aku tak ramai. Koz kebanyakkan dorang sibuk uruskan bebudak tingkatan 4 masuk sekolah (well, skool teknik memang macam ni...). Dan fikiran aku terus melayang dengan tepat di mana masa tu, aku sedang melihat gambar seorang perempuan dan terdetik kata hati aku masa tu... Cantik...
So, dengan ala-ala pantas aku buka pc aku dan surf terus ke friendster... Aku kenal siapa perempuan tu. Cuma dalam kesibukan aku memahami perasaan aku dahulu, aku terlupa akan dia (jangan marah aku... kalau nak marah gak, aku minta maaf). Well, dia adalah penolong aku dulu. Ya, masa tu aku ketua kelas (haha... your wish is my command...).
So, ape gejadahnyer aku bukak friendster lak. Hm... coz aku nak carik dia. n setelah penat mencari (tak la penat sangat cuma sakit pinggang). Jumpa gak. Then aku mesej dia supaya add aku. Misi berjaya...
Selepas tu aku menung balik... kemudian senyum. Dalam keadaan ribut aku mencari dia, aku jumpa ramai kawan aku yang lain. Friendster kan macam satu rangkaian. Aku jumpa dia then aku leh cari orang lain. Alhamdulillah, lega dapat tengok muka dia (???) haha...
Walaubagaimanapun, terdetik hati aku untuk mencari kawan2 aku yang lain. Aku still sedang mencari di friendster. Myspace...? heh, aku tak aktif kat sana.... pening sket guna myspace... So, kalau korang kenal dorang, bagitaulah aku pasal dorang, kawan-kawan aku... Untuk kengkawan aku yang ada dalam gambar kat atas (atau yang takde pun ble...) add aku... supaya aku tau la apa korang tengah buat... Setidak-tidaknya aku tak lost macam dulu. Korang memang best... kawan-kawan aku...
Penat taip... ingat... majulah friendster untuk kengkawan2 aku...
05 Februari 2003, Rabu
...hari ni pun best jugak. Tadi masa aku tengah menung kat luar, member aku panggil suruh tengok gambar dorang masa dorang gi KL. Bila tengok gambar tu, hati aku terdetik... "Cantik..." Aku tengok ****a ngan seluar jeannya, t- shirt hitam dan yang nampak paling cantik dekat mata aku sebab rambut dia yang panjang. Memang cantik dan nampak... Aku tengok sampai kawan aku tegur aku. Memang cantik. Tak sia-sia jadi penolong aku. Pandai aku pilih, heh... Selama ni dia biasa je tapi bila tengok dalam gambar tu, terpikat beb. Aku pun cakaplah kat dia, " Cantik jugak ko ni..." dia balas dengan senyuman. Heh, senang hati aku melihat senyuman tu...