Bermain. Cuti adalah masa untuk bermain. Ya, orang sekarang sibuk dengan Playstation 3, tapi aku masih sibuk mengadap Playstation 2. Tahu, Harvest Moon : A Wonderful Life.
Bertani dan menternak binatang ternakan adalah rutin permainannya. Jika mahu lebih baik, berbaik-baiklah sesama jiran. Ya, ia mengisahkan sebuah kehidupan.
Jika kalian punya sebidang tanah yang berpotensi untuk diusahakan, masakan mahu menjualnya. Bermain permainan ini agak menyentuh perasaan aku. Hm, hidup aku di dalam permainan itu hampir seperti kehidupan yang aku inginkan kelak. Berada di tempat yang tenang, melakukan kerja sendiri dan keluar peluh.
Seperti, hm... adakah baik, jika aku usaha mencari modal, mencari tanah dan mengusahakan seperti aku mengusahakan di dalam permainan itu. Ya, profeson yang tidak glamor tapi masih menguntungkan. Susah? mana kerjanya yang tidak susah, benar?
Aku suka hidup aku di dalam permainan itu. Namun realitinya, aku tahu. Jika aku mahu merealitikan kehidupan aku di dalam permainan itu, ia bukan sesuatu yang mampu dicapai dengan bermodalkan duit dan tanah. Aku perlu kerja keras.
Beli sebidang tanah. Buat rumah di situ. Ternak lembu atau kambing, atau ayam. Bertani, bercucuk tanam. Bergaul dengan mereka yang tenang dan jauh dari kesibukan kota. Aku fikir, tiada kehidupan yang lebih baik dari itu.
Tapi, bila lihat tangan aku yang lembut dan laju menaip, barangkali ia bukan tangan yang mampu mengangkat cangkul dan memberi makan ayam. Akan tetapi, jika ada peluang, aku pasti mahu mencubanya...
Hei, siapa kata ia profeson yang tidak menguntungkan. Rajin-rajin tengok tv k, bukan akademi fantasia atau sehati berdansa. Tetapi wawancara, boleh?
Lagipun, berpeluh itu bagus bukan...? Heh...