Followers

Gamers

Sunday, November 4, 2007

Ada cahaya pada mereka berdua... Harapan untuk diriku...

Rajin lak aku updated blog aku bebaru ni. Well, same case, aku takleh tdo coz kepala aku serabut dengan beberapa perkara yang remeh n yang temeh. Keh...

Anyway, Selasa ni aku akan ke Mersing... tah la member aku ni ajak mandi pantai lak. Aku dah la petang tu ada final paper. Belasah... Lepas paper baru leh gi. Plan nak overnight kat situ. Aku ikut je. Lagipun ramai yang gi... layankan...

Hm, sedang aku boring2 duduk kat depan pc ni menelaah segenap sudut lukisan dan nukilan yang ada di beberapa blog orang, terfikir lak nak bukak friendster. N tetiba terasa lak nak tengok gambar sorang kawan lama. Heh, lama tak jumpa dia. Makin cantik la pulak. Dulu kat skool biasa je aku tengok tapi sekarang makin la comey, geram lak aku... (huhu...)

Anyway, dalam banyak gambar yang aku tengok, ada la satu gambar ni dia bergambar dengan lelaki (pakwe dia kot...)... Komen aku...? Manis la pulak aku pandang gambar kapel ni. Honestly, aku kalau tengok gambar kapel2 ni, sure aku geleng kepala mengenang manusia akhir zaman ni... (Baik la sangat aku ni...). Tapi gambar ni beza sket, aku tk rasa macam tu... Aku rasa... macam cantik, manis dan rasa macam sesuatu yang aku boleh gelar 'sesuai'...

Aku tak tahu kenapa aku ada fikiran macam tu. Aku dah lama tak jumpa dia, n aku kat skool dulu pun tk rapat dengan dia. Pakwe dia lak aku tak pernah kenal. Tapi bila tengok gambar tu, aku tidak rs sakit malah rasa senang melihatnya. Mungkin... ianya ada menyentuh sedikit kenangan manis masa aku berkapel dulu.

Sekarang, aku rasa jauh sangat aku dengan diri aku. Mungkin kerana aku terlalu obses untuk memahami perasaan aku terhadap Cahaya Kemuliaan sehingga aku tolak mentah2 rasa ingin bersama dengan seorang perempuan. Aku suka lihat mereka (perempuan) namum aku hanya mampu menggunakan mata dari menggunakan tangan atau akal aku sendiri.

Pernah aku terfikir dulu jika aku setia pada seorang perempuan, aku pasti merasa rugi kerana berapa banyak perempuan yang ada kat dunia ni yang aku belum temui. Jadi mengapa harus terus setia, mengapa tidak cuba untuk beralih angin (buaya betul...) Haha... tu aku dulu. Sekarang, aku lebih suka menikmati mereka melalui mata dengan tidak menggunakan hati (perasaan) terhadap apa yang aku lihat. Mereka memang cantik, mereka memang comel. Namun bagi lelaki seperti aku, manalah larat untuk aku mencuba untuk membahagiakan mereka dengan keadaan aku sekarang.

Anyway, may God bless member aku dengan pakwe dia. So ada jodoh, merasa aku makan nasi minyak. Haha... Aku? Kahwin? lambat lagi. Aku tak pernah lagi mahu memikir serius untuk itu. Bagi perasaan aku, aku lebih fokus untuk berfikir perasaan aku terhadap Cahaya Kemuliaan. Honestly, aku keliru. Antara cinta atau sesuatu yang aku sendiri tak paham. Tapi yakin, jika aku faham perasaan ini... aku akan bebas dari obsesi ni. N kalau Cahaya Kemuliaan baca ni, aku just ingatkan dia yang semua yang berlaku bukan salah dia, so jangan risau atau salahkan diri sendiri. Aku yakin satu hari nanti aku akan nampak jalan yang mana harus aku pilih...

"Aku senang melihat mereka, bertudung... Manis dan cantik... Namun tiada di minda aku terigin untuk memiliki mereka. Kerana aku... masih lagi sendiri... keliru dengan perasaan aku sendiri, terhadap si dia... yang amat aku... ...Moga suatu hari pabila aku bebas, aku akan bahagiakan si dia, si dia yang aku pilih, yang Allah kurniakan kepada aku, yang terdapat di antara mereka... perempuan yang cantik, perempuan yang comel..."

Oh ye, aku takleh la nak tayang gambar yang aku cakap tu kat sini. Takut nanti tuan punya gambar saman aku... Huahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...